Selama 16 tahun, pernikahan pasangan ini bahagia. Namun gara-gara  Piala Dunia 2018 berlangsung, Arsen memutuskan untuk menceraikan isterinya. Apa sebenarnya yang terjadi?

Bola sepak mampu eratkan perhubungan juga mampu timbulkan rasa benci. Baru-baru ini sepasang suami isteri dari Rusia dikatakan bercerai gara-gara pemain bola sepak kegemaran mereka. Cinta antara Arsen dan Lyudmila mula berputik ketika mereka menonton Piala Dunia 2002. Kedua-duanya merasakan mereka saling melengkapi, lalu memutuskan untuk berumahtangga.

Perkahwinan Selama 16 Tahun Berakhir, Lelaki Ceraikan Isteri Gara-Gara Messi

Arsen merupakan peminat Lionel Messi dari pasukan sepak bola Argentina, manakala Lyudmila pula peminat setia Cristiano Ronaldo, dari Portugal. Menurut Arsen, mahligai yang dibina hancur gara-gara isterinya sering mengejek idolanya.

IKLAN

Hubungan suami isteri tersebut semakin tegang selepas kemenangan Argentina menentang Nigeria. Tindakan Arsen meraikan kemenangan pasukan kegemarannya menaikkan kemarahan isterinya. Lyudmila bertegas bahawa bintang Portugal, Ronaldo, jauh lebih hebat berbanding Messi. Berang dengan kata-kata isterinya, Arsen mengemas pakaiannya lalu meninggalkan rumah. Arsen memberitahu media tempatan, DunArgumenti i Fakty, isterinya sering mencemuh dan menghina Messi.

“Sejak awal Piala Dunia, beliau tidak berhenti mencemuh Messi dan berkata Messi tidak mampu menyempurnakan tendangan penalti dalam perlawanan menentang Iceland,” kata Arsen.

IKLAN

Perkahwinan Selama 16 Tahun Berakhir, Lelaki Ceraikan Isteri Gara-Gara Messi

Menurut Daily Mail, Arsen memfailkan permohonan cerai sehari selepas meninggalkan Lyudmila

IKLAN

Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata terima la azabnya. Jadi hati-hati berdebat kalau melibatkan bola sepak ini ye…

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI