Kami yakin anda semua pasti pernah mengalami ulser mulut bukan? Tahukah anda petua dan tips cara meredakan sakit ulser mulut dengan cepat dan berkesan? Apa itu ulser mulut?
Ulser mulut ini pada asasnya ialah luka yang terjadi di sekitar rongga mulut dan kelihatan seperti tompokan putih dan mungkin juga ada sedikit darah kalau besar. Ulser mulut atau juga dikenali sebagai mata ikan ini mendatangkan kesakitan apabila disentuh dan juga rasa sakit ketika minum air kosong.
Ulser Mulut memang sering berlaku kepada seseorang dan walaupun tidak berbahaya, tetapi agak mengganggu dan tidak selesa terutama ketika kita bercakap, makan atau minum.
Apa punca dan sebab Ulser Mulut berlaku kepada kita?
Kesilapan apabila memberus gigi, dan menyebabkan luka dalam rongga mulut
Kecederaan di mulut akibat tergigit atau terkena benda tajam seperti tulang
Cuaca panas dan kurang minum air
Kekurangan zat makanan seperti Vitamin B12, Zat Besi dan asid folik
Kesan radioterapi dan juga kimioterapi
Alergik atau alahan
Stress
Jangkitan virus atau bakteria
Perubahan hormon dalam badan
Ads
Ads
Ads
Apa petua dan tips cara meredakan sakit ulser mulut?
Gunakan madu dan letakan di bahagian ulser tersebut. Cara ini memang sangat berkesan dan merupakan petua meredakan ulser mulut yang berkesan sejak dahulu lagi dan sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Anda juga boleh berkumur dengan air garam, memang berkesan tetapi tidak disarankan jika anda tidak tahan sakit.
Jangan sentuh bahagian yang ada ulser tersebut, sebab nanti lambat sembuh
Elakan makan makanan yang pedas dan kari yang boleh mendatangkan kesakitan di bahagian Ulser Mulut
Minum air kosong kadang-kadang mendatangkan kesakitan, oleh itu, mungkin anda boleh minum air yang manis sebab ia tidak merangsang kesakitan. Jangan minum air terlampau manis, sikit saja sudah cukup.
Kalau ulser mulut anda terlalu besar dan tidak sembuh-sembuh dan kesakitannya juga tidak reda dalam masa 2, 3 minggu, silalah berjumpa dengan doktor.
Jika anda ada ulser mulut, anda bolehlah cuba petua cara meredakan sakit ulser mulut di atas.
Biasanya ulser mulut ini akan sembuh dengan sendiri dan tidak sakit lagi dalam masa 2,3 hari sahaja, tetapi bergantung juga kepada bilangan dan juga saiz ulser mulut tersebut.
sumber: sempoimedia.blogspot.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin memang sifat semulajadi lelaki yang sentiasa mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak suka melakukan perkara yang remeh. Berbeza dengan wanita yang lebih teliti dan cerewet terutama perihal tubuh badannya.
Berikut merupakan beberapa fakta mengenai alat sulit lelaki yang mungkin mereka sendiri tidak tahu!
1. Merokok boleh memendekkan alat sulit lelaki sekurang-kurangnya 1cm. Ereksi dipengaruhi oleh pengaliran darah dan merokok boleh membuat salur darah tersumbat dan mempengaruhi tahap ereksi seseorang lelaki.
2. Menurut kajian penyelidik Sepanyol, lelaki kacak mempunyai sperma yang lebih kuat.
3. Alat sulit lelaki hilang sensitivity selari dengan peningkatan usia dan semakin tua seseorang lelaki, semakin sukar untuk mereka memancutkan sperma. Mungkin inilah ketikanya proses menopaus seseorang lelaki berlaku.
4. 100 lelaki di seluruh dunia dilahirkan dengan 2 alat sulit lelaki. Keadaan ini dipanggil Diphallus.
5. Kawasan alat sulit lelaki merupakan tempat pembiakan bakteria yang tertinggi kerana satu daripada sepuluh lelaki menggunakan seluar yang sama lebih daripada 3 hari.
6. Lelaki mencapai kemuncak klimaks selama 6 saat sahaja dengan kadar 28 batu sejam.
7. Lelaki Perancis dikatakan mempunyai purata saiz alat sulit lelaki terbesar iaitu 6.2 inci.
8. State University of New York telah membuktikan logik yang mengatakan, lebih panjang alat sulit seseorang lelaki, lebih mudah untuk sperma berenang untuk proses ovulasi.
9 peratus lelaki di seluruh dunia memilih untuk tidak memakai seluar dalam.
10. Sekiranya mayat seseorang lelaki dijumpai tergantung, dia turut akan mengalami ereksi yang dipanggil ‘angel lust’.
Sumber : Lelaki Sihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rasanya macam baru semalam kita di hebohkan dengan perkahwinan bekas 2 personaliti dan pengacara sama cantik dan sama padan ni. Dah 13 tahun rupanya personaliti Aidid Marcello bersama Norzie Pak Wan Chik sudah mendirikan rumah tangga dan tahun ini merupakan anniversary ke 13 mereka. Setiap kali ulang tahun perkahwinan mereka, Aidid tidak pernah terlepas untuk mengucapkan doa dan rasa cinta Aidid kepada isteri tercinta.
Aidid dan Norzie telah mendirikan rumah tangga pada tahun tahun 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata, seorang perempuan dan 3 orang lelaki. Biarpun ketika ini Aidid telah mempunyai syarikat sendiri, tanggungjawab sebagai ayah dan suami dilaksanakan dengan sebaiknya.
Norzie Pak Wan Chik pernah menjadi pengacara rancangan Nona di TV3, sebelum mengambil keputusan berhenti untuk menumpukan sepenuh perhatian beliau terhadap keluarga.
“Dia faham kerja aku Dia tahan karenah aku Dia tahan lawak bodoh aku Dia always support aku Dia tak suka orang kencing aku Dia sayang aku sangat-sangat
“Thank you sayang sebab dah macam-macam kita harung selama 13 tahun, daripada tak reti apa pasai nak jaga 1st baby… sampailah anak pun dah tua bangka dah… kita pun makin tua dan makin menyembah bumi…
“semua yang baca komen ni, doakanlah dalam hati supaya kami sentiasa dirahmati dan dikekalkan jodoh hingga ke akhir hayat.
“Yang penting sama2lah kita tegur menegur, bantu membantu bukan hanya utk menjadi pasangan didunia, tetapi kita doa utk terus jumpa di SANA bila sampai waktunya. I ❤️you b! Sorry kena kerja jauh dari u, tapi hati kita sentiasa bercantum… HAPPY 13th ANNIVERSARY ?” tulis Aidid.
Sweet kan ucapan Aidid buat isteri tersayangnya. Mari la kita sama-sama mendoakan agar pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah dan peliharakanlah rumah tangga pasangan ini agar senantiasa aman dan damai serta dijauhi daripada segala cubaan serta dugaan yang merosakkan ikatan mereka, in shaa Allah, aamiin!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Khabar mengejutkan menyelubungi dunia hiburan antarabangsa apabila penyanyi kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia.
Menurut polis Argentina, bekas ahli kumpulan One Direction itu ditemui mati di luar sebuah hotel di Buenos Aires selepas terjatuh dari balkoni bilik tingkat tiga.
Menurut pihak polis lagi, mereka dipanggil ke hotel di kawasan Palermo, di mana mereka dimaklumkan tentang seorang “lelaki agresif yang mungkin berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol.”
Pengurus hotel tersebut mengatakan bahawa dia mendengar bunyi kuat di belakang hotel, dan apabila polis tiba, mereka mendapati seorang lelaki telah jatuh dari balkoni biliknya.
Paramedik mengesahkan kematian penyanyi berusia 31 tahun itu disebabkan kecederaan parah yang dialami.
Dalam satu ciapan di X oleh MTV. Saluran hiburan popular antarabangsa itu berkongsi rasa sedih mereka tentang berita kematian penyanyi tersebut.
“Kami sangat sedih mendengar berita pemergian tragis Liam Payne hari ini. Dalam masa yang sukar ini, hati kami bersama keluarga, orang tersayang, dan peminatnya,” tulis ciapan itu.
Imbas kembali Liam mengecap populariti apabila dia menyertai X-Factor UK sebagai penyanyi solo pada 2008. Walaupun gagal sebagai penyanyi solo, dia kemudiannya terpilih untuk menyertai kumpulan One Direction dan bertanding sebagai kumpulan.
Dia memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Bear hasil hubungannya dengan Cheryl Cole.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Testimoni daripada pengusaha restoran dan sports bar yang menggunakan Astro BizOne sebagai pemangkin perniagaan untuk menarik pengunjung serta peminat sukan.