Jika dua tahun lepas anda tidak berkesempatan untuk mendapatkan koleksi Hotshot Kurt Cobain, tahun ini anda pasti berkesempatan untuk memilikinya.
Ini kerana di dalam segmen ‘Bata Heritage’ melalui koleksi Hotshot, kasut tersebut telah dipakai oleh legenda muzik, Kurt Cobain yang juga vokalis bagi kugiran Nirvana.
Melalui satu posting di Instagram milik Bata Heritage, Kurt Cobain merupakan peminat kasut jenama Bata dan dia dilihat memakai kasut tersebut dalam satu sesi fotografi bersama ahli kumpulannya. Warna yang digunakan adalah tona Hitam dan Kuning untuk koleksi ini.
Ads
Selain itu, model hotshot ini hanya dijual secara atas talian dan tidak terjual di mana-mana butik Bata di seluruh Malaysia. Namun, koleksi Bata tidak terhad kepada ini sahaja kerana ia juga turut menampilkan kolaborasi Bata Hotshot X Coca-Cola yang mana ia ditampilkan dengan rona rasmi jenama minuman berkarbonat tersebut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat lelaki yang ingin tampil lebih bergaya dan dalam masa yang sama menonjolkan status, jam tangan merupakan aspek yang cukup penting.
Selain ia membawa simbol status, jam tangan dalam kategori luxury atau mewah juga merupakan satu peranti yang boleh menjadi harta warisan selama bergenerasi lamanya.
Terbaru, “ThinKing” sebuah jam tangan mekanikal ternipis di dunia diperkenalkan dengan ketebalan hanya 1.65 milimeter (mm) dan berat 13.3 gram.
Direka oleh pembuat jam terkemuka dari Rusia, Konstantin Chaykin, ThinKing merupakan prototaip inovatif yang tampil dengan reka bentuk luar biasa.
Reka bentuk casingnya yang sangat halus menjadikan jam ini mudah terdedah kepada tekanan biasa semasa dipakai.
Untuk melindunginya, tali jam khas daripada kulit buaya dengan sisipan elastik dan titanium digunakan untuk menyerap hentakan serta tekanan semasa pemakaian.
Jam tangan ultra nipis ini sarat dengan pelbagai inovasi teknikal, termasuk barrel penggulungan yang ultra nipis dan sistem dwi-roda imbangan.
Ketebalannya yang luar biasa juga mengatasi rekod sebelumnya dengan kelebihan 0.5 mm, menjadikan ia lebih nipis daripada syiling lima sen Amerika.
Untuk mencapai kejayaan ini, Chaykin mengaplikasikan idea-idea radikal dalam reka bentuknya, termasuk menggantikan pemutar jam klasik dengan paparan jam dan minit melalui dua tingkap berasingan.
Meskipun lebih rapuh berbanding jam tangan biasa, ThinKing diperbuat daripada keluli tahan karat khas yang mampu menahan tekanan harian.
Tidak hairanlah jam ultra nipis ini bernilai tinggi, mengambil masa lama untuk dihasilkan dan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.
Namun, pengguna perlu memakainya dengan berhati-hati kerana ketipisannya membuatkan ia mudah rosak.
Apa yang anda akan buat bila anda jumpa wanita yang anda minat? Anda tegur dia? Mintak nombor telefon dia? Jika wanita itu kawan anda, apa yang anda akan lakukan? Semua persoalan ini pasti akan terjawab apabila anda mulakan langkah pertama. Tapi kalau anda luahkan perasaan anda pada seseorang pun secara terus tanpa menjangkakan yang wanita itu akan memberi feedback positif pun tak boleh juga kan? Jangan terlalu berterus terang menunjukkan yang anda suka terhadap seseorang. Ini antara perkara yang akan terjadi jika seseorang itu tidak suka pada anda.
1)Friendzone
Hati-hati dengan panggilan Bro, dan sis. Jika mereka memanggil anda dengan panggilan ini, bermakna mereka sedang ‘friendzone’ kan anda! Jadi, jika wanita menggunakan perkataan ini, dia tidak mempunyai perasaan terhadap anda.
2)Akan elak perbualan berkenaan pasangan
Kalau anda bercita-cita ingin meluahkan perasaan anda terhadap wanita, tak kiralah di kedai mamak ke, booking restoran dan tabur bunga atas lantai agar kelihatan romantik ke, tak kesah lah. Namun jika mereka tidak mahu berbual mengenai perkara ini, elak pandangan mata dengan anda, maka tiba masanya untuk anda faham yang dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda.
3)Bluetick kan anda
Ini perkara biasa yang sering anda lihat dan dapat tak kira lelaki terhadap wanita atau sebaliknya. Salah satu perkara mudah yang bakal anda lihat jika wanita itu tak punya minat terhadap anda adalah bila anda mesej dia, wanita itu akan mengambil masa yang lama untuk balas. Kadang kala, esok baru dia reply. Anda akan sering mendapat bluetick pada aplikasi whatapp anda tu. Ini kerana jika mereka tidak mempunyai minat terhadap anda, maka mereka tidak akan teruja untuk membalas mesej anda.
4)Ajak sekampung
Macam mana ajak sekampung ni. Satu fakta menarik jika wanita itu mempunyai perasaan terhadap anda adalah, jika anda mengajaknya keluar makan, atau menonton wayang, dia akan setuju dan anda akan keluar berdua dengannya. Namun, jika dia ajak rakan-rakannya sekali menonton wayang dengan anda, maka anda sudah nampak kejujuran dalam tingkah laku si dia bahawa wanita itu tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda. Jadi, move on lah!
5)Berani kenalkan anda pada wanita lain
Jangan salah sangka, si dia bukan kenalkan anda dengan wanita lain kerana si dia nak cemburukan anda. Ini terjadi kerana dia tidak mahu anda terus berusaha untuk dapatkan dia. Jadi, dia menggunakan cara ini untuk elakkan diri dari anda. Hati-hati jika dia menggunakan temannya yang lain dalam perbualan anda dengannya. Ini bermakna she’s not that into you!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan sesetengah lelaki sememangnya agak jahil dalam memilih padanan warna yang sesuai untuk pakaian mereka.
Berbeza dengan kaum wanita di mana mereka lebih cerewet dan peka dengan sebarang padanan warna, lelaki pula kadang-kadang terlalu mengambil remeh akan perkara ini.
Akhirnya bila padanan tak kena mereka akan terus nampak janggal dan langsung tidak menarik. Lebih parah ia boleh merosakkan tema majlis!
Perkara pertama anda harus ialah warna memainkan peranan sangat penting bukan sahaja dalam penggayaan fesyen malah penampilan diri. Seorang lelaki yang ingin tampil yakin bergaya perlulah peka dengan pemilihan atau memadankan kombinasi warna yang baik.
Bukan sahaja nampak lebih kecak malah ia membuatkan seorang lelaki itu tampil mudah didekati dan ada cita rasa yang baik.
Kombinasi warna pakaian yang terbaik bergantung kepada pelbagai faktor termasuk konteks acara, gaya peribadi, dan warna kulit. Berikut MASKULIN kongsikan beberapa kombinasi warna yang sering dianggap sesuai dan menarik dalam pakaian lelaki:
Kombinasi navy (biru gelap) dengan putih pilihan klasik yang sentiasa relevan sepanjang zaman. Ia memberikan penampilan nampak kemas dan elegan. Contohnya padanan kemeja putih dengan seluar navy atau sebaliknya.
Mudah dan ringkas. Inilah padanan paling umum boleh anda pilih. Kombinasi hitam dan putih adalah memberikan kontras yang cantik dan sentiasa bergaya. Boleh dipakai dalam pelbagai gaya pakaian, sama ada formal atau kasual.
Ramai tidak tahu bahawa kelabu merupakan warna yang sangat versatil dalam fesyen. Ia warna yang serba boleh dan sering kali dipadankan dengan putih untuk memberikan tampilan yang bersih dan teratur.
Kombinasi biru gelap dengan aksen warna kuning keemasan mampu memberikan sentuhan keceriaan dan gaya yang menonjol.
Satu lagi kombinasi yang cukup elegan. Kombinasi coklat dengan krim atau beige memberikan kesan yang hangat dan kasual serta sesuai untuk suasana santai.
Tak salah jika kita katakan padanan atau kombinasi dua warna ini paling tegas dan nampak maskulin. Warna hijau zaitun memberi kontras dengan coklat tua.
Padanan merah marun dengan biru memberikan kombinasi yang menarik dan memberikan keceriaan kepada pemakainya. Ia tidaklah terlalu ‘loud’ tapi dalam masa yang sama ada karakter tersendiri.
Kombinasi biru laut dengan aksen merah pula memberikan kesan nautical yang segar dan menarik.
Memilih padanan warna sesuai perlu juga untuk mengamvil faktor agar ia sesuai dengan jenis acara, suasana dan gaya peribadi anda.
Selain itu, memahami kontras warna dan memastikan pakaian anda bersih dan terjaga juga adalah faktor penting untuk mencapai penampilan yang menawan.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidur enam saat kini tular di media sosial, namun KKM memberi amaran keras kerana teknik ini boleh menyebabkan pengsan, strok, kerosakan otak dan berpotensi membawa maut.