Sejak negara kita mula menjalani Perintah Kawalan Pergerakanm begitu banyak cerita-cerita positif yang boleh kita dengar dan baca menerusi laman media sosial dan media tradisional.
Rakyat Malaysia sememangnya sangat prihatin dan ringan tangan dalam membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. Di antara pihak yang paling memerlukan sokongan ialah barisan hadapan kita terutamanya yang bertugas di hospital seperti doktor, jururawat dan kakitangan pasukan perubatan yang lain.
Setiap hari mereka terdedah dengan bahayua dan risiko untuk dijangkiti COVID-19. Seluruh pasukan perubatan di dunia kini amat memerlukan personal protective equipment atau alat pelindung diri dan juga pakaian sesuai untuk menjalankan tugas mereka.
Selain bantuan secara terus daripada kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia sudah ramai pihak seperi NGO dan syarikat swasta tampil ke hadapan bagi membantu menyalurkan kelengkapan alat pelindung diri.
Ads
Pereka fesyen terkenal dan Presdien MODA, Melinda Looi berkongsi rekaan gaun hospitalnya.
Terbaru menyaksikan kolaborasi di antara Malaysia Designer Association (MODA) bersama FASHIONVALET dan IMARET. Ketiga-tiga nama besar dalam industri fesyen tempatan ini menubuhkan tabung kahs bagi membantu rekaan fesyen dan komuniti kreatif untuk membeli serta menjahit gaun hospital untuk barisan hadapan negara.
Khooi Hooi & Izrin
Pasukan perubatan kini amat memerlukan bantuan dari segi gaun hospital kerana ia amat penting untuk melindungi mereka semasa bertugas merawat pesakit. Oleh disebabkan ia adalah pakaian yang pakai buang maka pihak hospital memang sangat memerlukan stok yang banyak.
Ads
Melihatkan ini sebagai tanggungjawab bersama sebagai rakyat Malaysia dan kolektif pereka fesyen yang ada kepakaran, MODA telah mengaktifkan projek untuk membekalkan alat pelindung diri kepada barisan hadapan. Pereka-pereka fesyen seperti Melinda Looi, Celest Thoi, Izrin (Innai Red Cutting), Justin Yap dan Khoon Hooi di antara yang secara terus menjahit gaun hospital.
Ads
Sumbangan diterima menerusi projek ini akan digunakan oleh MODA unruk membeli fabrik yang kemudiannya akan diagihkan kepada pereka fesyen dan sukarelawan untuk menjahit pakaian alat pelindung diri seperti gaun hospital.
Manakala FASHIONVALET dan IMARET akan membantu dari segi pengedaran hasil kerja mereka kepada beberapa rangkaiam hospital yang amat memerlukannya.
Syabas buat pereka-pereka fesyen tanah air yang menggunakan kepakaran mereka bagi membantu barisan hadapan tatkala negara berdepan dengan krisis yang cukup genting seperti ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Membayar semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan satu tanggungjawab yang perlu kita jalankan bagi memudahkan proses di masa depan.
Sungguh pun sudah dimaklumkan, tetapi masih ramaikan gagal membayar balik pinjaman PTPTN ini kerana ada yang keliru dan pening untuk melunaskannya.
Tak apa, MASKULIN bawa ada cara yang paling mudah untuk difaham. Melalui akaun twitter Hanim, seorang suri rumah ada menerangkan beberapa cara mudah untuk selesaikan hutang dengan PTPTN, selamat mencuba!
Menurutnya, pertama sekali yang perlu dilakukan anda haruslah cek baki akaun kedua anda melalui apps. Jika tengok pada gambar rajah, warna biru yang tetera itu sebenarnya adalah jumlah akaun kedua. Kemudian, anda boleh pergi terus ke PTPTN untuk buat bayaran.
Mula mula korang cek baki acc kwsp acc 2 korang. Boleh guna apps kwsp saja.
Yang biru tu jumlah acc 2 yang korang boleh keluarkan. Then decide la nak keluarkan berapa. Saya tak keluarkan semua pun. pic.twitter.com/Ewgky27NfJ
Setelah itu, anda sebut sahaja berapa yang anda inginkan untuk buat bayaran dan pegawai yang bertugas akan printkan borang pengeluaran akaun kedua. Akhir sekali pergi ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berikan borang yang telah dicetak (masa di PTPTN) dan berikan kepada mereka sijil degree / diploma yang anda dapat dan bawa Salinan sekali.
Nanti pegawai tu akan printkan borang pengeluaran acc 2. Korang cakap je nak keluarkan berapa. Dia terus key in kat system dan printkan kat korang. Borang mcm ni.
Then bawak borang ni ke kwsp. Nanti depa akan mintak sijil degree/diploma. Bawak salinan. pic.twitter.com/ETctOivzkN
Menurut gadis ini, ia hanya mengambil masa 4 hari sahaja untuk proses ini berjalan. Namun begitu, oleh kerana dia membayar dengan akaun kedua, dia perlu topup sedikit duit untuk langsaikan hutang PTPTN.
Masa saya buat pengeluaran ni, kwsp ambil masa 4 hari saja untuk releasekan duit ke PTTPN.
Rezeki terpijak. Itulah frasa tepat yang sesuai untuk dikatakan kepada Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, yang merupakan seorang peniaga bundle apabila dia secara tidak sengaja menemui sejumlah duit dengan matawang Jepun bernilai 550,000 yen.
Menariknya, duit yang berkepok-kepok itu tersimpan rapi di dalam sebuah dompet namun tiada sebarang pengenalan diri siapakah pemilik sebenar duit yang sebegitu banyak tersebut.
Nilainya dalam duit Malaysia adalah RM20,755.84
Apabila nilai 550,000 yen itu ditukarkan kepada duit Malaysia, nilainya mencecah RM20,755.84 dan dengan nilai tersebut, banyak perkara yang melibatkan duit boleh diselesaikan secara sedikit demi sedikit.
Beli dua guni dengan harga RM100
Ujar Wan Mohamad Adam yang menetap di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, Kelantan, dia pada asalnya membeli dua guni pakaian bundle dengan harga masing-masing RM50 di sebuah gudang di Wakaf Bharu pada Sabtu lalu.
Dia menemui beg berisi duit itu di dalam saku sehelai kot sewaktu memunggah pakaian bundle yang dibelinya bagi memulakan perniagaan dalam masa terdekat.
Terkejut dengan penemuan itu
Akui Wan Mohamad Adam, dia benar-benar terkejut melihat wang tunai yang sebegitu banyak lalu membuat keputusan untuk mengiranya terlebih dahulu sebelum berkongsi foto yang diambil ke media sosial.
Anggap rezeki selepas beli 10 guni bundle
Bercerita lanjut tentang penemuannya itu, Wan Mohamad Adam berkata, penemuan wang itu adalah rezeki untuknya selepas membeli lebih 10 guni ‘bundle’ sejak sebulan lalu.
Namun netizen rata-rata meluahkan komen meminta Wan Mohamad Adam merujuk kepada pakar agama atau ustaz terlebih dahulu sebelum menggunakan duit tersebut bagi mengelakkan sebarang keraguan.
Mufti saran serahkan kepada Baitulmal
Sehubungan itu Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, wang yang ditemui tanpa pemilik dan tidak dituntut oleh sesiapa perlu diserahkan kepada Baitulmal untuk kegunaan umum.
Oleh kerana kes tersebut berlaku di Kelantan, maka wang berkenaan boleh diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk diuruskan.
Kata mufti, tak kiralah wang itu dari negara kita atau negara lain, ia tetap wang yang ditemui tanpa pemilik dan menjadi tanggungjawab individu untuk mencari tuannya terlebih dahulu dan jika gagal, barulah serahkan kepada Baitulmal.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sesetengah orang memang ada memasang niat untuk bergelar seorang pelakon namun realitinya, tidak ramai yang tahu tentang cabaran yang bakal dihadapi.
Dalam erti kata lain, tidak semua berpeluang menjadi ‘bintang’ malah ada yang masih kekal merangkak sebagai ‘extra’ biar pun sudah ratusan filem atau drama disertainya.
Namun begitu, jika anda berjaya menempatkan diri sebagai seorang pelakon yang kekal relevan tanpa terpalit sebarang kontroversi yang melampau, itu sudah menjadi satu pencapaian yang baik.
Menerusi entri kali ini, penulis telah menemu bual salah seorang production manager (PM) yang telah lama terlibat dalam bidang seni, Aimi Said.
Selain pernah terlibat sebagai pengurus artis dalam bidang muzik suatu ketika dahulu, Aimi yang berusia 37 tahun baru-baru ini telah menggalas tanggungjawab sebagai PM kepada sebuah drama bersiri yang sedang top antaranya Pujaan Hati Kanda yang ditayangkan di TV3.
Ketika ditemu bual, Aimi telah berkongsi 11 tips dan info ini sangat penting buat mereka yang ikhlas ingin menyertai bidang lakonan :
1. Miliki kepelbagaian teknik lakonan
Sebagai seorang pelakon, teknik lakonan merupakan sesuatu yang amat penting. Setiap pelakon harus bijak menyesuaikan diri dengan watak yang dibawa untuk memantapkan gaya lakonan tersebut seiring dengan skrip yang diberikan.
2. Harus jadi kreatif
Seorang pelakon harus pandai mencipta kaedah lakonan mengikut kreativiti sendiri dan penciptaan ini boleh meluaskan lagi serta menambah pengetahuan pelakon tersebut bagi menyiapkan diri untuk menjadi seorang pelakon yang hebat.
3. Letakkan diri dalam dilemma
Seseorang pelakon memerlukan dilemma untuk menjayakan sesuatu watak. Hal ini kerana dilemma merupakan antara method yang paling baik untuk menghidupkan watak kerana ia menyebabkan pelakon ‘terpaksa’ masuk ke dalam watak yang diberikan.
4. Faham karakter
Pelakon harus memahami sesuatu karakter yang dibawa. Perkara ini akan memudahkan dia berkomunikasi dan menyampaikan sesuatu kepada penonton dengan penuh perasaan dan emosi itu dapat dirasai bersama.
5. Study watak sebaik mungkin
Bukan sahaja pelajar malah pelakon juga harus membuat homework sebelum masuk ke dalam dunia lakonan tersebut. Seseorang pelakon itu perlu rajin menganalisis, memahami dan tahu tentang latar belakang watak yang dibawanya.
6. Hadam teks dan skrip
Apabila terpilih untuk memegang sesuatu watak dan diberikan skrip, pelakon harus memahami teks tersebut dari mula pembacaan skrip sehinggalah ke pengakhirannya. Perkara utama yang perlu dilakukan adalah mengadaptasi teks tersebut.
7. Jaga attitude di set
Untuk kekal relevan dalam industri, attitude semasa di set penggambaran harus dijaga. Anda harus tahu yang apabila anda belakon, anda hanya dibayar gaji untuk bekerja. Maka, patuh dan ikut arahan. Populariti juga akan datang daripada hasil kerja yang dibuat.
8. Jangan demand melampau
Tidak salah untuk seseorang pelakon itu demand harga mengikut kadar yang bersesuaian. Tetapi jika melampau-lampau, susah untuk PM menawarkan job. Kebiasaannya, jika seseorang pelakon itu tidak berkira tetapi senang terima bayaran yang berpatutan, penerbit dan PM juga akan mudah untuk memberikan job yang lain.
9. Buang sifat sombong dan bajet popular
Jangan bersikap sombong dan pandang rendah terhadap kru filem dan sesiapa sahaja yang berada di set penggambara. Anda perlu tahu bahawa anda jadi terkenal menerusi komitmen orang yang berkerja di dalam set yang sama.
10. Jaga calltime
Menjadi seorang pelakon, bukan bermaksud anda bekerja mengikut waktu pejabat masuk 8 pagi balik 6 petang atau kerja 10 pagi balik 10 malam. Bekerja sebagai seorang pelakon memang tidak tentu masanya. Justeru, calltime sangat penting untuk tidak mengganggu jadual penggambaran yang dirancang.
11. Sediakan wardrobe
Seseorang pelakon itu harus faham bahawa wardrobe (pakaian) seharusnya disediakan oleh pelakon itu sendiri dan bukannya daripada pihak produksi. PA pelakon seharusnya alert untuk menyediakan wardrobe sendiri atau tajaan untuk pelakon yang dijaganya dan bukannya datang set lengang kangkong dan tidak beterima kasih tetapi hanya tahu complaint sahaja itu dan ini.
12. Kerja kuat dan ikhlas
Memang untuk menjadi seorang pelakon itu harus mempunyai aura, bakat dan peminat tersendiri. Tetapi pada masa ini, formula itu sudah tidak menjadi. Ia memerlukan keikhlasan, kerja kuat dan sentiasa merendah diri secara konsisten untuk memastikan seseorang itu kekal relevan sepanjang masa.
Nampak macam mudah bukan? Glamournya dunia artis. Tetapi di sebalik tabir, itulah kisah realiti yang perlu dihadap dan dijadikan sebagai tanggungjawab.
Kongsi Aimi, jika berdepan dengan pelakon yang bijak dan pandai menyesuaikan diri, syukurlah untuk kesemua kru produksi yang bekerja.
Jika tidak, pasti akan berdepan dengan mereka yang lupa diri dan meminta itu dan ini untuk disediakan segala keperluan mereka.
“Ingat harga yang dibayar kepada anda sudah cukup tinggi dan anda cuma bekerja makan gaji sebagai seorang pelakon.
“Perkongsian ini bukan untuk mereka yang sudah berada dalam industri sahaja malah khas buat mereka yang memasang niat untuk bergelar seorang bintang,” ujar Aimi.
Aimi yang suatu ketika dahulu pernah bertugas sebagai pegawai polis menegaskan, dalam pekerjaan sebegini, anda seharusnya memasang niat untuk mencari rezeki bukannya jalan pintas untuk dikenali namun akhirnya, membuatkan anda lupa diri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.