Di zaman sekarang, rambut bukan lagi hanya mahkota untuk wanita, tetapi juga untuk lelaki. Tanpa rambut yang sihat, jangan terkejut jika masalah kulit kepala, keguguran rambut, dan kebotakan datang tanpa diundang!
Bayangkan, anda masih belum mencecah usia 35 tahun, namun garis hadapan rambut sudah semakin menurun. Atau lebih teruk lagi, ada ‘tompokan’ botak yang makin jelas di tengah kepala. Fikirkan sejenak, betapa ia boleh memberi kesan besar terhadap penampilan anda!
Jangan risau, bro! Sebelum anda terpaksa hadapi masalah yang MASKULIN sebutkan tadi, ada beberapa langkah dan tip yang boleh anda amalkan.
Untuk anda yang mahu kekal bergaya tanpa risau tentang kebotakan atau rambut gugur, berikut adalah beberapa cara mudah yang boleh membantu anda mengelakkan masalah tersebut.
SYAMPU YANG TEPAT
Jaga kebersihan rambut dengan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda. Jangan tergoda dengan produk yang mengandungi bahan kimia keras, kerana ia boleh merosakkan rambut dan kulit kepala. Pilih syampu yang lembut dan menyegarkan!
ELAK GAYA IKAT RAMBUT TERLALU KETAT
Jauhkan diri daripada gaya rambut yang menarik rambut dengan terlalu kuat, seperti man bun atau sanggul ketat. Tarikan berlebihan boleh merosakkan akar rambut dan menyebabkan masalah kebotakan yang tidak diingini.
Ads
PEMAKANAN SIHAT UNTUK RAMBUT CANTIK
Apa yang anda makan memainkan peranan penting dalam kesihatan rambut. Pastikan diet anda kaya dengan nutrien penting seperti protein, zink, vitamin B, dan zat besi. Ini bukan sahaja menyokong pertumbuhan rambut yang sihat, tetapi juga membantu rambut kelihatan lebih kuat dan bersinar.
Cara terbaik untuk menjaga kesihatan keseluruhan badan adalah dengan bersenam secara teratur dan mendapatkan tidur yang cukup. Apabila tubuh badan sihat, ia akan membantu mengurangkan risiko kehilangan rambut yang disebabkan oleh tekanan atau kurang tidur.
JAUHI PEWARNA KIMIA
Elakkan penggunaan bahan kimia keras seperti pewarna rambut yang berlebihan, perapi yang mengandungi alkohol, atau produk rambut yang berisiko merosakkan rambut. Pilih produk yang lebih lembut dan selamat untuk rambut anda.
Merokok dan pengambilan alkohol secara berlebihan boleh merosakkan sistem peredaran darah, yang akhirnya mempengaruhi kesihatan rambut. Dengan menghentikan tabiat ini, anda memberi peluang terbaik untuk rambut anda terus sihat.
KAWAL TEKANAN DENGAN BAIK
Tekanan yang berterusan adalah salah satu punca utama keguguran rambut. Amalkan teknik pengurusan stres seperti meditasi, yoga, atau senaman pernafasan untuk menenangkan minda dan tubuh. Kurangkan tekanan, kurangkan risiko rambut gugur!
Ads
JUMPA PAKAR
Jika masalah kebotakan semakin serius, jangan ragu untuk berjumpa dengan doktor kulit atau pakar rambut. Mereka dapat memberikan penilaian yang tepat dan rawatan yang sesuai untuk mengatasi masalah anda.
Ingat, faktor genetik juga memainkan peranan dalam kehilangan rambut. Walaupun kebotakan tidak dapat dielakkan sepenuhnya, langkah-langkah di atas dapat membantu mengurangkan risiko dan menjaga rambut tetap sihat dan kuat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sakitnya hati bila parut jerawat masih tidak hilang. Inilah masalah yang membuatkan anda stres kerana parut jerawat meninggalkan kesan hitam dan menghodohkan wajah.
Jika parut jerawat tidak dirawat boleh meninggalkan kesan yang teruk lebih-lebih lagi jerawat yang jenis hitam. Jadi jika anda tidak mahu terlalu bergantung pada produk atau krim, apa kata cuba amalkan pengambilan 5 ‘magic food’ ini setiap hari.
1. Brokoli
Mengandungi bahan anti-radang, selain tinggi dengan vitamin dan mineral. Bahkan ia juga amat baik untuk mengurangkan pigmentasi pada kulit terutamanya pada kulit yang berparut. Warna parut jerawat akan lebih mudah pudar dan tidak bertompok.
2. Lemon
Jus lemon boleh diminum sebagai air detok yang melawas penghadaman dan menyingkirkan toksik. Atas faktor asidik dalam lemon, ia juga mampu mengurangkan minyak dan bakteria yang terkumpul pada kulit, malah memudahkan untuk perawatan jerawat dan parut jerawat. Anda hanya perlu lumurkan sahaja lemon pada kawasan kulit bermasalah, biarkan selama 10-15 minit, kemudian bilas dengan air suam.
3. Betik
Bukan sahaja sedap dimakan, betik juga boleh dibuat masker. Vitamin A yang ada dalam buah pelawas ini membantu untuk membasmi sel kulit mati dan membuang segala protein yang tidak aktif. Selain hilangkan parut jerawat, masker betik juga boleh dijadikan sebagai masker anti-penuaan. Ia diyakini untuk tujuan menegangkan kulit, mengurangkan kesan parut jerawat dan tompok gelap.
4. Lada Benggala (Kuning)
Rupanya lada benggala kuning mempunyai vitamin C! Pengambilan lada benggala kuning ini boleh mengurangkan radang kulit. Paling penting, siapa yang ada parut jerawat jenis ‘kawah’ sangat recommended kerana kolagen pada lada benggala kuning boleh memperbaiki masalah anda itu.
5. Bayam
Sayur-sayuran yang tinggi dengan khasiat zink seperti bayam sebenarnya sangat cepat untuk memulihkan parut jerawat. Bukan sahaja merawat kulit yang rosak, malah bayam juga menghasilkan sel kulit dan kolagen. Selain itu, bayam juga baik untuk membaiki masalah mata, menguatkan otot dan banyak lagi!
Lepas ini anda kena sentiasa amalkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ini untuk mengurangkan parut jerawat lama. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menjadi sunnah bagi kaum lelaki memakai wang-wangian untuk ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat.
Wangi-wangian seperti bau haruman kasturi bukan sahaja menyegarkan malah sering digunakan secara tidak langsung dalam perubatan Islam untuk merawat penyakit.
Kajian diuji zaman-berzaman
Al-Kindi atau nama sebenarnya Abu Yusuf Ya’quq Ibn Ishaq Al Kindi merupakan antara tokoh falsafah Islam terbilang dan pernah menguji kehebatan bauan kasturi.
Dalam erti kata lain, kajian mengenai khasiat haruman kasturi telah dilakukan sejak zaman berzaman.
Al-kindi mengkaji dan menggunakan kasturi di dalam kajiannya dan cuba merungkaikan pelbagai hal-hal yang berkait dengan kimia dan haruman.
Dalam masa sama, beliau juga telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama kitab Kimiya Al’itr (Book of The Chemistry of The Perfume).
Khasiat dan keistimewaan
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan islam yang lain pula, kasturi didapati mempunyai terlalu banyak khasiat dan keistimewaan, antaranya :
●Memberi kekuatan pada roh
●Memberi ketenangkan jiwa
●Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
●Menghilangkan ketakutan
●Menghilangkan debaran jantung
●Menghilangkan sesak nafas
●Mampu menyedarkan orang yang pengsan
●Menjernihkan mata putih
●Menguatkan tubuh badan
●Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
●Perlindung/benteng kepada gangguan jin (ikhtiar)
Minyak wangi kasturi dalam perubatan Islam
Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; “al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani, karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi. Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.
Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki pada zaman sekarang sudah semakin ramai menggunakan mesin pencukur atau lebih dikenali dengan gelaran ‘shaver’. Selain mudah digunakan ia juga dapat mengelakkan berlakunya kecederaan berbanding menggunakan pisau cukur.
Selain mudah digunakan ia juga boleh mempercepatkan proses mencukur dan ia juga senang dibawa ke mana sahaja.
Namun sebelum membeli mesin pencukur terdapat beberapa faktor penting perlu anda pertimbangkan. Usah risau kerana MASKULIN bersedia membantu anda untuk memilih mesin pencukur yang sesuai.
ROTARY ATAU FOIL
Terdapat dua jenis mesin pencukur yang berbeza di pasaran. Kedua-duanya mempunyai sistem memotong yang sedikit berbeza.
Mesin pencukur rotary
Pertama, mesin pencukur rotary. Ia kebiasaannya dilengkapi tiga atau empat kepada penculur yang boleh digunakan dengan bebas di pelbagai permukaan wajah seperti di sekeliling hidng, dagu dan bahagian rahang. Mesin jenis ini sesuai untuk jambang yang panjang atau buat anda yang tidak mahu mencukur dengan pantas.
Mesin pencukur foil
Manakala mesin pencukur foiL pula sangat sesuai buat anda yang mempunyai misai, janggut atau jambang yang pendek dan memerlukan penjagaan harian. Ia juga sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif.
KRIM PENCUKUR WAJAH
Jika mempunyai kulit yang tidak terlalu sensitif anda boleh menggunakan mesin pencukur tanpa menggunakan krim. Namun untuk hasil yang lebih memuaskan dan pengalaman bersukur yang lebih selesa anda dinasihatkan menggunakan sedikit krim.
CARA MENCUCI MESIN PENCUKUR
Membeli mesin pencukur yang berjenama, mahal dan berkualiti tidak ada gunanya juga jika tidak pandai mencucinya dengan baik selepas digunakan.
Kebanyakan mesin pencukur di pasaran akan turut menyertakan kit cucian selepas guna. Pastikan setiap kali selepas digunakan anda mencucinya dari sebarang kotoran atau rambut yang melekat.
MENENTUKAN BAJET
Seperti kebanyakan peranti yang lain jika mahukan yang terbaik pastinya anda harus melabur sedikit. Sebuah mesin pencukur yang berkualiti boleh didapati dalam harga RM300 hingga RM1200 di pasaran. Percayalah pelaburan ini pasti memberikan satu kepuasaan untuka anda guna dalam tempoh masa yang lama.
Anda boleh dapatkan mesin pencukur pada harga yang sangat berpatutan di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.