Siapa tidak kenal dengan watak Logan atau nama gelaran Wolverine di dalam komik dan francais filem X-Men. Namun bila sebut sahaja watak ini secara automatiknya pasti kita akan terbayangkan wajah Hugh Jackman, pelakon asal Australia yang telah membawakan watak ini dengan cukup berjaya sekali.

Kini selepas Hugh Jackman melepaskan watak tersebut ramai yang berteka-teki siapakah yang mampu dan berani untuk membawa watak ini. Cabaran utama pelakon baru ini semestinya perlu meyakinkan peminat yang pastinya akan membuat perbandingan.

Penulis Komik Terkenal Dedah Taron Agerton Bakal Menjadi Wolverine Seterusnya
Sebelum ini Taron Egerton cukup dikenali dengan watak Eggsy menerusi ‘Kingsman’.

BACA: Digelar Captain Marvel. Pilot Jelita Ini Tular Gara-Gara Layan Lagu Rock Kapak

RAMALAN TAK PERNAH SALAH

Dengan pemilikan 20th Fox Century yang diambil alih oleh Disney, francais X-Men kini kembali kepada mereka yang turut memiliki Marvel Studio.

IKLAN

Soerang penulis komik terkenal yang pernah menghasilkan karyanya bersama Marvel dan DC iaitu Mark Millar telah membayangkan pelakon muda meningkat naik, Taron Egerton yang akan muncul membawakan watak Wolverine pada masa akan datang.

Penulis Komik Terkenal Dedah Taron Agerton Bakal Menjadi Wolverine Seterusnya

IKLAN

Mark Millar yang sebelum ini pernah menulis komik popular seperti ‘Kick-Ass’ dan ‘Kingsman’ telah memuat naik ciapan di laman Twitter. Malah dia membayangkan bahawa dia tak pernah salah membuat ramalan sebelum ini. Atau adakah dia mendapat maklumat dalaman terlebih dahulu?

IKLAN

Agak sukar untuk keluar daripada bayang-bayang Hugh Jackman yang sebelum ini selama 17 tahun membawakan watak Wolverine. Namun dengan pengalamannya berlakon dalam beberapa filem aksi hebat seperti ‘Kingsman’, ramai yang menaruh harapan tinggi kepada pelakon yang dikenali dengan watak Eggsy menerusi filem tersebut.

BELUM PASTI LAGI

Penulis Komik Terkenal Dedah Taron Agerton Bakal Menjadi Wolverine Seterusnya
Jika diberi peluang mampukan pelakon muda ini menyaingi kehebatan Hugh Jackman?

Dalam satu temubual pula Taron Egerton menegaskan bahawa itu adalah khabar angin sahaja. Namun ramai juga peminat seakan bersetuju jika dia diberi peluang melakonkan watak anti-hero paling popular Marvel.

Adakah ramalan yang dinyatakan oleh Mark Millar bakal jadi kenyataan? Sama-sama kita tunggu. MASKULIN ramalkan ia tak mustahil namun untuk Marvel Studio melakukan reboot semula terhadapo karakter-karakter X-MEN pastinya akan mengambil sedikit masa yang panjang.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI