Melakukan perjalanan dan pengembaraan sering kali memerlukan gabungan sempurna antara keselesaan dan gaya.
Pada masa kini pakaian dalam kategori ‘athleisure’ semakin popular. Ini kerana ia menawarkan keselesaan yang tiada tandingan sambil tetap tampil bergaya.
Unstoppable Collection dari Under Armour tampil menawarkan pakaian direka khas untuk memenuhi keperluan ini, dengan bahan lembut, bernafas, dan boleh regang – sempurna untuk penerbangan panjang atau duduk lama.
Gaya Kasual Sempurna
Sebagai seorang pengembara yang aktif, memiliki pakaian kasual yang serba boleh adalah satu keperluan untuk peralihan yang lancar dari pesawat ke jadual perjalanan yang padat.
Sama ada anda menjelajah tempat bersejarah untuk gambar Instagram yang sempurna, menikmati hidangan tempatan, atau merasai seni dan pameran muzium, pakaian yang serba boleh memastikan keselesaan sepanjang pengembaraan anda.
Koleksi UA Unstoppable Woven menampilkan kain tenunan yang bernafas dan boleh regang, sesuai untuk lelaki dan wanita.
Bagi lelaki, padankan Jaket UA Unstoppable dengan UA Oversized Heavyweight Short Sleeve, diperbuat daripada kain campuran kapas lembut untuk keselesaan sepanjang hari, dan UA Unstoppable Utility Cargo Pants. Pakaian ini memberikan fleksibiliti dan keselesaan yang anda perlukan sepanjang perjalanan anda.
Ads
kasut UA Fat Tire Venture, direka dengan tapak getah yang kuat diilhamkan oleh ketahanan tayar basikal Fat Tire untuk kegunaan serba boleh.
Menampilkan lapisan suede dan kusyen UA HOVR™ yang lembut yang mengurangkan impak, kasut ini memberikan keselesaan sepanjang hari.
Keselesaan Maksimum Santai
Untuk pengembara yang mementingkan keselesaan tanpa mengorbankan gaya, koleksi UA Unstoppable Fleece adalah pilihan terbaik. Membungkus barang boleh menjadi masalah bagi sesetengah orang, terutama ketika mengutamakan keselesaan untuk penerbangan panjang dan masa yang dihabiskan di jalan raya.
Koleksi ini menawarkan potongan longgar untuk lelaki dan wanita, membolehkan anda berpakaian bergaya untuk transit yang lancar ke destinasi perjalanan anda.
UA Unstoppable Fleece Hoodie dan UA Unstoppable Fleece Crew menampilkan kain dwi-knit lembut yang regang dan bernafas, memberikan keselesaan dan mobiliti terbaik untuk perjalanan anda.
Lengkapkan penampilan anda dengan UA Unstoppable Fleece Joggers, diperbuat daripada kain dwi-knit lembut dan bahan menyerap peluh. J
oggers ini termasuk poket tangan terbuka yang selamat dan poket kargo berzip untuk menyimpan barang keperluan perjalanan anda dengan selamat.
Ads
Dengan bahan regang 4 arah, pakaian ini membantu anda bergerak lebih baik sepanjang perjalanan anda.
Gaya Sukan Pengembaraan Luar
Untuk persediaan pengembaraan sukan anda, UA Unstoppable Vent Jacket diperbuat daripada kain tenunan bernafas dan boleh regang yang tahan lama dan selesa, untuk lelaki dan wanita menjadikan perjalanan lebih mudah dan membolehkan anda membawa barang ringan.
Bagi lelaki, lengkapkan penampilan sporty anda dengan UA Unstoppable Vent Tapered Pants. Diperbuat daripada kain ultra bernafas yang memastikan ketahanan dan keselesaan, bahan ini menyerap peluh dan cepat kering. Ia mempunyai poket tangan terbuka dengan Strength Pocket berzip yang selamat di sebelah kanan.
Jika anda bersedia untuk perjalanan seterusnya, Under Armour adalah pilihan anda untuk pembungkusan yang mudah dan keselesaan. Terokai koleksi UA Unstoppable di Under Armour Brand Houses seluruh negara atau beli secara dalam talian dengan mudah di Under Armour Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Senarai taman tema air ini boleh dijadikan rujukan, terutamanya bagi mereka yang sukakan tempat low-profile dan tidak semahal taman tema air popular yang lain.
Berikut adalah senarai taman tema air yang boleh di lawati di Malaysia.
1. Desa Water Park, Taman Desa, Kuala Lumpur
Mungkin tak ramai yang perasan bahawa wujudnya Taman Tema Air Taman Desa ini. Dengan harga tiket RM35 untuk orang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan tinggi melebihi 2 ½ kaki, tidaklah mahal mana untuk membawa seisi keluarga bermain di sini.
Dengan tarikan seperti Surf Shark, anak anda boleh bermain di gelongsor air yang berkonsepkan tropika dengan rekabentuk yang menarik. Pink Slide pula membolehkan anak anda gelongsor beramai-ramai sambil melakukan aksi cilik masing-masing.
Anda sekeluarga boleh menikmati Bubble Pool di mana ia mengeluarkan buih seperti berada di dalam jakuzi dan membolehkan anda menghilangkan stres.
Bagi yang dewasa pula, terdapat Shock Wave yang boleh menghasilkan ombak setinggi 1.5 meter yang agak mencabar kekuatan fizikal dan mental anda.
2. Carnivall Water Park, Sungai Petani, Kedah
Bagi mereka yang berada di utara tanahair pula, sila kunjungi Carnivall Water Park di Sungai Petani. Dengan harga tiket RM25 untuk orang dewasa dan RM19 untuk kanak-kanak (tambah RM5 setiap satu jika hujung minggu/cuti umum/cuti sekolah), ia merupakan lagi satu destinasi yang tidak membebankan.
Carnivall merupakan sebahagian daripada Cinta Sayang Resort dan selain dari taman tema air yang sentiasa penuh, ia turut mempunyai penginapan hotel bagi mereka yang datang dari jauh dan ingin bermalam di sini dengan harga serendah RM125++ untuk satu malam.
3. Tiara Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Di antara banyak-banyak tempat menarik di Port Dickson, Tiara Beach Resort memang terkenal sejak dari dulu lagi. Walaupun hanya digelar Swimming Pool, tetapi percayalah ia seperti taman tema air mini.
Dikelilingi deretan apartmen yang sering penuh tatkala hujung minggu, anda boleh memilih samada untuk bayar untuk masuk ke swimming pool sahaja atau mengambil pakej sekali dengan penginapan. Jika tidak silap, dulu harga tiket hanya RM10 untuk mandi sahaja, kami tak dapat info terkini di laman web mereka. Anda seisi keluarga boleh menghabiskan masa dari seharian di sini.
4. Wet World Shah Alam, Selangor
Terakhir sekali di dalam senarai taman tema air pada kali ini, Wet World sebenarnya terdapat bukan sahaja di Shah Alam, tetapi juga di Pedas, Negeri Sembilan dan juga di Batu Pahat, Johor.
Dengan harga tiket hanya RM20 untuk orang dewasa, RM16 untuk kanak-kanak di antara ketinggian 90-130cm dan percuma bagi mereka di bawah ketinggian 90cm; Wet World Shah Alam mempunyai pelbagai tarikannya tersendiri.
Dengan ketinggian air yang tidak melebihi 1 meter, ia adalah selamat untuk kanak-kanak dan tarikan seperti Fountain of Youth, Cascading Waterfalls, Neptune Challenge, Atlantis City, Big Splash, Lighthouse Escape, Tunnel Water Slide dan Treasure Island pasti akan menggembirakan anak-anak anda.
Demikianlah senarai taman tema air yang anda boleh habiskan masa cuti sekolah bersama seisi keluarga. Yang penting sekali, anda tidak perlu menghabiskan duit yang banyak bagi menikmati keriangan sepanjang hari bersama-sama dengan keluarga yang tercinta.
5. Legoland Water Park, Johor
Dibuka beberapa tahun lepas, taman tema terbesar di dunia ini menawarkan lebih 20 gelongsor air dengan lebih 40 buah permainan interaktif yang boleh dicuba. Memang mengujakan! Di dalam taman tema ini juga diletakkan lebih 70 model sebagai tarikan pengunjung. Zon permainan dibahagikan kepada tiga kategori: keluarga, kanak-kanak bawah 5 tahun dan kanak-kanak atas 5 tahun.
Build-A-Raft River misalnya popular di kalangan kanak-kanak kerana mereka boleh menguji minda dengan membina rakit sendiri mengguna kepingan Lego lembut manakala Joker Soaker membolehkan kanak-kanak bermain meriam air sambil 77 liter air dicurahkan ke atas mereka. Harga masuk bergantung pada pakej yang diambil dan jika menempah awal, potongan sebanyak 20 peratus diberikan.
6. Lost World of Tambun, Perak
Bukan sahaja menyediakan pelbagai aktiviti menarik di taman air seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Sandy Bay, Cliff Racer, Tube Raiders dan Kids Explorabay, malah orang ramai boleh berhibur di taman tema kering, bermain dengan haiwan di Petting Zoo, melihat harimau Siberia yang eksotik di Tiger Valley, mempelajari sejarah perlombongan bijih timah yang terkenal diPerak suatu ketika dahulu di Tin Valley, menyertai aktiviti lasak lagi mencabar di Adventure Park dan merawat kesihatan di 8 kolam air panas di Lost World Hot Spring & Spa. Harga masuk berbeza mengikut pakej yang dikehendaki.
7. Marina Water Park, Teluk Batik, Perak
Taman tema air yang pertama di Daerah Manjung. Ia terletak dalam kawasan Resort Marina Cove dengan keluasan 80 ekar. Antara yang menarik di sini adalah pancuran air berbentuk cendawan beraneka warna dan pengunjung boleh berakit di kawasan kolam.
Tiada bayaran dikenakan kepada penginap resort namun dibuka kepada orang ramai pada harga yang berpatutan lebih-lebih lagi yang datang secara berkumpulan. Ia menjadi tumpuan penduduk setempat dan pelancong yang datang ke Teluk Batik.
8. Melaka Wonderland Theme Park & Resort, Melaka
Terletak berhadapan Zoo Melaka, taman tema yang dikelilingi oleh hutan rekreasi seluas 360 hektar menawarkan lebih 12 tarikan diikuti Taman Dinosaur dan Taman Ekstrem untuk aktiviti lasak seperti Go Kart serta Paintball. Turut disediakan permainan Aqua Bubbles yang mana pengunjung masuk ke dalam belon besar dan berjalan di atas air.
Menariknya suasana di sini seperti pesta fun fair dengan adanya deretan kedai yang menawarkan pelbagai jenis permainan dengan hadiah menarik untuk dimenangi. Harga yang dikenakan untuk orang dewasa adalah RM37.90, kanak-kanak RM32, warga emas RM18.95, pelancong asing dewasa RM45, kanak-kanak RM37.90 dan warga emas RM22.50.
9. A Famosa Water World, Melaka
Sangat popular di Melaka lantaran dilengkapi dengan kemudahan rekreasi dan permainan air yang menepati tahap antarabangsa. Yuran masuk dikenakan bergantung pada pakej yang ditawarkan oleh pihak resort. Kanak-kanak berusia 12 tahun dan dengan ketinggian 90 cm dikategorikan bawah caj kanak-kanak.
Antara tarikan utama adalah pantai buatan, luncur air setinggi 7 tingkat, halangan air dan banyak lagi. Selain itu, taman tema ini menyediakan pelbagai kawasan riadah seperti kawasan bermain layang-layang, pusat ekuestrian, pusat memanah, laluan berbasikal dan kolam memancing. Safari Wonderland pula memberi peluang kepada kanak-kanak melihat haiwan liar dalam habitat yang asal manakala bangunan berkonsepkan Wild West membuatkan anda seolah-olah mengembara di dunia koboi.
10. Kenyir Water Park, Terengganu
Tarikan terbaru di Terengganu berlatar belakangkan keindahan Tasik Kenyir yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong. Pengunjung perlu menaiki bot dari Pengkalan Gawi yang akan membawa mereka menyeberangi tasik untuk ke Pulau Poh di mana terletaknya taman tema itu. Antara yang disediakan di taman tema seluas kira-kira dua hektar adalah kawasan permainan air dengan kolam terapung, gelongsor, paddle boat dan banyak lagi.
Taman tema ini mampu menampung sehingga 600 pengunjung dalam satu-satu masa. Harga tiket hanyalah sebanyak RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak, termasuk pengangkutan bot. Ia bakal dilengkapi dengan kemudahan chalet serta jambatan merentangi tasik dan dijangka siap sepenuhnya pada 2016.
11. Kubang Gajah Mini Waterpark Temerloh, Pahang
Meskipun belum dikenali ramai, namun taman tema bersebelahan Mini Stadium Temerloh menjadi tumpuan penduduk setempat yang ingin beriadah bersama keluarga. Di sini kolam mandi dibahagikan mengikut kedalaman sesuai untuk peringkat umur berbeza. Disediakan juga gelongsor air dewasa dan kanak-kanak.
Permainan paddle boat kayuhan tangan turut menjadi hiburan kanak-kanak. Pengunjung dewasa dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas hanyalah RM8.
12. Wet World Water Park Batu Pahat, Johor
Merupakan satu-satunya taman tema air di Batu Pahat. Kawasan seluas 44 ekar ini asalnya adalah tapak bekas lombong berdekatan Tasik Merdeka yang cukup terkenal suatu masa dahulu. Antara daya penarik di sini adalah Wave Pool, BP Tower, Big Splash, Lazy River dan Kiddie Pool.
Selain bermandi-manda, pengunjung juga boleh memancing dan berperahu di tasik. Kadar bayaran dikenakan mengikut ketinggian iaitu 135cm hingga ke atas, RM18 dan 85cm hingga 135cm, RM15.
13. Gold Coast Morib Water Theme Park, Banting, Selangor
Resort percutian keluarga ini memang mesra pelanggan dan berdekatan dengan pantai Morib, antara sebab ia menjadi tumpuan penduduk sekitar Selangor. Terletak di bahagian tengah tempat penginapan, taman temanya yang luas dengan gelongsor yang panjang direka seperti ‘badan naga’ menjadi tarikan pengunjung.
Meskipun terletak dalam kawasan resort, taman tema ini dibuka kepada orang awam. Bagi mereka yang tidak menginap di dalam resort, bayaran sebanyak RM25 dikenakan untuk mereka berusia 12 tahun ke atas dan 2 hingga 11 tahun, sebanyak RM15.
14. Tiram Indoor Water Park, Johor
Merupakan taman air tertutup yang pertama di Johor dibina dalam kompleks beli-belah Today’s Mall di bandar Ulu Tiram. Bayaran sebanyak RM15 dikenakan untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak namun harganya meningkat sebanyak RM5 pada hujung minggu serta cuti umum.
Sebuah kolam dengan keluasan 26,00 kaki persegi dibina untuk hiburan orang ramai dan boleh menampung sehingga 1,000 pengunjung dalam satu-satu masa. Berkonsepkan dunia laut, setiap tiang seri di taman tema ini dilekatkan simen berbentuk hidupan laut seperti sotong, kuda laut dan pelbagai jenis ikan. Puas bermain air, kanak-kanak boleh bermain gelongsor dan berbasikal di taman tema kering.
15. Escape Waterplay, Penang
Satu-satunya taman tema air di Pulau Pinang. Yang sebetulnya, Escape ialah Taman Tema, di mana ada banyak lagi aktiviti lain yang menarik.
16. Mount Austin Waterpark, Johor
Antara tarikan terbaru di Austin Heights, Johor yang katanya bakal dibuka tahun 2015 ini.
17. Bangi Waterpark, Selangor
Dikatakan, mempunyai slide paling panjang di Malaysia!
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia fesyen yang semakin berkembang, Noh Salleh muncul sebagai duta rasmi Qhiam, membawa keberanian moden dan penghargaan terhadap budaya dalam gaya yang tersendiri.
Sebagai seorang pemuzik dan ikon seni, Noh bukan sahaja dikenali dengan suara uniknya, tetapi juga dengan penampilannya yang berkarakter serta apresiasi mendalam terhadap elemen budaya tempatan.
Dengan pengaruhnya dalam dunia muzik dan fesyen, kehadiran Noh sebagai duta jenama ini mengukuhkan lagi mesej Qhiam tentang ekspresi diri dan kepelbagaian dalam fesyen.
Sebagai wajah baharu Qhiam, Noh Salleh membawa dimensi baharu kepada jenama ini dengan semangat individualistiknya yang seiring dengan nilai jenama itu sendiri.
Dalam setiap helaian pakaian yang dihasilkan oleh Qhiam, terdapat elemen tradisional yang diperbaharui dengan suntikan moden—konsep yang seiring dengan personaliti dan gaya Noh yang unik.
Kolaborasi ini bukan sekadar tentang fesyen, tetapi juga satu penghormatan kepada warisan dan inovasi yang berpadu dalam satu gerakan budaya.
Diasaskan oleh seorang usahawan berpengalaman dalam industri hijab dan tudung, Qhiam menampilkan koleksi busana perayaan seperti Baju Melayu, Baju Kurung dan kurta moden yang mengangkat nilai estetika dan warisan Melayu dalam bentuk lebih moden.
Dengan pasukan kreatif yang berdedikasi, setiap rekaan bukan sekadar pakaian, tetapi cerminan identiti dan ekspresi pemakainya.
Komitmen Qhiam terhadap fesyen mewah mampu milik menjadikan jenama ini pilihan utama bagi mereka yang mencari keseimbangan antara keselesaan, gaya, dan kualiti.
“Qhiam bukan sekadar jenama pakaian, ia adalah satu pergerakan budaya yang menggalakkan pemakainya untuk mengekspresikan diri melalui fesyen dan inovasi,” kata pengasas jenama ini.
Menyedari perubahan selera fesyen generasi muda, Qhiam memperkenalkan Sendja, jenama yang lebih berani, ekspresif, dan inklusif.
Jika Qhiam mengekalkan elemen tradisional dengan suntikan moden, Sendja pula membawa perspektif fesyen yang lebih segar dengan warna-warna berani dan potongan yang lebih kasual tetapi tetap mengekalkan kualiti dan keunikan rekaan.
Sendja bukan hanya menawarkan pakaian perayaan, malah ia turut menyasarkan fesyen kasual harian yang membolehkan pemakai mengekalkan gaya tradisional dalam suasana lebih santai. Ini adalah satu usaha untuk menjadikan fesyen warisan lebih relevan dalam arus moden.
Qhiam turut memperkenalkan kempen ‘Sama’, yang bertujuan untuk meraikan kepelbagaian dalam satu identiti yang sama. Melalui fesyen, kempen ini menghubungkan generasi berbeza dengan menampilkan koleksi istimewa seperti:
Untuk memperkukuh imej jenama, Qhiam melantik Noh Salleh sebagai duta rasmi, seorang ikon seni yang melambangkan keberanian moden dan penghargaan terhadap budaya.
Selain itu, jenama ini turut berkolaborasi dengan beberapa personaliti terkenal seperti Amy Search, Iedil Putra, Leaism, dan Naim Daniel, yang masing-masing membawa keunikan tersendiri dalam fesyen dan budaya popular.
Selain selebriti, Qhiam juga bekerjasama dengan platform komuniti seperti SneakerLAH dan Peak.KL, menghubungkan jenama ini dengan dunia fesyen urban serta trend gaya hidup masa kini.
Bagi mereka yang ingin meraikan lebaran dengan gaya yang autentik dan segar, koleksi terbaru dari Qhiam dan Sendja pastinya menjadi pilihan terbaik tahun ini. Layari qhiam.com.my atau ikuti di media sosial @qhiam.officialuntuk mendapatkan koleksi eksklusif Raya 2025!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di kalangan mereka yang aktif melakukan aktiviti sukan lasak, luncur air, larian mahupun berbasikal pastinya tidak asing lagi dengan jenama kacamata Oakley.
Melakukan aktiviti luaran sememangnya lebih selesa untuk menggunakan kaca mata bagi melindunginya dari sinaran terik cahaya matahari.
Sebagai jenama yang cukup dipercayai memberikan bukan sahaja keselesaan tetapi perlindungan, Oakley sentiasa memperkenalkan inovasi terkini dalam variasi koleksi mereka.
Terbaru, Oakley memperkenalkan Hydra, kaca mata yang bentuknya dinspirasikan dari bentuk Razor Blade hadir dengan semi-rimless dengan lensa berpelindungan.
Lebih menarik lagi, Hydra tampil dengan inspirasi rekaan dan warna yang popular pada era 90-an. Selain itu juga ia turut memberikan ‘homage’ kepada budaya surfing yang cukup subur pada zaman tersebut.
Pengenalan Hydra turut dijayakan dengan kempen yang cukup bersifat kelestarian alam. Kempen ini diketuai oleh peluncur air profesional dan Team Oakley iaitu Ethan Ewing dan Griffin Colapinto. Momen dirakamkan mereka ketika meluncur di Indonesia menyingkap intipati ‘Good Times Only’.
Oakley Hydra hadir dengan reka bentuk yang cukup menarik dengan logo jenamanya di bahagian sisi sebelah atas – rekaan yang popular pada era 90-an. Selain tampil dengan reka bentuk Razor Blade, Hydra juga dilengkapi dengan teknologi Prizm Lens Technology yang memberikan visual warna dan kontras yang memuaskan.
Selain itu, ia juga hadir dengan Unobtainium, ciri kalis gelincir yang terletak di bahagian hidung dan opsyen low-bridge.
“Warisan Oakley di California di sepanjang kemuncak budaya surfing pada era 90-an merupakan sebahagian identiti cukup penting dan merupakan DNA bagi jenama kami.
“Hydra merupakan sebuah indikasi tradisi dan legasi ikonik peluncur yang membelah arus pada dua dekad lalu. Stau tradisi yang kami ingin teruskan,” jelas Timbalan Presiden Rekaan Oakley, Nick Garfias.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo, diiktiraf oleh Apolitical dalam senarai “Government AI 100” atas kepimpinannya memperkukuh agenda AI dan transformasi digital Malaysia menuju status Negara AI menjelang 2030.