Di satu pagi yang mendamaikan, anda denga gembira melangkah ke kereta untuk menuju ke tempat kereta. Namun hati kemudian luluh kerana enjin kereta tak hidup. Memang stres dibuatnya!
Masalah kereta tidak dapat dihidupkan adalah satu mimpi ngeri buat sesiapa sahaja terutamanya bila kita hendak cepat untuk ke mana-mana destinasi. Buka bonet kereta tetapi anda blur tidak tahu apakah punca mengapa enjin kereta tidak dapat dihidupkan.
Usah garu kepala kerana terdapat beberapa punca biasa yang MASKULIN ingin kongsi kali ini. Mungkin selepas ini kereta tak hidup tidak lagi jadi masalah yang menghantui anda bila sudah tahu puncanya.
Ads
JENIS KEROSAKAN BIASA YANG BOLEH BERLAKU
BATERI LEMAH
Kenderaan yang ditinggalkan dan tidak dihidupkan pada tempoh seminggu ke atas boleh alami kemerosotan kuasa bateri. Ia berlaku sedikit demi sedikit sehinggalah bateri hilang kuasa sepenuhnya.
Ads
Masalah ini dapat diperbaiki seeloknya hanya dengan menukarkan bateri tersebut kepada yang lain atau baru.Kebarangkalian enjin kereta untuk hidup dan kembali pulih semula menggunakan kereta adalah kira-kira 20% sahaja dengan mengandaikan tiada kerosakan komponen lain berlaku.
AIR RADIATOR BERLUMUT
Ini juga salah satu masalah yang boleh berlaku. Air yang terdapat dalam radiator bercampur dan berlumut lalu membentuk kotoran. Apabila enjin dapat dihidupkan sistem penyejukan termasuk thermostat dan pam air bekerja dengan baik adalah hanya 70 % dari asalnya.
Ads
Enjin pula akan menjadi sedikit panas. Oleh itu air dalam radiator perlu dibuang dan diganti coolant dan air yang baru.
Bila lama tidak digunakan ini boleh menyebabkan semua minyak yang terdapat pada injector atau berkumpul pada fuel filter. Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin dan biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.
Sewaktu kecil, pasti ramai yang kagum dan teruja apabila ternampak motosikal berkuasa tinggi melintasi atau berselisih dengan kita, baik di jalan raya atau di lebuhraya.
Si bikers kental, gelaran buat penunggang motorsikal berkuasa tinggi namun di Malaysia anda perlu anda lesen B penuh bagi mematuhi undang-undang.
Ini berita baik untuk anda semua!
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 selama lebih 10 tahun akan layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan lesen B penuh, bermula 1 Oktober depan.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pemohon bagaimanapun perlu memenuhi syarat ditetapkan, antaranya menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas di institut memandu (IM) dengan kos yuran sebanyak RM160.
Beliau berkata, pemohon perlu menjalani program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa besar, untuk tempoh dua jam sahaja.
“Melalui program amali itu, pemohon mesti mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa besar oleh ‘Qualified Training Officer’ (QTO) di IM.
Wah, dah boleh tengok dan pilih model motosikal berkuasa tinggi ke ni?hehe
Kenapa kena tukar tayar motosikal baru, betul ke tayar kilang tak selamat? Bagi pemilik motosikal baru, salah satu perkara yang sering dibincangkan ialah tayar yang datang sekali dengan motosikal tersebut atau lebih dikenali sebagai tayar kilang.
Ramai yang mencadangkan supaya tayar ini ditukar secepat mungkin, terutamanya jika motosikal itu akan digunakan untuk perjalanan harian. Tapi kenapa sebenarnya tayar kilang dianggap kurang selesa dan tidak sesuai?
Tayar yang dipasang oleh pengeluar biasanya dibuat untuk tujuan kos rendah dan lebih tahan lama dalam simpanan. Getah yang digunakan sering kali lebih keras dan kurang “melekat” pada jalan.
Kesan daripada getah yang terlalu keras ini ialah:
✅ Kurang cengkaman, terutama di jalan basah
✅ Lebih mudah tergelincir ketika membrek atau mengambil selekoh tajam
✅ Kurang keyakinan ketika menunggang, terutama dalam kelajuan tinggi
Jika motosikal digunakan hanya untuk jarak dekat dan kelajuan rendah, mungkin tidak terasa sangat. Tapi kalau selalu guna untuk perjalanan jauh, naik turun lebuh raya, atau menunggang dalam cuaca hujan, memang terasa perbezaannya.
Pengeluar motosikal tidak tahu secara spesifik bagaimana pemilik akan menggunakan motosikal—sama ada untuk kegunaan bandar, lebuh raya, off-road, atau perjalanan jauh.
