Tidak ada sesiapa pun yang tidak merasa sakit apabila berlaku kecurangan pada pasangan. Ternyata sukar untuk memaafkan pasangan dan melanjutkan hubungan. Alasannya kerana terlanjur cinta. Memaafkan memang suatu hal yang positif, tapi kamu jangan mudah untuk memaafkan, prosesnya pun seharusnya sangat rumit. Paling tidak, sebelum kamu benar-benar mengambil keputusan untuk teruskan hubungan, cuba tanyakan lima pertanyaan ini kepada pasangan.
Kamu yakin kecurangan yang diketahui itu ialah pertama kali dilakukannya? Cuba tanyakan soalan ini!
“Sebelumnya, kamu pernah jalin hubungan lain?”
Biasanya, jika seseorang sudah pernah curang, dia ketagihan untuk melakukannya. Pelajaritanda-tanda orang yang berbohong, kemudian ketahui secara langsung jawapannya dari dia. Pertimbangkan sakit hati lagi di kemudian hari kerana pasangan curang. Betul?
Kecurangan terjadi kerana adanya alasan. Maka tanyakanlah ini padanya
“Jawab yang jujur, kamu kenapa curang?”
Semua hal yang ada di dunia ini pasti terjadi kerana alasan. Maka dari itu, ketahui alasan kenapa dia curang. Bila kamu merasa tidak ada yang salah dengan diri, wajar bagimu untuk menanyakan hal tersebut. Kalau dirasakan alasannya cukup masuk akal walaupun kadang kala kita merasa tidak ada yang masuk akal soal curang maka maafkanlah dia.
Ads
Setiap dosa yang telah dibuat, sedikit atau banyak, pasti akan ada penyesalan dari dalam dirinya. Makanya kamu harus tanya ini
“Apakah kamu menyesal?”
Bila kamu tahu alasan kenapa boleh berlaku curang, kamu pasti dapat menemukan adanya penyesalan. Kalau dia khilaf pasti akan ada kata-kata bernada penyesalan. Beza cerita kalau dia sama sekali tak terlihat adanya rasa penyesalan.
Percuma memaafkan dia apabila kamu tak tahu sejauh mana hubungan dia dengan skandalnya. Makanya, cuba ajukan pertanyaan ini
Ads
“Sudah sejauh mana hubungan awak dengan dia ?”
Ketahui sudah sejauh mana hubungan dia dengan orang ketiga. Kamu harus pandai melihat mimik muka wajah dan cara penyampaian kata dia. Jika kamu menemui hubungannya sudah jauh dan sudah cukup lama, boleh jadi hubungan anda sudah sulit untuk dilanjutkan kembali.
“Kalau kamu ketahui berlaku kecurangan lagi, apa yang bakal kamu lakukan?”
Pertanyaan tersebut harus kamu lontarkan. Bukan apa-apa, hanya untuk pemberi jaminan saja. Jadi ketika hal tersebut terjadi lagi di masa depan, kamu benar-benar boleh bersikap tegas.
Ads
Kesimpulannya, jangan mudah memaafkan orang yang curang. Jadilah orang yang lebih skeptis. Curang sama saja dengan khianat, dan kamu tidak sepatutnya mendapatkan itu sebagai bayaran dari kesetiaan. Kadang, maaf tak akan membawa kebaikan sama sekali dan _menjadi penyebab bagi seseorang untuk melakukan kesalahan sama di masa akan datang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seramai 700 atlet bakal melaporkan diri di perkampungan sukan dalam perhimpunan akhir atlet dari 4 hingga 10 Ogos ini, sebelum tirai Sukan SEA ke-29 disingkap secara rasmi pada 19 Ogos nanti.
Hotel Rennaissance Kuala Lumpur bakal menghimpun jumlah keseluruhan 1,039 individu, termasuk 162 jurulatih, pengurus pasukan dan anggota urusetia kontinjen dalam persediaan terakhir menjelang upacara pembukaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kelompok atlet dibahagikan kepada enam cawangan mengikut bidang sukan, iaitu tempur, raket, kekuatan dan kuasa, berpasukan, air dan kemahiran.
Sukan tempur ialah taekwondo, karate, silat, wushu, tinju, lawan pedang, muay dan judo.
Raket merangkumi tenis, skuasy, badminton dan ping pong manakala sukan air adalah terjun, renang, renang irama, polo air, ski air, renang laut terbuka dan pelayaran.
Memanah, gimnastik artistik, gimnastik berirama, snuker dan billiard, menembak, boling tenpin, boling padang, petanque, golf, ekuestrian dan polo membentuk sukan kemahiran manakala berpasukan adalah hoki, sepak takraw, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, futsal, bola tampar, kriket, hoki ais dan ragbi.
Sukan membabitkan kekuatan dan kuasa ialah lumba basikal, angkat berat, olahraga, luncur ais dan triathlon.
Beberapa sukan dikecualikan daripada menyertai perhimpunan ini disebabkan pelbagai faktor. Skuad ekuestrian sedang menghadapi kejohanan di Belgium, manakala pasukan polo menjalani latihan di Pekan.
Skuad muay menjalani latihan di Bangkok manakala pakar terjun berlatih di China hingga 18 Ogos.
