Menjadi seorang atlet profesional bukanlah halangan untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik, dan ini dibuktikan oleh penjaga gol Pahang, yang baru-baru ini berjaya menggenggam ijazah sarjana muda.
Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri bergelar pemain bola sepak juga graduan sempena Konvokesyen ke-100 Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Aksi Azfar Arif di padang
Penuntut Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi cabang Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) itu juga penjaga gol kelab Liga Super, Pahang FC berjaya menamatkan pengajian.
“Status sebagai pemain dan penuntut sebenar secara tidak langsung memerlukan menghadiri kelas secara atas talian akibat kekangan masa dan sebagainya.
“Namun itu bukan alasan untuk saya mengambil sikap sambil lewa sebaliknya tetap berusaha mengikuti perkembangan pembelajaran dengan sentiasa menghubungi pensyarah dan kerap bertanya soalan kepada rakan-rakan supaya tidak ketinggalan.
Ads
Dengan jadual latihan yang padat, perlawanan yang kerap, serta keperluan untuk menghadiri kelas dan menyelesaikan tugasan, dia mengakui perjalanan ini tidak mudah, namun komitmen dan disiplin tinggi telah membuahkan hasil.
Menurutnya, sokongan daripada keluarga, rakan sepasukan, serta pasukan pengurusan adalah kunci kejayaan ini.
Ads
Pemain tersebut juga berharap agar pengalamannya ini dapat memberi inspirasi kepada pemain bola sepak muda lain, agar tidak meninggalkan pelajaran walaupun mengejar impian dalam dunia sukan. “Sukan adalah sebahagian daripada kehidupan saya, tetapi pendidikan juga amat penting. Saya ingin membuktikan bahawa kita mampu menguasai kedua-duanya, asalkan ada keazaman dan pengurusan masa yang baik,” katanya dalam temubual.
Kejayaan penjaga gol Pahang ini bukan sahaja menunjukkan potensi untuk mengukir nama dalam dunia bola sepak tetapi juga mengingatkan bahawa pelajaran adalah aset yang berharga.
Dalam dunia yang semakin pantas dan mementingkan wang ringgit, masih wujud insan berhati mulia yang meletakkan nilai kemanusiaan lebih tinggi daripada keuntungan.
Itulah yang dibuktikan oleh seorang penjual durian dikenali sebagai Abang Bala, apabila video dirinya menghadiahkan durian Musang King secara percuma kepada tiga orang budak lelaki tular di media sosial dan menyentuh hati warga maya.
Dalam video berdurasi hampir dua minit di TikTok @Bala_Durian, kelihatan tiga orang kanak-kanak lelaki datang ke gerai durian milik Abang Bala di Jalan Negara, Taman Melawati, dengan niat mahu membeli sebiji durian.
Apa yang membuatkan ramai tersentuh adalah apabila mereka mengeluarkan duit kecil dari poket wang yang dikumpul dari duit tabung sendiri.
Secara bergilir-gilir mereka cuba mencukupkan jumlah, namun hanya mampu kumpul sekitar RM15, jauh daripada harga sebenar durian premium seperti Musang King.
Menyedari keikhlasan dan kesungguhan mereka, Abang Bala tanpa teragak-agak menolak duit tersebut dan menghadiahkan sebiji durian Musang King kepada mereka.
Malah, dia turut menambah satu lagi durian dalam beg plastik untuk dibawa pulang.
Tindakannya nyata dilakukan dari hati yang tulus bukan untuk populariti, tetapi kerana nilai empati terhadap anak-anak kecil yang sanggup menyimpan semata-mata ingin merasa buah kegemaran ramai itu.
Tindakan kecil ini telah meraih pujian ramai pengguna media sosial, yang menyifatkan Abang Bala sebagai contoh peniaga berhati mulia seorang individu yang sanggup meletakkan nilai kemanusiaan mengatasi keuntungan.
Di saat ramai mengejar margin jualan dan pulangan segera, Abang Bala memilih untuk memberi, bukan sekadar buah, tetapi juga kenangan manis kepada tiga anak kecil yang pastinya akan mereka ingat seumur hidup.
Semoga kisah ini bukan sekadar tular di media sosial, tetapi menjadi inspirasi sebenar untuk lebih ramai berniaga dengan jiwa, dan bukan hanya dengan angka.
Dan semoga dalam masyarakat kita yang serba moden dan sibuk ini, akan terus lahir lebih ramai insan seperti Abang Bala yang menjadikan kebaikan sebagai budaya dan memberi sebagai amalan harian.
Sumber : Tiktok Bala Durian
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“Saya ingin berkongsi pengalaman tentang Convalescent Plasma donation yang baru saya lakukan siang tadi. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.”
Itulah kata-kata Reza Huzairi Zayn yang menangkap mata penulis malam tadi. Tersentuh, malah berbangga dengan tindakan berani anak muda Jitra ini tetang menderma plasma darah untuk dijadikan sebagai kajian di Pusat Darah Negara.
Malah yang lebih menarik, dia adalah bekas pesakit COVID-19 kes 46. Menurutnya, dia dan beberapa rakan kerjanya telah disahkan positif COVID-19 dan telah mendapat jangkitan virus COVID-19 ini dalam gelombang kedua. Malah dia sendiri sudah merasai bekerja dari hospital dan di rumah.
“Pengalaman di dalam wad isolasi akan saya kenang seumur hidup. Tidak pernah saya membayangkan yang saya akan berada di dalam situasi itu. Bila dikunci 24 jam selama 11 hari di dalam bilik, perasan depressed itu bukan main-main. Dalam resah memikirkan diri sendiri, saya juga resah memikirkan tentang isteri dan anak-anak di rumah. Juga kepada semua staff saya. Bimbang jika virus yang ada pada saya ini bakal menjangkiti mereka pula. I only rely on Allah SWT during that time.
“Saya selalu bersangka baik kepada Allah dan yakin apa yang jadi ini, pasti ada hikmahnya. Selama 11 hari, saya meneruskan kerja pejabat seperti biasa walaupun di dalam ward. Saya tak mahu peduli sangat rasa depressed itu. Saya cuma fokus untuk kuatkan diri dan semangat untuk cepat-cepat pulih. Cuma sesekali, badan terasa letih. Mungkin antibodi sedang bekerja. Jika itu terjadi, saya perlu berehat. Alhamdulillah kesihatan saya okay dan tidak mempunyai simptom yang teruk,” tulisnya di Facebook.
Dia telah dimasukan ke wad Hospital Sungai Buloh (HSB) selama sebelas hari dan telah di discharge pada 14 Mac 2020. Selepas discharge dua minggu, selepas itu dia harus ke hospital untuk check up di HSB. Pada 31 Mac, doktor berkata dia telah dipilih untuk menjalani ujian Convalescent Plasma Donor. Plasma yang didermakan ini akan diuji dan jika berjaya, ia bakal digunakan sebagai serum untuk rawatan COVID-19.
“According to Dr., I am the 1st Malaysian to donate my blood plasma for this research. Rasa proud and bersyukur, Allah gantikan kesedihan saya pada 2020 ini dengan rasa terharu dan bangga kerana berpeluang membantu pesakit-pesakit COVID-19 dengan pendermaan plasma darah ini. If this success, the plasma or serum will be used to the selected COVID-19 patient to help them for faster recovery. But the amount extracted from me at one time only enough for a few patients. It is a bit sad, but In Sha Allah in two weeks, saya akan menderma lagi. And more ex-COVID-19 patients will be called soon to help.” Jelasnya lagi.
Menurutnya, mengapa dia dipilih adalah kerana antibiotik dalam tubuh badannya bekerja dengan bagus untuk melawan virus COVID-19. Malah, dirinya juga tiada sakit kronik dan tidak mengambil sebarang ubat untuk jangka masa panjang sesuai untuk penderma menderma.
“So guys, stay healthy. It is really important to take care of our health, not only for us bahkan juga untuk keberuntungan orang lain di sekeliling kita. Anyway, saya mengharapkan doa-doa anda agar kajian ini success dan kita dapat menolong lebih ramai pesakit COVID-19 yang masih berada di hospital terutama yang berada pada tahap kritikal. Last but not least, saya berdoa agar semua yang saya kenal di sini dan juga di luar sana agar sentiasa dilindungi daripada wabak ini. Semoga wabak ini juga segera berlalu pergi. In sha Allah.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya kepada para doktor, jururawat dan semua petugas kesihatan yang terlibat di HSB sepanjang merawat saya dan pesakit-pesakit lain di sana. Juga penghargaan saya untuk para doktor dan jururawat di Pusat Darah Negara atas layanan baik mereka sepanjang process plasma donation tadi. Sesungguhnya mereka semua telah melakukan yang terbaik untuk merawat para pesakit COVID-19 dan dalam mengekang wabak ini. Paling utama sekali, jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya dan rakan sekerja yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan saya. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa-jasa mereka.
“And to everyone, please stay at home and practice social distancing cuz I know it works! Oh another thing, always wash your hand. Guna sabun jer. Sy guna hand sanitizer kalau keluar rumah saja. Terima Kasih kerana sudi membaca.” Katanya sebagai penutup bicara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rasanya sudah lama kita semua selaku rakyat Malaysia khususnya peminat sukan badminton tidak berasa teruja menonton perlawanan badminton.
Semalan satu lagi sejarah sukan badminto telah tercipta. Nama Lee Zii Jia terpahat dalam lipatan sejarah sebagai antara pemain unggul negara kita yang berjaya menjaddi juara perseorangan All England Open Badminton Championship.
Menjuarari kejohanan yang dianggap sebagai antara paling berprestij tersebut merupakan satu pencapaian luar biasa bagi anak muda berusia 22 tahun tersebut. Mahkota kejuaraannya dikecap selepas menumpaskan lawan yang bukan calang-calang dari Denmark, Viktor Axelson yang juga pemain di ranking nombor 2 dunia.
Pertarungan sengit yang berlangsung dalam 3 set tersebut disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia. Kejayaan ini pastinya lebih manis untuk Lee Zii Jia yang bakal menyambut hari lahirnya pada 29 Mac ini.
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga sebelum ini telah meramalkan bahawa Lee Zii Jia bakal menjadi pertaruhan utama untuk memenangi pingat di Sukan Olimpik jika meneruskan prestasinya seperti semalam.
Jom kita kenali pemain yang bakal membawa panji Jalur Gemilang berkibar lebih megah di persada sukan badminton negara ini.
– Berasal dari Alor Star, Kedah
– Ketinggian – 185cm
– Kini berada pada ranking pemain ke-10 dunia
– Pernah memenangi pingat emas di Sukan SEA 2019
– Ibu bapanya merupakan guru dan juga bekas pemain bola keranjang
– Minatnya dalam sukan badminton sejak usia 5 tahun
– Mendapat pendidikan awal di SJKC Keat Hwa, Alor Star dan Sekolah Sukan Bukit Jalil
– Pernah tular dengan skil backhand ketika berdepan pemain nombor 1 dunia, Kento Momota
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.