Wanita memerlukan sedikit kreativiti apabila sampai pada tahap untuk mencapai kemuncak seksual bersama pasangan. Ini bermaksud anda perlu memberikan kepada pasangan anda lebih daripada ‘foreplay’ dan penetrasi untuk memberikan kemuncak seksual pada si dia.
Pakar menggalakkan anda untuk mencuba beberapa perkara di bawah untuk seks oral yang lebih menyeronokkan.
1. Jangan Terlalu Terburu-buru
Jangan terlalu tergesa-gesa untuk terus ke bahagian oral dahulu – luangkan masa anda untuk mengucup bibirnya dahulu dan menggunakan jari untuk memuaskannya.
Bermain dengan bahagian atas tubuh pasangan boleh meransang anda sehingga anda tidak kisah dengan memberikan oral tanpa rasa jijik.
2. Basah Dan Liar
Mulakan hubungan anda di dalam bilik air ketika mandi bersama-sama – ia akan lebih mengghairahkan jika melakukannya ketika mandi.
Membiarkan diri anda berdua dibasahi air ketika sedang melakukan oral boleh membuai anda dalam keasyikan bersama.
3. Ubahsuai Teknik Anda
Stimulasi pada klitoris wanita secara konsisten adalah cara yang paling mudah untuk membantu si dia mencapai puncak kenikmatan.
Jika anda tidak mahu menggunakan lidah anda – gantikan dengan menghembuskan nafas anda yang hangat itu pada bahagian tersebut.
4. Praktikkan ABC Anda
Gunakan lidah anda untuk mengukir sesuatu abjad – ini boleh bertindak sebagai suatu gangguan dan anda boleh melihat abjad mana yang mengghairahkan si dia.
“Wei.. nampak bengkak tak mata aku ni?” Itulah adalah persoalan yang diajukan sebaik sahaja seseorang itu rasa macam sakit mata.
Sakit mata ini boleh terjadi kerana beberapa punca seperti :
Virus boleh menjadi penyebab sakit mata. Biasanya gejala yang timbul adalah mata berair, gatal, merah, terasa bengkak dan mengalas pade bahagian mata.
Selain virus, ada beberapa jenis bakteria juga boleh menyebabkan sakit mata seperti bakteria staphylococcus dan bakteria pneumoccocus. Mata juga akan terase pedih dan akan keluar kotoran atau yang berwarna kuning. Waktu bangun pagi, mata akan susah dibuka kerana melekit akibat banyak kotoran yang keluar. Mata terasa panas seperti ada benda asing yang masuk.
Alahan yang berlaku pada mata juga boleh menyebabkan sakit mata. Kadang-kadang mata juga akan terasa bengkak seperti terisi cecair di dalamnya.
Luka pada mata juga boleh menjadi punca sakit mata. Jika tidak dirawat dengan betul, luka pada mata boleh menyebabkan jangkitan.
Sekiranya anda sedang mengalami masalah sakit mana ini, apa kata anda cuba selesaikan dengan menggunakan 10 cara tradisional ini :
Anda boleh gunakan madu lebah untuk menghilangkan sakit mata. Caranya, cuci mata anda dengan air, kemudian sapu atau titiskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Cuci mata anda. Lakukan 2 atau 3 kali sehari.
Rendam mata dalam air garam. Caranya, buat sebekas air garam yang boleh memuatkan bahagian muka dan selamkan muka ke dalam bekas tersebut. Kelip-kelipkan mata di dalam air garam tersebut.
Gunakan daun sirih untuk menghilangkan sakit mata. Caranya, basuh 5 helai daun sirih dan tumbuk bersama kunyit sehingga lumat. Campurkan dengan air panas, tapis dan ambil airnya. Kemudian minum air tersebut. Buat setiap hari sehingga baik. Air sirih dan kunyit digunakan untuk menguatkan sistem imun badan kita.
Titiskan susu ibu ke dalam mata. Ambil satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air dan kacau sehingga larut sepenuhnya. Kemudian masukkan muka ke dalam air tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali.
Timun boleh digunakan untuk merawat sakit mata. Caranya sediakan timun yang besar. Kemudian dihiris tipis-tipis dan tampal pada mata selama beberapa saat. Sifat anti bakteria yang terdapat pade timun membuatkannya sangat mujarab untuk mengatasi sakit mata. Selain itu, timun juga dapat memberikan kesegaran kepada mata.
Selain timun, hirisan kentang juga mempunyai manafaat yang mujarab untuk menyembuhkan mata yang sakit dan merah. Ambil kentang yang masih segar dan cuci bersih, Kemudian hiris tipis-tipis dan letak di atas mata. Kesegarannya akan membuatkan mata jadi lebih tenang dan terasa sejuk sehingga rasa gatal pada mata akan hilang.
Cara merawat sakit mata yang merah dengan semula jadi juga boleh dilakukan dengan air mawar. Caranya juga begitu praktikal kerana boleh dilakukan sendiri di rumah. Amil bunga mawar dan masukkan dalam air bersih, gunakan air mawar tersebut untuk membasuh mata. Lakukan dengan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Titikkan air zam-zam kedalam mata dan amalkan selalu sehingga sembuh.
Minum air putih atau air minarel sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Secara logiknya, air yang cukup dalam tubuh membantu proses detoks dan pemulihan dalam badan.
Ambil beberapa helai daun sirih muda, ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air dan dididihkan seketika. Selepas itu, tapiskan air sirih tersebut dan biarkan ia sejuk seketika. Kemudian, rendamkan mata di dalam bekas berisi air tapisan sirih tadi dan kelip-kelipkan mata. Lakukan sehingga sembuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Perut makin buncit tapi waktu dah malam. Bila masa nak bersenam? Anda tengah baring ke? Kalau tengah baring, ada gerakan yang anda boleh buat tau!
Paling best, gerakan itu boleh kuruskan perut anda yang semakin ‘seksi’ itu. Caranya adalah seperti berikut :
1. Bangkit Tubi Tangan Lurus
Baring di kawasan yang rata. Lipatkan kaki anda dan luruskan tangan ke atas kepala. Tangan akan berfungsi sebagai pemberat. Lakukan pergerakan bangkit tubi sebanyak 30 kali. Nak lagi cepat, pegang dumbell yang beratnya mengikut kemampuan anda.
2. Bangkit Tubi Kaki Tegak
Angkat kaki anda ke atas semasa berbaring. Gerakan ini akan memfokuskan bahagian perut. Angkat badan anda seperti membuat bangkit tubi seperti biasa sebanyak 10 kali dan lakukan dalam tiga set. Misalnya set pertama kaki 90 darjah, set kedua 45 darjah dan set ketiga 15 darjah. Lagi rendah kaki dibiarkan tergantung lagi kuat anda merasakan hasilnya.
3. Kayuhan Basikal
Ini adalah teknik yang paling efektif. Selain tertumpu pada bahagian perut, ia juga memberi rangsangan pada bahagian pinggang. Baring di atas lantai dan letakkan tangan anda di belakang telinga. Pastikan anda mengangkat lutut kiri dan kanan anda setinggi 45 darjah dan hampirkannya ke bahagian perut anda. Buat seperti anda sedang mengayuh basikal. Leher tidak terlalu ke depan dan bahu hanya terangkat sedikit sahaja.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Roti sandwich yang tidak biasa ini mempunyai kuasa yang lebih besar daripada yang anda percayai. Pada tahun 1884, Kanada Marcellus Gilmore Edson menjadi orang pertama yang mencipta mentega kacang. Ia menjadi ruji di rumah-rumah Amerika Utara selama hampir 131 tahun sejak itu, dan mudah difahami mengapa?
