Bau hapak dan berkepam dalam kereta bukan sahaja boleh mengganggu pemanduan, bahkan boleh menimbulkan rasa kurang selesa apabila orang lain menumpang kereta kita.

Kebiasaannya bau hapak dan berkepam ini disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya bau peluh atau rokok, karpet basah, tumpahan makanan dan minuman, bau daripada barang-barang pasar serta sebagainya. Jika tidak dibersihkan, ia boleh menimbulkan bau busuk yang menusuk ke hidung.

Bagi mengembalikan aroma segar, kita akan menggunakan bahan pewangi kenderaan yang banyak dijual di pasaran. Namun sesetengah orang cukup alah dengan bau daripada bahan pewangi kenderaan ini sehingga menimbulkan rasa pening dan mual.

Jadi sebagai alternatif untuk tidak menggunakan bahan pewangi kenderaan, anda boleh bertukar kepada bahan semula jadi untuk mewangikan kereta. Selain mudah didapati, bahan semula jadi ini juga boleh menjimatkan wang.

Gantikan Bahan Semula Jadi Ini Untuk Hilangkan Bau Hapak & Berkepam Dalam Kereta

Untuk menghilangkan bau hapak dan berkepam dalam kereta, ini antara bahan semula jadi yang boleh anda gunakan.

IKLAN

1. Baking soda

Gantikan Bahan Semula Jadi Ini Untuk Hilangkan Bau Hapak & Berkepam Dalam Kereta

Baking soda juga antara bahan alternatif yang boleh menyerap bau. Ia efektif untuk menghilangkan bau busuk, hapak, kepam dan bau hancing dalam kereta. Penggunaannya mudah iiatu anda hanya perlu letakkan baking soda ke dalam sebuah bekas ataupun anda taburkan baking soda di tempat yang berbau busuk. Kemudian, biarkan ia selama dua hingga tiga jam sebelum mencucinya atau menyedut baking soda tadi dengan vakum.

2. Serbuk kopi atau Nescafe

Gantikan Bahan Semula Jadi Ini Untuk Hilangkan Bau Hapak & Berkepam Dalam Kereta

IKLAN

Aroma segar daripada serbuk kopi atau serbuk Nescafe juga boleh membantu mewangikan kenderaan. Anda hanya perlu masukkan serbuk ini ke dalam uncang kain dan gantung berdekatan air-cond untuk memberi bau yang segar. Paling penting, gunakan serbuk kopi atau Nescafe yang original dan bukannya serbuk segera 3 dalam 1.

3. Lemon atau limau kasturi

Gantikan Bahan Semula Jadi Ini Untuk Hilangkan Bau Hapak & Berkepam Dalam Kereta

Untuk menghilangkan bau busuk di dalam kereta, gunakan jus lemon atau limau kasturi yang dicampur bersama air dan sedikit cuka sebagai bahan semburan untuk mewangikan kereta. Semburan ini akan menyegarkan kereta sekali gus menghilangkan bau busuk kesan daripada makanan atau minuman yang tertumpah di dalam kereta.

IKLAN

4. Daun pandan atau daun limau purut

Gantikan Bahan Semula Jadi Ini Untuk Hilangkan Bau Hapak & Berkepam Dalam Kereta

Hiris nipis daun pandan atau daun limau purut lalu masukkan ke dalam kain uncang yang berlubang dan gantung di dalam kereta. Aroma daripada daun ini akan menyerap bau hapak sekali gus menghilangkan bau busuk di dalam kenderaan. Apabila daun pandan atau daun limau purut semakin layu, gantikan uncang ini dengan uncang yang baharu.

5. Arang

Gantikan Bahan Semula Jadi Ini Untuk Hilangkan Bau Hapak & Berkepam Dalam Kereta

Setelah membersihkan bahagian di dalam kereta, masukkan arang yang telah dipecahkan kecil-kecil ke dalam satu bekas yang tidak bertutup dan letakkan ia di atas lantai. Selain cara ini, anda juga boleh balut arang tersebut menggunakan tisu dan letakkan di tempat yang berbau hapak. Setelah beberapa hari, bau busuk tadi akan beransur hilang.

Follow Instgram MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI