Memandangkan kulit wajah sering terdedah dengan sinaran UV, habuk dan kekotoran, skrub muka dapat membantu menghilangkan sel-sel kulit mati.
Malah skrub muka ini juga dapat menjadikan kulit lebih berseri sekali gus membuatkan wajah nampak muda dari usia.
Jika anda melakukan proses ini dengan betul, ia mampu memberi banyak manfaat untuk kulit wajah anda.
Bagi memastikan anda tampil menawan dengan kulit wajah yang bersih, cerah dan bebas masalah kulit, ini lima alasan kenapa lelaki perlu mengamalkan pengelupasan kulit dalam rejim penjagaan wajah.
Ads
1. Bersihkan wajah dengan maksimum
Lelaki yang aktif dalam aktiviti luar harus menggunakan skrub kerana pencuci biasa atau makeup remover tidak mampu menanggalkan kekotoran yang melekat pada kulit. Peninggalan kekotoran degil inilah yang bakal mengundang pelbagai masalah kulit. Dengan melakukan skrub muka, wakah anda lebih bersih dan mampu membersihkan wajah secara menyeluruh hingga ke liang pori.
2. Membuang sel-sel kulit mati
Setiap hari kulit wajah akan menghasilkan sel kulit mati. Jika ia dibiarkan akan menyebabkan pori-pori wajah anda tersumbat yang akhirnya menimbulkan masalah kulit lain seperti jerawat dan sebagainya. Produk skrub muka yang dihasilkan mampu menanggalkan sel-sel kulit mati. Penggunaannya secara teratur dipercayai mampu menjadikan sel kulit wajah kelihatan lebih berseri, halus dan licin.
Ads
3. Buat wajah awet muda
Sel-sel mati akan membuat kulit anda nampak kusam dan kurang bermaya. Kesannya membuatkan wajah anda nampak lebih tua dari usia. Regenerasi sel kulit mati yang dibuat secara teratur amat penting dalam regim penjagaan kulit wajah agar ia kekal awet muda. Oleh itu, proses eksfoliasi secara rutin sememangnya diperlukan. Dengan rutin melakukan skrub muka ini ia akan mengangkat sel kulit mati dan menjadikan kulit muda dan sihat.
Ads
4. Kulit wajah lebih cerah
Melakukan skrub wajah secara rutin juga dapat menjadikan wajah anda lebih cerah, malah membantu memudarkan noda bekas jerawat.
5. Menyamarkan noda pada wajah
Jika anda memiliki kulit yang warnanya tidak sekata atau flek hitam yang disebabkan oleh luka jerawat atau pengaruh sinar ultra violet, anda juga boleh menyamarkannya dengan skrub muka. Dengan eksfoliasi, lapisan kulit yang bernoda tadi akan terangkat sedikit demi sedikit. Jika ia dilakukan secara rutin, tidak mustahil kulit wajah anda akan bebas noda.
Walaupun tumit kaki merekah sering dialami oleh wanita, lelaki pun tak terlepas daripada masalah ini. Jika tidak dirawat dengan segera, masalah tumit kaki merekah ini boleh menghilangkan keyakinan diri dan timbul rasa malu untuk membiarkannya terdedah kepada orang lain.
Bukan itu sahaja, tumit kaki merekah juga boleh dijadikan ukuran sejauh mana anda menjaga kebersihan dan kecantikan diri. Jadi usah biarkan masalah tumit kaki merekah ini mencacatkan penampilan kaki anda.
Di bawah ini ada 10 petua mujarab yang boleh anda cuba untuk mengatasi masalah tumit kaki merekah atau pecah-pecah.
1. Listerine dan cuka
Cara nak buat:
Sediakan campuran 1 cawan Listerine, 1 cawan cuka putih dan 2 cawan air.
Rendam kaki dalam campuran tersebut selama 15 minit.
Keluarkan kaki dan gosokkan dengan batu apung untuk mengeluarkan kulit mati.
Bilas dengan air bersih.
Keringkan kaki. Guna krim pelembap untuk melembapkan kaki.
Ulangi cara ini setiap hari sehingga tumit kaki sembuh.
Bagaimana ia berfungsi: Listerine mengandungi thymol dan alkohol yang membantu melawan kulat pada kuku jari kaki, menyembuhkan tumit kaki merekah, menenangkan kulit dan merawat kutil. Asid ringan yang ada dalam cuka pula bertindak untuk melembutkan kulit kering dan mati sehingga menjadikannya mudah untuk mengelupas.
2. Tepung beras, madu dan cuka
Cara nak buat:
Gosok tumit kaki yang merekah dengan campuran 3 sudu tepung beras, 1 sudu madu dan 2-3 sudu cuka sari epal.
Kacau campuran tadi sehingga membentuk pes pekat.
Rendam kaki dalam air suam selama 10 minit
Gosok secara lembut dengan pes tadi untuk menghilangkan sel kulit mati.
Ulangi cara ini 2-3 kali seminggu.
Bagaimana ia berfungsi: Tepung beras dapat mengekalkan dan membersihkan kulit. Madu adalah antiseptik semula jadi yang membantu menyembuhkan tumit kaki merekah. Cuka adalah asid ringan yang melembutkan kulit kering dan mati sehingga menjadikannya ia mudah mengelupas.
3. Pisang
Cara nak buat:
Hancurkan 2 biji pisang. Gunakan pisang yang telah masak kerana pisang belum masak mengandungi asid yang boleh mengeras kulit.
Perlahan-lahan gosokkan pes tadi pada tumit kaki selama 20 minit.
Bilas kaki dengan air bersih.
Ulangi cara ini setiap malam sebelum tidur selama 2 minggu atau sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
Bagaimana ia berfungsi: Pisang adalah pelembap kulit semula jadi. Ia mengandungi vitamin A, B6, dan C yang dapat membantu mengekalkan keanjalan kulit dan hidrasi.
4. Madu
Cara nak buat:
Campurkan 1 cawan madu bersama air suam.
Rendamkan kaki dalam campuran tadi dan urut perlahan-lahan selama 20 minit.
Kemudian gosokkan tumit kaki dengan batu apung.
Keringkan kaki. Sapu krim pelembap untuk melembapkan kaki.
Ulangi cara ini secara berkala sebelum tidur sehingga menunjukkan hasil yang memuaskan.
Bagaimana ia berfungsi: Madu adalah humectant semula jadi. Ia dapat menarik air keluar dari dalam tisu hingga ke lapisan luar kulit. Peralihan bendalir ini dapat membantu menyembuhkan kulit luar.
5. Minyak sayuran
Cara nak buat:
Bersihkan kaki terlebih dahulu.
Kemudin keringkan kaki dengan tuala yang lembut.
Sapukan minyak sayuran pada tumit kaki anda.
Pakai sarung kaki yang bersih dan biarkan semalaman.
Buat cara ini setiap hari sebelum tidur.
Bagaimana ia berfungsi: Minyak sayuran mudah diserap oleh kulit. Kebanyakan minyak sayuran mengandungi vitamin seperti provitamin A, D, dan E, yang kesemuanya membantu menyuburkan kulit dan mencipta sel-sel baru.
6. Vicks VapoRub
Cara nak buat:
Ambil sapuan Vicks VapoRub.
Urutkan pada tumit kaki selama 5 minit. Kemudian pakai sarung kaki.
Keesokan hari, basuh tumit kaki anda dengan air suam.
Buat setiap hari sebelum tidur.
Bagaimana ia berfungsi: Vicks VapoRub mengandungi kapur baring, kayu putih dan asas minyak turpentine yang dapat memerangkap kelembapan.
7. Serbuk penaik
Cara nak buat
Tambah 3 sudu serbuk penaik dalam semangkuk air suam. Kacau campuran sehingga serbuk penaik larut.
Rendam kaki selama 15 minit.
Keluarkan kaki dan gosok perlahan-lahan dengan batu apung.
Bilas dengan air bersih dan keringkan kaki dengan tuala bersih.
Ulangi cara ini 2 kali seminggu.
Bagaimana ia berfungsi: Baking soda adalah exfoliant. Ia membuang sel-sel kulit mati dan mempunyai ciri-ciri anti-radang. Malah serbuk penaik juga boleh meneutralkan bau busuk.
8. Gel lidah buaya
Cara nak buat:
Rendam kaki dengan air hangat dan gosok dengan batu apung untuk menghilangkan kulit mati.
Keringkan kaki. Kemudian sapukan lapisan lidah buaya secara tebal pada tumit kaki.
Pakai sarung kaki.
Keesokan harinya, basuh tumit kaki dengan air suam.
Ulangi cara ini setiap malam selama 4-5 hari untuk melihat hasilnya.
Bagaimana ia berfungsi: Lidah buaya mengandungi vitamin A (beta-carotene), C dan E. Ini mempunyai sifat antioksidan. Kolesterol, campesterol, β-sitosterol dan lupeol bersifat anti-radang, manakala lupeol pula bertindak sebagai antiseptik dan analgesik. Auxins dan gibberellins yang ada dalam lidah buaya dapat membantu untuk menyembuhkan luka.
9. Vaseline dan jus lemon
Cara nak buat:
Rendam kaki dalam air suam selama 20 minit. Bilas dan keringkan.
Tambah 3-4 titisan jus lemon dalam 1 sudu teh Vaseline. Kacau campuran tadi.
Gunakan campuran ini pada tumit kaki merekah.
Pakai sarung kaki semalaman.
Basuh kaki menggunakan air suam keesokan harinya di waktu pagi.
Lakukan secara kerap sebelum tidur.
Bagaimana ia berfungsi: Vaseline bertindak sebagai pelembap dan asid sitrik dalam jus lemon pula dapat menghilangkan kulit mengelupas serta menumbuhkan semula sel-sel kulit baru.
10. Garam Epsom
Cara nak buat:
Tambah separuh cawan garam Epsom bersama air suam ke dalam besen.
Kacau campuran hingga sebati.
Rendam tumit kaki selama 15 minit.
Gosok kaki untuk membuang kulit mati.
Lakukan cara ini 2-3 kali seminggu.
Bagaimana ia berfungsi: Garam Epsom mampu mengurangkan keradangan dan melembutkan kulit. Sulfat pula membantu melepaskan toksin dan logam berat dari sel-sel, mengurangkan kesakitan dan membantu tubuh untuk menghilangkan bahan-bahan yang berbahaya.
Sumber: Era Baru
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Membasuh muka dengan hanya menggunakan pencuci muka tidak memberikan impak yang besar. Sebenarnya, ramai yang tidak menitik beratkan kepentingan menggunakan scrub muka. Untuk pengetahuan anda, scrub muka sangat penting digunakan kerana ia membuang kulit mati, mencerahkan wajah serta mengelakkan pori-pori daripada tersumbat. Selain itu, scrub muka dapat mencerahkan lagi kulit yang kusam.
Ini antara produk yang boleh anda gunakan untuk membuang kulit mati:
Garnier Pure Active Anti-Acne White Acne & Oil Clearing Scrub
Scrub muka untuk jerawat yang murah
Ini ialah rekomendasi scrub muka yang terbaik untuk menyelesaikan masalah jerawat dan kulit berminyak. Dengan hanya 4 minggu sahaja, kesan jerawat dan bintik hitam akan hilang sekelip mata serta masalah kulit berminyak berkurangan. Ia juga mempunyai sijil Halal.
Garnier Men Powerwhite Whitening Scrub
Scrub muka untuk lelaki kulit berminyak
Lelaki juga perlu memakai scrub muka untuk mendapatkan kulit yang segar. Produk ini dapat menghilangkan semua kekotoran dan mengawal kulit berminyak. Ia adalah dual produk yang membersihkan kulit secara mendalam serta mencerahkan muka.
HIMALAYA Apricot Scrub
Scrub muka apricot yang boleh didapati di Watsons
Terdapat banyak sel kulit mati dan kekotoran pada wajah. Justeru itu, scrub muka apricot ini membantu untuk mengupas sel kulit mati serta bintik hitam. Ia juga mengandungi vitamin E semulajadi yang dapat melembutkan kulit. Pasti muka kelihatan berseri-seri selepas ini!
St Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub & Mask
Scrub muka drugstore yang mengandungi oatmeal
Ini merupakan produk 2-dalam-1 kerana boleh digunakan sebagai scrub muka atau mask. Ia mempunyai aroma yang menyenangkan iaitu bau oatmeal dan juga madu. Dengan menggunakan scrub, muka pasti nampak lebih sihat, lembut dan segar. Selain itu, ia diperbuat 100% daripada serbuk kulit badam dan dijamin selamat digunakan.
Jangan lupa ke Karnival Karangkraf 1-3 Jun ni! Mungkin anda boleh dapat produk scrub secara percuma? Siapa tahu kan?
Ya, kebanyakan kita semua lelaki sekarang berdepan dengan kondisi rambut menggerbang dan panjang tumbuh tak tentu hala.
Ada yang tumbuh ke hadapan, ada yang ke tepi dan tidak kurang juga yang meliar ke merata arah.
Tapi usahlah kita risau. Ini hanyalah sementara sahaja. Mungkin ini juga simbolik sokongan kita kepada perjuangan frontliners yang tidak henti memberikan khidmat untuk negara dala menangani wabak COVID-19.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi idea gaya rambut crew cut yang anda boleh dapatkan selepas tamatnya tempoh PKP nanti.
Perhatikanlah sahaja pelakon-pelakon kacak Hollywood. Semakin meningkat usia semakin tampan penampilan wajah serta rambut mereka.
CARA DAPATKAN RAMBUT CREW CUT
– potong bahagian belakang dan tepi sekitar ketebalan 1 hingga 1.5 sentimeter. Ini bagia memberikan feel yang lebih lembut pada permukaan rambut.
– pada bahagian fringe pula pastikan pada ukuran 2.5 hingga 3 sentimeter. Manakala di bahagian atas ubun-ubun kepada pada ketebalan 2 sentimeter.
– elakkan menggunakan clipper semasa melakukan potongan kerana anda ingin mendapatkan look gaya bespoke. Namun jika rambut terlalu tebal anda boleh minta untuk lakukan trim sedikit demi sedikit hingga ke belakang.
– Selepas selesai melakukan potongan, gayakan rambut anda dengan menggunakan hair clay bagi mewujudkan look rambut lebih tebal dan mempunyai volume yang tinggi.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.