Mentega kacang adalah berkhasiat dan lazat. Ia merupakan campuran dari buah-buahan hingga coklat dan jeli hingga saderi. Lemak bagus dan kaya dengan nutrien yang sihat, ia adalah salah satu makanan kegemaran untuk penurunan berat badan. Jadi, bagaimana sebenarnya ia membolehkan perut anda rata, dan apa lagi yang mentega kacang boleh lakukan kepada badan anda?
1. Anda mengurangkan risiko kematian anda
Menurut kajian Vanderbilt University 2015, makan kacang setiap hari dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih rendah. Apa yang memberi kacang keupayaan untuk menghalang penuaan? Ketumpatan nutrien mereka yang mempromosikan kesihatan dan perlindungan. Kacang mempunyai profil lemak yang sihat, termasuk lemak mono dan polyunsaturated yang kaya dengan antioksidan, mengandungi nutrien seperti kalium yang membantu mengekalkan tekanan darah yang sihat, kaya serat, dan mengandungi phytosterols tumbuhan yang sihat. Asid lemak tanpa tepu dan tak tepu telah ditunjukkan untuk menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida LDL, menurunkan risiko sindrom metabolik, penyakit jantung, dan diabetes jenis 2.
2. Cepat berasa lebih kenyang
Lemak dan protein monounsaturated butter mentega sangat sihat. “Memiliki mentega kacang disapu pada roti bakar semasa sarapan pagi, di sandwich untuk makan tengah hari, atau salut pada epal untuk snek boleh menghalang anda makan berlebihan. Namun ia haruslah diambil secara sederhana. Saiz hidangan yang baik ialah dua sudu. Anda juga boleh bertindak secara kreatif campuran mentega kacang ke dalam makanan anda.
3. Lebih Bertenaga
Protein, serat dan lemak sihat dalam mentega kacang boleh memberikan anda tenaga yang anda perlukan untuk memulakan hari dan sepanjang hari. Ia juga membantu mengekalkan gula darah yang stabil, yang menghalang keletihan dan lesu ketika anda sedang bekerja.
4. Menurunkan berat badan
Walaupun anda mengawal ketat pemakanan anda, kajian menunjukkan bahawa termasuk kacang boleh membantu mengurangkan berat badan.Mengapa? Sebagai permulaan, kacang mengandungi lebih banyak protein daripada jenis kacang yang lain. 8 gram dalam 2 sudu besar. Tambahkan kepada kandungan lemak dan serat yang tinggi, dan anda mempunyai snek yang lazat yang akan menjadikan daya kelaparan anda tahan lebih lama. Hasilnya mungkin kurang pengambilan kalori pada siang hari. Kebanyakan orang mendapati makan 200 kalori mentega kacang lebih sihat daripada, katakan, 200 kalori pretzel. Menurut satu kajian di Journal of Obesity and Related Metabolic, kacang tanah juga boleh meningkatkan relau metabolik anda. Dalam kajian itu, kadar metabolisme subjek melonjak sebanyak 11% apabila mereka makan kira-kira 500 kalori kacang setiap hari selama 19 minggu.
5. Anda lebih bijak
Kajian mendapati bahawa lemak monounsaturated yang terdapat dalam makanan seperti kacang dan minyak zaitun adalah perlindungan terhadap kesihatan dan fungsi otak. Bagaimana? Ciri-ciri antioxidative dan anti-inflamasi kacang membantu mengurangkan tekanan (atau kerosakan oksidatif) ke otak. Jadi untuk mereka yang sedang membesar, mentega kacang sesuai untuk diambil kerana ia boleh meransang pertumbuhan sel-sel otak anda.
Namun perlu ingat! Jenama yang salah boleh menjejaskan zakar anda. Sesetengah petani kekacang ini menggunakan racun perosak menjadikan bahan kimia senang larut dalam pertumbuhan kacang. Pendedahan racun perosak telah dikaitkan dengan kecacatan kelahiran dan kesuburan pada lelaki. Bagaimana nak memilih mentega kacang yang sesuai dengan ciri-ciri diatas? Pilihlah yang mengandungi pelbagai organik.
*Sumber: MSNLifestyle
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang