Penonton Filem ‘Misteri Dilaila’ Terkejut & Teruja Bila Dapati Ada Dua Babak Akhir Berbeza

Share

Jika anda penggemar filem dan merupakan seorang kaki wayang pastinya anda tahu tentang filem terbaru arahan pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof yang berjudul ‘Misteri Dilaila’.

Sehingga kini ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penonton dan telah menjadi bualan terutamanya di laman media sosial. Penonton-penonton yang telah menyaksikan filem ini berkongsi rasa terkejut dan teruja mereka apabila mendapati filem misteri lakonan Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri dan Rosyam Nor.

Ia menjadi bualan hangat warganet kerana dikatakan mempunyai dua babak akhir yang berbeza. Perkara ini juga disahkan oleh pihak panggung wayang seperti Cathay Cineplex dan MBO Cinemas yang mengeluarkan notis tentang perkara ini di pawagam mereka.

Foto: Twitter @filmdocs

Dipercayai ‘Misteri Dilaila’ merupakan filem tempatan yang pertama berani memperkenalkan pendekatan seperti ini.

Ia merupakan satu langkah berani yang dilakukan oleh pembikin filem tempatan dan melihatkan reaksi daripada warganet, ternyata gimik ini agak menjadi.

Adakah anda sudah menonton filem ini? Jika ya, adakah ia seperti yang digembar-gemburkan?

BACA: Stephen Chow Bakal Hasilkan Filem Sekuel ‘Kung Fu Hustle’!

IKLAN