Komponen motosikal yang paling adalah Absorber atau dikenali sebagai Penyerap Hentak. Ia menyumbang kepada kestabilan terutama ketika melalui permukaan jalan beralaun atau tidak rata serta ketika mahu memotong.
Kebiasaannya usia absorber mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Namun segalanya bergantung kepada cara anda menggunakan motorsikal serta kekerapan penyelenggaraan dijalankan.
Selain itu, jika menggunakan absorber yang masih elok, ia menjamin perjalanan anda dalam keadaan selamat. Selain itu, ia juga untuk mengelakkan kemalangan terjadi disebabkan kesilapan sendiri yang lupa untuk lakukan pemeriksaan ke atas motor.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh buat sendiri di rumah untuk check keadaan absorber sama masih elok atau lebih baik tukar baru.
4. Cuba tunggang motorsikal melalui jalan berlubang atau tidak rata
Jika anda rasa lantunan yang melampau, disarankan untuk menukar absorber. Semakin banyak lantunan, semakin besar kerosakan komponen tersebut.
Harus diingat, jika menunggang dengan absorber yang sudah rosak, ia boleh bagi kesan dekat jentera motor serta menyakitkan badan terutama bahagian belakang badan serta pinggang.
Ingat, badan nak pakai lama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Yamaha Y125ZR merupakan model popular di Malaysia. Kapcai berkenaan berada di pasaran tempatan sejak 1999. Dan..ia merupakan model dua lejang yang masih digunakan sehingga kini.
Terbaru, model ‘panas’ itu didatangkan dengan Edisi Terhad MotoGP. Harga jualan model berkenaan ialah RM8,846.76 seunit. Namun begitu, sebaik tiba di pusat jualan pastinya harga Y125ZR akan meningkat kerana bilangannya yang terhad.
Apakah perbezaan yang terdapat pada model terhad ini?. Edisi Terhad MotoGP didatangkan dengan warna dan grafik Movistar bersama lencana bernombor pilihan sendiri.
Pada masa yang sama, Hong Leong Yamaha Motor turut menawarkan set kotak khas kepada pemilik baru edisi MotoGP berkenaan.
Sudahpun berada di pasaran, setiap pembelian Y125ZR itu akan menerima sijil tulen, t-shirt 125ZR, sarung lengan Yamaha dan poskad memorabilia.
Selepas membuka lembaran baharu dalam dunia permotoran di Malaysia dengan menjalin kerjasama dengan Bajaj Auto Ltd dan pelancaran jentera dua roda Pulsar RS200,NS200 dan V150 Mei lalu, Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas) terus mempamerkan kesungguhannya untuk bersaing apabila bakal membawa masuk model Bajaj yang ketiga iaitu Dominar 400.
Model ini bersesaran 373.3cc yang berkuasa 35hp pada 8,000rpm & Tork 35Nm pada 6,500rpm. Dominar 400 juga dilengkapi dengan sistem ABS, Slipper clutch, lampu LED, sistem suntikan bahan api, fork teleskopik 43mm dan brek yang begitu berkesan dengan enam kelajuan.
Lawatan penulis bersama rakan media ke kilang Bajaj Auto Ltd anjuran Modenas & Bajaj di Pune, India baru-baru ini berkesempatan untuk melihat dengan lebih dekat serta menguji kemampuan jentera tersebut ditrek sepanjang 2.9 kilometer dan laluan berbukit serta selekoh.
Berdasarkan pandu uji yang dilakukan, Dominar 400 terbukti mudah dikendalikan dan kuasa pecutan yang tidak mengecewakan. Harga yang bakal ditawarkan bagi Dominar 400 dibawah RM19,000 dan dijangka menjengah di pasaran Malaysia pada suku pertama 2018.
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Amiruddin Abd Kadir berkata, pihaknya kini sedang merangka strategi dengan Bajaj Auto untuk memastikan Dominar mampu menjadi pilihan pengguna jentera dua roda di Malaysia.
“Apa yang boleh saya katakana, Dominar 400 akan berada di Malaysia pada suku pertama 2018 (Jan-Mac), mungkin awal tahun. Harga yang bakal ditawarkan adalah sesuatu yang mampu menarik minat pengguna dan menyaingi jenama-jenama lain sedia ada dipasaran ketika ini.
“Pastinya kehadiran Dominar 400 akan memberi persaingan sihat kepada perkembangan dunia permotoran di Malaysia,” jelasnya yang turut bersama menyertai rombongan ke Pune, India, baru-baru ini.
Pada masa sama, kami juga berkesempatan menguji jentera Bajaj iaitu model Boxer X150 yang dilihat kepada santai, selesa dan tahan lasak dengan kata lain sesuai bagi kegunaan offroad, namun kemasukan Boxer X150 yang berkapasiti 144.8cc ini masih dalam perancangan dan tertakluk kepada permintaan pasaran.
Buat anda yang memiliki kereta berusia 5 hingga 10 tahun, ada beberapa perkara penting yang perlu anda beri lebih perhatian.
Biasalah, bila kereta dah mula ‘berumur’, komponen utama dia pun mula bagi tanda-tanda nak rosak.
Hal seperti ini bergantung juga pada berapa jauh kereta anda selalu bergerak dan cara pemanduan anda. Tapi, mahu atau tidak, memang akan ada komponen yang perlu diperiksa sebab jangka hayat dia makin pendek.
Salah satu komponen yang wajib anda beri perhatian ialah drive shaft. Jika anda jenis yang biasa dengan komponen kereta, mesti dah familiar dengan nama ini. Tapi kalau anda rasa tak tahu sangat, jangan risau! MASKULIN akan terangkan sikit-sikit supaya anda faham.
Apa sebenarnya drive shaft? Ia lebih kurang macam ‘aci pemacu’ dalam bahasa kita, dan ia sebahagian daripada sistem drivetrain kereta. Untuk kereta yang pacuan depan (FWD), biasanya ada dua drive shaft – satu sambung dengan tayar sebelah kanan, dan satu lagi dengan tayar kiri. Kerja dia senang je, ia hantar kuasa dari enjin terus ke tayar supaya kereta boleh bergerak.
Macam kita jugak, bila dah lama, drive shaft ni akan alami kehausan dan mula menunjukkan tanda-tanda rosak.
Tapi dia bukan rosak mendadak, cuma prestasi dia akan makin merosot sikit demi sikit. Bahaya betul kalau tanda-tanda kerosakan drive shaft ni kita biarkan macam tu je. Ia boleh jadi risiko besar, bukan setakat kepada kereta, tapi juga keselamatan anda sebagai pemandu dan penumpang.
Bayangkan, drive shaft boleh tercabut masa anda tengah memandu! Walaupun jarang sangat berlaku, tapi benda ni bukan mustahil.
Kadang-kadang kerosakan pada CV Joint bearing boleh jadi punca drive shaft tercabut. Lagi teruk, ia boleh buat perumah gearbox pada enjin pecah! Kalau dah sampai tahap tu, memang tinggi risiko kereta terlibat dalam kemalangan.
Biasanya, getah boot yang melindungi bearing akan haus lepas lama pakai, dan akhirnya pecah atau terkoyak. Bila boot ni pecah, minyak gris dalam dia mula bocor keluar.
Bila gris tak cukup, bearing dalam CV Joint akan cepat haus dan rosak. Kadang-kadang, walaupun boot tak pecah, bearing boleh rosak kalau gris dalam tu tak berfungsi dengan baik – mungkin sebab dah beku atau tak cukup pelincir.
Kalau anda perasan ada salah satu tanda ni, jangan tunggu lama-lama! Terus pergi ke bengkel untuk buat pemeriksaan. Kalau lambat, masalah ni boleh merebak ke gearbox atau sistem pemanduan anda.
Harap perkongsian ni bermanfaat untuk anda. Jangan lupa, jaga kereta baik-baik, dan follow Instagram MASKULIN untuk lebih banyak tips!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tom Holland bukan sekadar membina otot untuk watak Spider-Man. Rutin latihannya menekankan kekuatan fungsional, daya tahan, mobiliti dan disiplin tinggi.