Buat peminat pakaian gaya hidup dan sukan, jenama PUMA pastinya sudah tidak asing lagi bagi anda. Terkenal dengan rekaan yang ikonik dan berpengaruh di dalam dunia fesyen, PUMA kali ini menampilkan sebuah koleksi yang cukup eksklusif bersama seorang pereka terkenal.
Di kalangan penggemar fesyen streetwear nama Rhuigi Villasenor memag cukup disegani ramai. Pengarah Kreatif jenama RHUDE ini memberikan sentuhannya menerusi koleksi kapsul eksklusif bersama PUMA. Paling menarik ialah pengenalan kasut dari model klasik PUMA Suede yang diberikan sentuhan istimewa olehnya.
Rhuigi Villasenor
Kasut koleksi dikenali sebagai PUMA X Rhuigi hadir dalam dua versi iaitu lo dan mida. PUMA Suede merupakan model kasut yang bersifat cukup timeless. Malah, ia mempunyai nilai estetika tersendiri di kalangan pengumpul sneakers.
Selain kasut, koleksi ini turut mengetengahkan beberapa seleksi pakaian seperti kemaja-T berlengan pendek, seperti kemeja-T berlengan panjang, seluar pendek dan juga beberapa seleksi yang tidak kurang hebatnya.
Ads
Ads
Kesemua rekaan sentuhan Rhuigi tampil dengan ‘looks’ dengan tema warna neutral serta estetika rekaannya. Berbalik kepada rekaan kasut PUMA x Ruhigi, bahagian upper diperbuat daripada kulit premium dan suede dengan strip sinonim PUMA berwarna hijau.
Ads
Bahagian logo di belakang kaki pula dihiasi dengan kulit buaya. Bahagian midsole pula dihadirkan dengan warna yang seakan off white bagi penampilan lebih klasik. Manakala versi mid pula hadir dengan suede yang lebih berbulu dan warnanya yang lebih gelap.
Koleksi kapsul PUMA x Rhuigi kini boleh didapati di laman sesawang rasmi PUMA dan outlet mereka yang terpilih dari harga RM269 sehingga rm459.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Onitsuka Tiger, berasal dari Onitsuka Shokai yang diasaskan oleh Kihachiro Onitsuka pada tahun 1949, bakal meraikan sambutan ulang tahunnya ke-75 pada tahun 2024.
Sambil menantikan ulang tahun ke-100 iaitu 25 tahun akan datang, jenama ini kini kembali kepada semangat dan visi asal yang diamanahkan oleh pengasasnya Onitsuka, ke atas Onitsuka Tiger iaitu: impian dan harapan golongan muda serta keinginan untuk berusaha ke arah masa hadapan yang cerah.
Justeru, Onitsuka Tiger sukacitanya mengumumkan kerjasama global bersama ASTROBOY selaku projek untuk menandakan permulaan keraian ulang tahunnya.
ASTRO BOY adalah siri TV anime berdurasi penuh pertama di Jepun, dan Onitsuka Tiger pula memperkenalkan kasut olahraga asli pertama yang dibuat di Jepun.
Pencapaian kedua-dua nama besar ini didorong oleh keinginan untuk menyuburkan lagi gaya hidup serta harapan untuk kanak-kanak yang menjadi masa depan sejagat, agar mereka dapat terus bermimpi yang kemudiannya berjaya mengapai mimpi tersebut.
Kolaborasi ini boleh didapati di Butik Pop-Up Ginza dan onitsukatiger.com di Jepun pada hari Selasa, 12 Disember 2023 selaku keluaran pertama di dunia, dan di beberapa butik Onitsuka Tiger terpilih seluruh Jepun pada Sabtu, 16 Disember 2023.
Di peringkat global, kolaborasi ini akan diteruskan secara berturutan di 12 negara mulai Januari 2024 dan Butik Pop-Up seterusnya akan dibuka di Samaritaine Paris Pont-Neuf, sebuah pusat membeli-belah di Paris, pada Selasa, 16 Januari 2024.
Oleh itu, anda turut dijemput untuk menghayati sepenuhnya kolaborasi ini dengan melawati butik menarik ini. Koleksi ini termasuk item yang menampilkan logo asal serta reka bentuk ASTRO BOY, yang dicipta secara eksklusif untuk kolaborasi ini, yang hadir dalam pelbagai kategori uniseks.
Himpunan ini terdiri daripada 43 item secara keseluruhannya, termasuk kemeja, sut trek, skirt dan seluar, serta beg, topi juga kasut MEXICO 66™ SD dan BUT DENTIGRE™ PUFF. Semua item dalam koleksi ini disediakan dalam pembungkusan asalnya: beg membeli-belah dan kotak yang dihiasi dengan ASTRO BOY.
Pernah merantau hingga ke Liverpool, England demi melanjutkan pengajian, bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat ini menggalakkan golongan lelaki untuk keluar merantau demi mencabar diri menjadi seorang yang lebih matang.
Sangat selesa, itulah gambaran untuk sesiapa sahaja yang sudah memiliki kasut larian terkini dari NIKE Free Run Motion Flyknit ini. Direka dengan gaya tradisi bersama teknik lacing system seperti memakai stoking yang pastinya menyokong setiap pergerakan pelari. Memberikan fasa fleksibiliti menyeluruh pada bahagian buku lali membuatkan kasut kekal konsisten dan dinamis. Seleksi buat lelaki dan wanita ini adalah satu rangkaian inovasi yang hebat untuk dimiliki.
Rekaan terbaru ini turut menampilkan susunan tapak yang sangat mencengkam. Fokus tapak dengan susunan geometric mudah lentur membuatkan kasut ini sangat selamat digunakan. Tidak kira anda berlari di kawasan yang licin, keselamatan anda kekal terpelihara, impak geseran yang luas dan sangat ampuh pada kaki.
Selain selesa untuk larian, kasut ini juga boleh terus dipakai secara kasual untuk anda yang gemarkan kelainan dalam berfesyen. Boleh dapatkan koleksi Free Run Motion Flyknit ini di stor Nike di seluruh Malaysia.
Buat penggemar fesyen terutamanya sudah pasti mengetahui tentang hasil kerja tangan dan seni yang cukup berkualiti datang dari negara Itali.
Salah sebuah jenama yang sinonim dengan penghasilan kasut dari negara tersebut, GEOX dikenali ramai kerana mampu memnyediakan pelbagai variasi gaya menarik.
Terbaru GEOX telah menampilkan koleksi Musim Luruh/Sejuk 23/24 dengan mempamerkan pelbagai jenis kasut untuk lelaki dan juga wanita. Mereka hadir dengan rekaan dan inspirasi menyatukan gaya dengan keselesaan dan teknologi yang inovatif.
Bagi keolski untuk lelaki, GEOX menampilkan pelbagai jenis kasut dengan menyelitkan gaya lelaki Itali.
Koleksi pada kali ini menonjolkan reka bentuk baharu dengan nilai estatik klasik yang dihasilkan daripada bahan premium, berinovatif dan mesra alam serta dipadankan dengan teknologi kebolehnafasan, kalis air dan thermo-regulation dari GEOX yang telah dipatenkan.
Sistem kusyen Spherica, berbentuk sfera ditapak luar, memanjang ke tali kasut, kasut loafer, kasut but buku lali dan kasut but Chelsea dibuat atas tapak lug dalam bentuk kulit atau kulit suede.
Kasut sneaker Cupsole didatangkan dengan pelbagai gaya termasuklah tali kasut elastik dan tapak luar yang tebal, dengan pilihan Econyl atau mikrofiber. Spherica Actif pula mengandungi getah neoprene dengan pilihan kemasan kulit nappa atau kulit suede menampakkan gaya yang anggun dan selesa.
Fluctis, antara ikon GEOX, mempamerkan gaya estetik dengan tapak berjenis cupsoles berwarna biru atau hijau tentera kulit nubuck dengan tapak luar kalis air yang selesa. Gaya tampalan kulit dan fabrik menambah keunikan untuk pilihan warna hitam atau coklat Cognac.
Koleksi ini juga termasuk kasut Derby bertali warna hitam atau coklat gelap, kasut but Chelsea dan kasut but buku lali yang sesuai untuk gaya formal. Gaya ini menggabungkan kombinasi gaya klasik estetika dengan keselesaan kasut sneaker, menggunakan tapak luar kalis air yang selesa.
Untuk musim sejuk, teknologi Amphibiox dari GEOX memastikan kalis air tahap maksimum dan selesa walaupun didalam cuaca yang teruk. Kasut high-top hybrid, yang diperbuat dari kulit anak lembu tumbled dan kulit dalam warna biru laut dan coklat Cognac, menggabungkan teknologi Amphibiox dan tapak luar Spherica.
Tapak luar Plus Grip meningkatkan kestabilan dan diketengahkan dalam running-style sneakers dan but buku lali berinspirasikan pendakian. Koleksi dilengkapkan dengan kasut but buku lali kasual dari kulit tumbled untuk gaya santai.
Manakala untuk koleksi wanita pula GEOX memperkenalkan koleksi yang bergaya dan mampu milik untuk wanita, digabungkan dengan keanggunan kontemporari dengan menggunakan bahan yang eksklusif dan kemasan yang terperinci. Koleksi ini menawarkan pelbagai jenis bentuk dan gaya untuk memenuhi permintaan wanita setiap hari dengan harga yang mampu milik.
Rangkaian Walk Pleasure mewakili gaya formaliti moden, menampilkan ikatan tali yang lebih maskulin, court shoes, kasut loafer, kasut but, dan kasut but buku lali. Diperbuat daripada brushed kulit hitam premium atau kulit suede, koleksi klasik ini dilengkapkan dengan kasut but tunggangan dengan kulit tumbled yang halus, boleh didapati sehingga ketinggian buku lali.
Selain itu pelakon popular yang juga pemenang Oscar, Penelope Cruz telah dilantik sebagai duta jenama sulung GEOX. Pengasas dan pengerusi GEOX, Mario Moretti Polegato mengangkat bintang ‘Vanilla Sky’ tersebut sebagai duta yang ideal untuk menyampaikan falsafah jenama mereka.
“Dia akan menyampaikan kedudukan jenama baharu kami kepada dunia kerana dia merangkumi evolusi gaya yang mengaburkan garis antara kecantikan, kesejahteraan dan keselesaan – falsafah pemenang yang sentiasa menyokong reka bentuk produk kami,” kata Polegato.
Ikon glamor terkenal itu akan memberikan keanggunannya kepada kempen global jenama kasut Itali itu, dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama sejajar dengan koleksi Autumn-Winter 23-24 wanita, dengan fasa kedua khusus untuk musim Spring-Summer 24.
Sesetengah kasut but bercirikan tumit tinggi dan bermotif kulit buaya yang mewah, manakala kasut balet, kasut loafer bertumit rendah, dan kasut but buku lali baldu dalam palet warna Burgundy atau denim gelap, dihiasi dengan buckle logam berwarna keemasan. Kasut but buku lali menjadi tema sepanjang musim, dengan platform crepe yang fashion-forward muncul dengan pelbagai gaya.
Kasut dan pakaian luar GEOX akan berada di semua butik GEOX di Malaysia dan kedai atas talian rasmi GEOX di Shopee, Lazada dan Zalora.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Oppo Find X9 Ultra hadir dengan kamera Hasselblad empat lensa, sensor 200MP dan prestasi ultra premium. Ketahui spesifikasi, harga dan kelebihan model flagship ini.