Skuad bola sepak lelaki pula dijadual menghadiri majlis penyerahan bendera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Ogos nanti.
Dalam perhimpunan tujuh hari ini, atlet negara dijadual menjalani sesi bina semangat dan setiakawan, selain mendengar taklimat Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin, Ketua Kontinjen, Datuk Marina Chin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Kem ditutup dengan majlis penyerahan bendera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Ogos.
Kontinjen negara akan diwakili oleh 871 atlet yang bertanding dalam 397 acara daripada 404 yang dipertandingkan secara keseluruhan. Seramai 392 pegawai terdiri daripada pengurus pasukan, penolong pengurus dan jurulatih turut membentuk kontinjen negara.
Sebelum upacara pembukaan secara rasmi pada Sabtu 19 Ogos, acara bola sepak lelaki akan bermula pada 14 Ogos nanti dengan Malaysia dijadual menentang Brunei.
Satu pertubuhan baru telah di maklumkan kepada umum semalam menerusi press conference Pakatan Harapan yang dikendalikan oleh Tun Mahathir sendiri. Rasa macam tengok Harry Potter pulak bila mereka mengumumkan Ahli-ahli Council Of Elders ni. Namun, ramai yang berada di Twiter bertanyakan apakah peranan Majlis Penasihat?
Majlis Penasihat ini ditubuhkan bagi menasihati kerajaan mengenai hal-ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan mengikut kepakaran masing-masing.
Pasukan ini akan membantu di dalam membentuk polisi dan program untuk mencapai janji 100 hari yang dibuat PH kepada rakyat. Oleh itu, tempoh hayat pasukan ini adalah 100 hari.
Sekretariat pasukan ini akan diketuai oleh pakar ekonomi, Dr Mohammed Abdul Khalid.
Siapa lima tokoh hebat ini?
Dr JOMO
Ahli Ekonomi terkemuka, Prof Dr Jomo berusia 66 tahun, dikenali sebajai Jomo. Antara portfolio yang pernah disandang beliau adalah Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi pembangunan ekonomi. Telah berkhidmat untuk PBB sejak tahun 2010. Jomo sebelum ini lantang menyuarakan mengenai ketidakseimbangan ekonomi di bawah pemerintahan bekas presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
ROBERT KUOK
Tan Sri Robert Kuok merupakan ahli perniagaan terkenal, berusia 95 tahun. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan. Pada Julai 2017, Forbes menyenaraikan beliau sebagai individu terkaya di Malaysia dan kedua terkaya di Asia Tenggara.
HASSAN MERICAN
Tan Sri Hassan Merican merupakan bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas, berusia 65 tahun.
Selain itu, beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pembangunan Antarabangsa untuk Republik Afrika Selatan.
Hassan bersama Petronas sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan, kemudian menjadi Presiden dan CEO pada tahun 1995.
ZETI AZIZ
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz merupakan bekas Gabenor Bank Negara, berusia 70 tahun.
Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia.
Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri.
Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut.
DAIM ZAINUDDIN
Berusia 80 tahun, Tun Daim Zainuddin merupakan bekas menteri kewangan Malaysia untuk tahun 1984 sehingga 1991.
Beliau dilantik semula menteri kewangan pada 1999 dan meletakkan jawatan itu pada 2001.
Daim juga pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan pernah memegang jawatan Bendahari UMNO dari tahun 1984 sehingga 1999.
*SumberAwani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengertian lelaki Maskulin Lelaki yang memiliki dan menjaga penampilan dengan caranya tersendiri, dalaman mahupun luaran. Tidak semestinya memiliki badan yang tegap semata.
Motivasi It’s my passion! Memiliki minat mendalam serta inginkan tubuh yang cantik untuk tingkatkan tahap keyakinan dan ingin nampak lebih maskulin.
Rutin dirasakan jarang dibuat tetapi anda lakukan, dan ia benar-benar berhasil Pada setiap kali saya bangun daripada tidur dan sebelum tidur, saya akan membuat warm up seperti sit ups dan push ups.
Trend ‘Selfie’ di gim. Pandangan anda? Ada positif dan negatifnya kerana ada sesetengah pihak akan menyalahgunakan sumber tersebut. Malah memberi kesan tersendiri. Positifnya ia akan menggalakkan ramai untuk mencuba pelbagai peluang seperti modeling, berlakon dan sebagainya.
Jika berpeluang membuka gim sendiri, nama dan keistimewaan berbanding gim sedia ada. Dfab Fitness (The Fabulous Fitness). Keistimewaannya, saya akan pastikan gim ini adil buat semua kaum, jantina dan lapisan masyarakat.
Jika berumur 50 tahun, dan anda masih ingin menampakkan susuk tubuh menawan, apa yang perlu lakukan? Faktor umur sememangnya tidak boleh dielakkan. Sekiranya masih punya tenaga, saya akan lakukannya. Namun, jangan terlalu memaksa kerana ia boleh memakan diri. Just to maintain the body.
Gym partner, rakan baik atau teman wanita? Saya memilih untuk bersenam bersama dengan rakan baik kerana kami mempunyai minat yang sama. Connection kami selalunya kukuh demi mencapai matlamat yang kami sasarkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang