Foto kredit: automacha.com

MASKULIN yakin anda mungkin pernah melihat kelibat kereta yang menggunakan tayar dan modifikasi ‘hellaflush’ atau juga digelar ‘tayar kangkang’ di atas jalan raya.

Selama ini, penuli sendiri berasa kagum dengan kesungguhan peminat kereta modifikasi ini yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan penampilan kereta seperti ini.

Tidak keterlaluan dikatakan trend ‘hellaflush’ ini semakin mendapat sambutan dan popular di kalangan segelintir peminat auto di Malaysia.

Tapi adakah ia sejenis bentuk modifikasi yang dibenarkan dari segi undang-undang?

IKLAN

BOLEH DIDENDA

Menerusi satu hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) menjelaskan bahawa ubah suai kenderaan menggunakan tayar hellaflush adalah satu kesalahan dan boleh didenda sehingga RM2,000.

Peringatan Buat Pemilik Kereta Tayar ‘Hellaflush’, Ia Kesalahan Boleh Didenda Ribuan Ringgit
Foto kredit: Prettymotors.com

Jelas PDRM lagi, Trend mengubah suai kereta menggunakan tayar “Hellaflush” semakin menjadi ikutan di kalangan segelintir pemilik kenderaan di Malaysia.

Pengubahsuaian tersebut boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat daripada kegagalan sistem keselamatan dan brek yang tidak berfungsi dengan cekap sehingga merisikokan nyawa pemandu serta pengguna jalan raya lain.

IKLAN

Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Penngangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59, iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

IKLAN

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan.

Buat pemilik kereta yang melakukan modifikasi ini, tidak terlambat untuk anda menukar semula kepada bentuk asal. Atau mungkin kekalkan sahaja jika kereta tersebut bukan untuk kegunaan harian dan dijadikan koleksi peribadi sahaja.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video auto menarik seperti di bawah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI