Kulit jadi bersisik dan berkudis sejak tiga bulan lalu. Itulah penyakit misteri yang sedang dihadapi 120 penduduk Orang Asli dari suku kaum Batek di Kampung Kuala Koh.
Mereka yang menetap dekat Gua Musang, Kelantan semakin buntu apabila sehingga hari ini, ia menjejaskan 30 keluarga membabitkan usia dua hingga 30 tahun.
Sudah melanda sejak Oktober
Penghulu Kampung itu, Mamat Pokok, 36, berkata, penyakit misteri itu sudah melanda Orang Asli di situ sejak beberapa bulan lalu.
“Pada asalnya, penyakit itu hanya menyerang 50 penduduk kampung bermula Oktober tahun lalu sebelum ia merebak dalam kalangan penduduk kampung.
Ads
“Sehingga kini, penduduk bingung dengan penyakit yang masih belum diketahui punca dan penawarnya biarpun sudah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran,” katanya.
Bukan berpunca dari air bukit
Tegas Mamat, mereka sendiri tidak tahu punca dari mana penyakit itu berjangkit dan mereka tidak mengesyaki ia berpunca daripada penggunaan air bukit kerana ia bersih.
Namun dalam masa sama, mereka tidak menolak ia berkait penyakit keturunan kerana pelbagai kaedah rawatan termasuk di klinik dan tradisional sudah dicuba namun gagal.
Ads
Mohon pemantauan pihak berkuasa
Selaku penghulu kampung, Mamat berharap pihak Jabatan Kesihatan Kelantan dapat datang ke kampung terbabit untuk jalankan pemeriksaan kerana dibimbangi lebih ramai akan dijangkiti penyakit sama.
Anak tergaru-garu
Sementara itu, seorang penduduk kampung, Yati Ripin, 29, berkata, anak lelakinya yang berusia tiga tahun turut dijangkiti penyakit misteri itu sejak sebulan lalu.
Ads
“Pada mulanya, saya lihat badan anak bersisik, namun selepas seminggu ia berkudis dan bernanah. Kini ia mula merebak ke muka, lengan dan punggung.
“Memang sedih melihat anak tidak dapat tidur lena asyik tergaru-garu kerana gatal di seluruh badan. Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana penyakit itu masih tidak sembuh biarpun sudah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penggunaan sumber semula jadi sama ada sayur-sayuran, buah-buahan atau tumbuhan penghias laman yang ada manfaat kesihatan dan kecantikan juga akan menjimatkan belanja kerana anda tidak perlu ke salun atau ke kedai untuk mendapatkan sesuatu produk. Cara tradisional ini akan menjadikan kulit anda semakin gebu dan bersih setiap masa. Jika diamalkan selalu, anda akan mendapat kesan seperti yang diinginkan. Antara rawatan tradisional yang boleh dilakukan ialah.
Wajah bersih dan cerah
Gunakan daun lidah buaya dan susu untuk mendapatkan wajah bersih dan cerah. Caranya amat mudah dengan mengambil lendir lidah buaya dan dicampurkan dengan susu. Ramuan ini kemudian disapu ke wajah, biarkan hingga kering dan dibilas dengan air suam supaya kotoran atau cela keluar.
Melembapkan wajah
Untuk melembapkan kulit wajah, ambil buah pisang dan oleskan ke wajah seperti krim. Biarkan ia kering kemudian bilas dengan air bersih. Untuk kesan yang lebih baik, lakukan sekerap mungkin kerana bahan ini amat elok untuk kecantikan kulit supaya kelihatan lebih gebu.
Menyegar dan memutihkan wajah
Limau nipis dan telur dapat dimanfaatkan dan dijadikan ramuan tradisional untuk membuat kulit wajah putih dan segar.
Caranya dengan memerah air limau nipis dan dicampurkan dengan kuning atau putih telur (pilih salah satu), kemudian sapukan ke keseluruhan wajah selama beberapa minit hingga ia kering. Sebaik kering, bilas dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin untuk kesan yang ketara.
Wajah berminyak
Untuk menangani masalah ini, ambil potongan limau nipis dan tomato. Racik tomato hingga halus dan perahkan sedikit limau nipis. Sapukan secara lembut pada muka. Lakukan berulang kali pada seluruh wajah dan bilas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ada sesetengah lelaki sama ada dia pura-pura buat tak tahu atau berada dalam denial. Itulah yang berlaku bila makin hari makin ke depan pula perut.
Masalah perut boroi di kalangan lelaki biasanya akan mula timbul bila kadar metabolisme bada berubah menjadi rendah. Ini seiring dengan peningkatan umur.
Maka jika diteruskan gaya hidup sama ketika zaman remaja hingga ke umur 30-an maka kemungkinan besar perut untuk membesar sangatlah tinggi.
Tapi tahukah anda apakah punca utamanya?
Bukan mudah untuk mengawal pemakanan agar perut kekal langsing dan sihat, namun di sebalik itu terdapat pelbagai halangan yang harus ditempuh. Ini adalah di antara 5 situasi dan perkara yang harus anda elakkan. Perut buncit adalah sarang penyakit.
1. Kerap minum air bikarbonat
Ramai orang yang menganggap tidak mengapa untuk minum satu tin minuman berkarbonat, asalkan ia diiringi beberapa gelas air kosong. Mereka percaya air kosong akan ‘mencairkan’ kepekatan minuman berkarbonat. Ia sebenarnya salah kerana kita masih mengambil 10 sudu gula dalam minuman berkenaan, cuma hanya menambah air kosong, tidak akan memberi kesan kepada kandungan gula yang diambil. Kita juga akan terdedah kepada diabetes akibat kandungan gula yang tinggi.
Minuman berkarbonat atau soda adalah minuman yang paling digemari masyarakat kita kini. Namun sedarkah anda bahawa satu tin minuman tersebut mengandungi 150 kalori, 30 hingga 55 mg kafein, pewarna dan pemanis minuman yang tinggi. Gula yang berlebihan dalam darah jika tidak di kawal akan mengakibatkan risiko diabetes.
Satu tin air berkarbonat, mengandungi kira-kira 10 sudu gula, hampir dua kali melebihi pengambilan yang disarankan oleh pakar pemakanan, iaitu enam sudu gula sehari, bergantung kepada pekerjaan dan kegiatan harian yang dilaksanakan. Islam menegah kita daripada berlebih-lebihan dalam sebarang perbuatan, termasuk makan dan minum.
2. Makan ketika emosi tidak stabil
Anda mungkin sudah biasa dengan istilah emotional eating, suatu keadaan di mana hasrat untuk makan dikawal oleh emosi yang tidak stabil. Jarang rasanya seseorang itu melampiaskan kemarahan atau emosinya melalui makanan. Bahkan, ketika tidak merasa lapar pun, hasrat untuk makan seringkali muncul saat emosi sedang tidak stabil, termasuklah jika anda baru sahaja berselar seorang ibu. Berdasarkan laporan dari Government Equalities Office, tekanan yang diterima oleh para ibu yang baru melahirkan anak turut mampu memengaruhi pola pemakanan mereka.
Kebanyakan orang merasakan bahawa untuk melupakan stres salah satu caranya adalah dengan makan secara berlebihan. Tanpa disedari, tabiat atau kebiasaan makan seperti ini akan menjadikan seseorang itu untuk makan mengikut emosinya. Mereka merasakan bahawa makanan adalah satu-satunya jalan keluar untuk melupakan marah, sedih atau tertekan.
3. Kekurangan protein
Protein adalah makanan terpenting untuk tubuh kita. Kesemua sel terbentuk hasil dari nutrien protein yang diambil. Kekurangan protein akan menyebabkan sistem badan dan sel-sel badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Apa kaitannya perut buncit dengan kekurangan protein? Salah satu sebab perut menjadi buncit akibat pengumpulan bendalir tisu.
Protein juga dapat membantu tubuh mengawal hormon yang boleh meningkatkan nafsu makan. Anda boleh mendapatkan sumber protein dari daging, kerang, daging ayam (tanpa kulit), ikan salmon, dan telur. Untuk mengatasi masalah ini, ambillah sumber protein yang mencukupi. Jika pengambilan yang berlebihan juga tidak elok. Jadi berpada-padalah. Lebih baik jika sumber protein itu diambil dari bahan organik yang bukan sahaja selamat, malah membantu kehidupan anda yang lebih sihat.
4. Makan larut malam
Makan larut malam menjadi salah satu penyebab perut buncit. Mengapa hal ini terjadi? Ini kerana ketika kita tidur dengan perut kenyang maka akan berlakunya acid reflux atau gangguan pencernaan kerana posisi tidur tidak dapat bekerja dengan lancar atau membuatkan makanan tersebut dicerna dengan baik.
Jadi, caranya adalah dengan mengelakkan dari mengambil makanan dalam porsi atau kuantiti yang terlalu besar ketika malam. Jangan tidur setelah makan, sebaiknya tunggu antara 1 hingga 3 jam setelah makan.Sekiranya anda berasa lapar ketika lewat malam, sebaik-baiknya cukup dengan menikmati buah-buahan segar daripada mengambil makanan junk food atau makanan yang diproses (cepat saji).
5. Merokok
Amalanyang menyebabkan perut buncit ialah merokok atau penggunaan tembakau dengan cara lain. Ini adalah kerana merokok boleh menganggu dan menjejaskan aktiviti penghadaman. Sikap suka merokok selepas makan akan menyebabkan perut buncit dan mudah berasa kembung kerana penghadaman terganggu. Oleh itu , cara terbaik untuk mengelakkan masalah ini ialah dengan berhenti merokok.
Sumber : Diarikurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seujurnya bagi MASKULIN, tiada alasan untuk kita tidak melakukan aktviti senaman. Paling ringkas pun lakukanlah sahaja larian atau brisk walk. Jika anda tahu akan kelebihan kesihatan jika selalu buat senaman seperti larian, kami yakin setiap penjuru jalan dipenuhi orang ramai yang melakukannya.
Bagi anda yang masih mempunyai tubuh badan sihat usahlah terlalu selesa dalam zon itu. Ketahuilah bahawa risiko penyakit kronik boleh muncul jika tidak diberikan perhatian khusus.
Jadi berlarilah untuk kesihatan dan masa depan yang lebih baik.
Sama ada anda berlari di atas permukaan trek, jalan atau di treadmill sekalipun, ia akan memberikan banyak kelebihan kepada anda.
Terdapat kajian mendapati seseorang yang melakukan aktiviti larian di antara 5 hingga 10 minit setiap hari dengan kelajuan sederhana mampu menjauhkan mereka dari pelbagai ancaman penyakit.
Mungkin anda tertanya-tanya pakah kelebihan kesihatan bila bila berlari di antara 5 hingga 10 minit setiap hari? Memang banyak kelebihannya yang mampu memberikan anda tahap kesihatan baik. Antaranya:
merendahkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung atau strok
mengurangkan risiko berdepan penyakit berkait kardiovaskular
mampu kurangkan risiko kanser
menjauhkan anda daripada penyakit neurologikal seperti Alzheimer dan Parkinson
Manakala terdapat sekumpulan saintis dari Belanda mengatakan dan memberi cadangan kepada setiap orang untuk berlari selama 2.5 jam setiap minggu atau dengan jumlah 30 minit larian selama 5 hari dalam seminggu.
Selain itu kelebihan lain yang anda perolehi bila sentiasa berlari ialah;
Jika anda ingin berlari pada setiap hari ada beberapa faktor pelu diberi perhatian. Ini adalah untuk mengelak berlakunya kecederaan terutamanya di bahagian kaki.
Untuk mengelakkan kecederaan anda boleh ikuti langkah berikut;
pastikan anda memakai kasut larian yang betul dan saiz yang tepat
jangan paksa kaki untuk berlari dalam kasut kurang sesuai
tingkatkan jarak larian secara berperingkat
campur aktviti larian dengan senaman lain seperti berbasikal atau berenang
panaskan bada sebelum mula berlari
lari dalam postur badan yang betul
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang baik untuk anda kongsikan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Ikuti YouTube MASKULIN untuk video rutin workout menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.