Jadi, mereka menggunakan tayar yang lebih bersifat “general purpose”, iaitu boleh digunakan di mana-mana tetapi tidak mengkhusus kepada keselesaan atau prestasi yang baik dalam keadaan tertentu.
Berbeza dengan tayar aftermarket, yang boleh dipilih mengikut keperluan:
Tayar sport touring – Sesuai untuk perjalanan jauh, lebih cengkaman dan selesa Tayar sport/racing – Cengkaman tinggi untuk tunggangan agresif Tayar off-road – Corak bunga lebih kasar untuk jalan tanah
Dengan menukar tayar kepada yang lebih sesuai, penunggang akan rasa perbezaan yang ketara dari segi keselesaan, kawalan, dan keselamatan.
Kebanyakan tayar kilang direka dengan corak tapak asas yang mungkin tidak sesuai untuk keadaan jalan di Malaysia, terutamanya ketika hujan lebat.
Antara masalah yang sering dihadapi:
❌ Tayar cepat “aquaplaning” (tergelincir atas air) bila jalan basah
❌ Kurang daya serapan hentakan di jalan yang tidak rata
❌ Kurang kestabilan bila bawa laju di lebuh raya
Jalan Malaysia yang ada lubang, jalan konkrit, dan hujan yang kerap memerlukan tayar dengan corak bunga yang lebih sesuai. Sebab itu ramai yang menukar tayar baru untuk keselesaan yang lebih baik.
Walaupun motosikal itu baru keluar dari kedai, tayar yang dipasang mungkin sudah lama di kilang atau stor.
Tayar yang lama akan mengalami pengerasan getah, menyebabkan ia kurang grip dan mudah licin. Cara nak tahu tayar lama atau baru? Lihat tarikh pembuatan tayar di sisi tayar (contohnya, “3222” bermaksud minggu ke-32 tahun 2022).
Jika tarikh terlalu lama (lebih 2-3 tahun), elok tukar kepada tayar baru untuk keselamatan maksimum.
Selepas menukar tayar kilang kepada tayar aftermarket yang lebih berkualiti, perbezaan yang boleh dirasai ialah:
✅ Cengkaman lebih baik – lebih yakin dalam selekoh dan ketika membrek
✅ Lebih selesa – tayar lebih lembut, kurang gegaran di jalan berlubang
✅ Kurang risiko tergelincir di jalan basah
✅ Prestasi lebih stabil di lebuh raya – motosikal kurang “melayang” pada kelajuan tinggi
Tayar aftermarket yang lebih berkualiti memang sedikit mahal, tetapi ia adalah pelaburan untuk keselamatan dan keselesaan.
Walaupun motosikal baru didatangkan dengan tayar kilang, ia tidak semestinya tayar terbaik untuk kegunaan harian. Tayar ini dipilih berdasarkan kos dan ketahanan, bukan prestasi atau keselesaan.
Jika anda kerap menunggang motosikal setiap hari, terutamanya dalam pelbagai keadaan jalan dan cuaca, menukar tayar kepada yang lebih berkualiti adalah keputusan bijak untuk keselamatan dan pengalaman tunggangan yang lebih baik.
Ingat, tayar adalah satu-satunya bahagian motosikal yang bersentuhan dengan jalan. Jangan kompromi dengan keselamatan!
Ada segelintir orang tidak boleh memandu dalam jarak jauh pada waktu siang kerana cuaca yang panas dan terik mentari. Jadi mereka memilih untuk memandu pada waktu malam kerana mungkin suasana lebih tenang dan sedikit nyaman.
Namun jika anda memilih untuk memandu pada waktu malam, MASKULIN gariskan 5 perkara yang perlu anda titik beratkan seperti :
Untuk keselesaan memandu, anda perlu malapkan atau padamkan terus cahaya di dalam kereta anda. Ini kerana ia membantu anda fokus melihat cahaya dari luar.
Mata anda perlu awas melilau ke kiri dan kanan. Kalau di jalan-jalan kampung, biasanya tiada lampu jalan dan dikhuatiri ada yang berjalan di tepi jalan.
Pastikan anda menyelenggara lampu hadapan kereta anda sebelum berjalan pada waktu malam. Ini kerana lampu kereta merupakan sesuatu yang sangat penting.
Jangan memandu terburu-buru dan pastikan anda kekal memandu pada jarak yang selamat daripada kereta di hadapan anda. Tujuannya untuk mengelakkan kemalangan.
Jika mengantuk, pastikan anda rehatkan diri anda dengan tidur buat seketika. Dengan melelapkan mata, anda akan menikmati kesegaran untuk memandu semula.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang