Jika dua tahun lepas anda tidak berkesempatan untuk mendapatkan koleksi Hotshot Kurt Cobain, tahun ini anda pasti berkesempatan untuk memilikinya.
Ini kerana di dalam segmen ‘Bata Heritage’ melalui koleksi Hotshot, kasut tersebut telah dipakai oleh legenda muzik, Kurt Cobain yang juga vokalis bagi kugiran Nirvana.
Melalui satu posting di Instagram milik Bata Heritage, Kurt Cobain merupakan peminat kasut jenama Bata dan dia dilihat memakai kasut tersebut dalam satu sesi fotografi bersama ahli kumpulannya. Warna yang digunakan adalah tona Hitam dan Kuning untuk koleksi ini.
Ads
Selain itu, model hotshot ini hanya dijual secara atas talian dan tidak terjual di mana-mana butik Bata di seluruh Malaysia. Namun, koleksi Bata tidak terhad kepada ini sahaja kerana ia juga turut menampilkan kolaborasi Bata Hotshot X Coca-Cola yang mana ia ditampilkan dengan rona rasmi jenama minuman berkarbonat tersebut.
Popular di negara Kanada serta di Amerika, kini topi jenis ini menjadi pilihan aksesori untuk golongan jejaka di luar sana untuk kelihatan lebih bergaya. Jika dahulu jenis topi ini dipakai pada musim luruh/sejuk, tapi pada hari ini, ia dipakai oleh mereka yang inginkan sesuatu kelainan.
The Beanie ini mempunyai rekaan yang berbeza dari segi panjang, lebar, tahap ketebalan material, serta pilihan warna. Serlahkan aura maskulin anda dengan warna-warna seperti biru gelap, hitam, coklat emas serta kelabu.
Barangkali mungkin topi jenis ini bukan lagi menjadi penggemar anak muda masa kini yang mahukan sesuatu yang baru. Mungkin kerana rekaannya yang terlalu sederhana serta ringkas. Malah rekaan topi ini lebih popular di kalangan nelayan atau mungkin juga buruh kampung.
Tetapi pada awal tahun 1960, industri fesyen seluruh dunia mula mengetengahkan gaya pemakaian topi jenis The Bucket Hat ini dengan rekaan yang lebih moden serta pilihan warna yang lebih terang. Penggunaan fabrik seperti cotton, denim serta kanvas menjadikan ia lebih selesa apabila dipakai. Rekaannya berubah dari semasa ke semasa. Lebih lebar serta luas.
Rekaan topi sebegini mampu menjadikan anda tampak lebih santai serta tidak terlalu berusaha untuk menjadi seseorang yang berstail. Gayakan bersama sehelai t-shirt, bomber jacket serta celana denim cukup menjadikan anda seorang yang kasual.
Kebiasaannya, rekaan jenis ini selalunya dipakai dalam mana-mana acara sukan khususnya sukan besbol mahupun bol sepak. Setiap penyokong akan memakai topi jenis ini bersama-sama dengan cetakan logo di bahagian depan topi dan akan mewakili kelab kesukaan mereka. Hakikatnya, pada hari ini, topi rekaan ini digayakan bersama sepasang sut dalam acara formal. Pelik bukan?
Untuk gaya yang lebih menarik, anda boleh padankan dengan jaket kulit berserta kasut jenis boot. Bagi anda yang memilih untuk gaya ringkas dan minima, padankan dengan sehelai kemeja dan seluar denim. Mungkin juga anda boleh gayakan dengan stail terbalik. Tampak lebih bersahaja.
Klasik dan mewah. Penggayaan reka bentuk topi jenis ini menjadikan anda seolah-olah daripada golongan elit.
The Panama direka dengan pelbagai jenis bentuk dan saiz. Jika anda mempunyai bentuk muka yang besar, amat sesuai jika anda memakai topi ini dengan saiz yang lebih luas. Tetapi jika anda mempunyai bentuk muka yang sedikit kecil, gayakannya dengan rekaan yang lebih kecil dan tidak begitu luas. The panama ini sesuai dipadankan dengan sepersalinan tuxedo serta kasut kulit hitam. Ia sudah cukup menjadikan gaya anda lebih mewah.
Pada abad ke-14, topi jenis ini dipanggil bonnet di Northern England serta Southern Italy. Fabrik yang selalu digunakan adalah seperti wool, kapas, tweed, kulit, linen serta corduroy. Lazimnya, topi jenis ini dipakai oleh mereka yang gemarkan aktiviti sukan seperti golf.
Bukan itu sahaja, malah di negara Eropah lain, pada awal abad ke-20, penggunaan topi ini dipakai oleh pelajar sekolah, pekerja pejabat serta mereka yang menghadiri ke majlis formal. The Flat Cap ini juga direka dengan pelbagai jenis saiz yang berbeza.
Pastikan anda memilih corak yang bersesuaian dengan baju di tubuh anda. Pemilihan warna juga amat penting untuk memastikan gaya anda tidak terlalu berserabut. Topi ini boleh dipakai bersama-sama dengan seluar chinos untuk kelihatan lebih kasual.
Mungkin anda boleh menjadi Richard Dick Berggren yang seterusnya.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penggunaan kaca mata bukan hanya untuk mengelakkan mata terkena silau matahari malah ia disifatkan sebagai aksesori untuk menambahkan gaya kacak lelaki.
Di pasaran hari ini, terdapat pelbagai jenama yang diperkenalkan namun sesuai atau tidak dengan bentuk wajah anda, aspek ini juga perlu diambil kira.
1. Stail : The Wayfarer
The wayfarer tampil dengan rekaan bingkai tebal dan ia mula diperkenalkan Ray Ban sekitar 1956. Lelaki dan wanita boleh memakai the wayfarer ini kerana ia bersifat uniseks selain jika anda mahu tampil ‘kemas biasa-biasa’ atau ‘tidak terlalu funky’.
2. Stail : The Aviator
The Aviator tampil dengan rekaan batang halus membentuk bingkai dan ia pertama kali ditampilkan pada tahun 1936. Rekaan ini boleh membuatkan si pemakai kelihatan ‘macho’ dan ‘matang’ selain ia pernah digayakan Tom Cruise dalam filem ‘Top Gun’ serta dipakai juruterbang dalam Perang Dunia Kedua untuk mengelak silau matahari.
3. Stail : Teashades
Teashades juga dikenali sebagai ‘Lennon specs’. Bentuk kaca mata bulat ini pernah dipopularkan oleh kumpulan lagenda, The Beatles dan kalau dalam filem komedi Cina lama, ada dua pelajar kung fu gemuk sering memakai kaca mata jenis ini. Mereka yang memakai Teashades dilihat sebagai rare dan memiliki personaliti yang kreatif.
4. Stail : Clear Frame
Ada yang suka berwarna hitam atau berwarna-warni tetapi bagi pemakai Clear Frame, mereka jelas tidak mahu kelihatan begitu menonjol. Dalam erti kata lain, mereka tidak gemarkan perhatian daripada orang lain secara serius tetapi dalam jiwa mereka, tetap memiliki elemen ‘klasik’ yang tidak dapat disembunyikan.
5. Stail : Rimless
Rekaan Rimless amat bertentangan dengan tiga rekaan di atas kerana kaca mata ini tiada bingkai hadapan dan cuma disambungkan terus kepada pemegang telinga. Kaca mata ini bersifat mimalis dan pemakainya tidak menitik beratkan gaya sebaliknya cukuplah sekadar ia dapat mengelakkan silau matahari. Oleh itu, pemakai kaca mata jenis ini disifatkan seseorang yang ‘simple’ tetapi ‘matang’.
6. Stail : Brownline
Jika Rimless tiada bingkai pada bahagian hadapan, Brownline tampil dengan semi-bingkai. Rekaan ini menampakkan seseorang itu kekal bergaya tetapi dalam keadaan yang cukup mimalis. Macam nak tak nak. Tapi ramai yang nak kerana Brownline memang membuat seseorang itu kelihatan sangat ‘cool’.
7. Stail : Oversized
Oversized biasanya dilabelkan sebagai ‘king’ atau ‘queen’ buat sang pemakai. Sesiapa yang ingin tampil kelihatan vogue dan persis diva, inilah kaca mata yang paling sesuai untuk digunakan. Boleh dikatakan pemakai Oversized sentiasa memiliki keyakinan diri yang tinggi.
8. Stail : Shield
Kaca mata ini menampilkan gaya ala-ala futuristik. Pemakainya terdiri daripada mereka yang gemarkan muzik jenis tekno dan mahu kelihatan ‘sangat jauh ke hadapan’. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang berani memakai kaca mata jenis ini kerana dianggap pelik dan keterlaluan kecuali digunakan sebagai prop untuk projek futuristik.
9. Shutter Shades
Kaca mata ini menampakkan si pemakai kelihatan begitu ‘funky’. Jika memakainya dalam sesebuah majlis keraian atau parti, anda mungkin menjadi perhatian. Karakter pemakai kaca mata jenis ini turut menggambarkan anda memiliki jiwa yang sangat bergelora untuk mencuba sesuatu yang baharu dan ‘gila’.
10. Stail : Sport
Kaca mata ini diperlukan oleh mereka yang gemar bersukan kerana rekaannya yang tidak mudah tertanggal serta tahan silau. jadi, memang sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti lasak meski pun dalam cuaca serta matahari yang sangat terik. Yang penting, anda kekal nampak bergaya walaupun sedang bersukan.
Dalam banyak-banyak kaca mata yang ditulis, yang mana satu anda sedang pakai atau miliki ketika ini? Kongsikan bersama Maskulin!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dapat dinafikan kasut kini menjadi salah satu item yang cukup penting dalam penampilan seorang lelaki. Tatkala hadir di acara formal amatlah penting untuk kita mengenakan kasut yang bukan sahaja sesuai tetapi membawa aura fesyen yang mampu melonjakkan gaya.
Salah satu jenama yang cukup sinonim dengan gaya semi-formal dan kasual ialah Clarks. Sejak sekian lama Clarks cukup dikenali ramai dengan siluet hadir dengan identiti rekaan tersendiri.
Terbaru, Clarks menampilkan koleksi Clarks Torhill. Ia merupakan inovasi mereka dengan mengekalkan DNA rekaan dan juga hasil pertukangan yang diimaginasikan semula selari dengan relevan fesyen terkini.
Meneruskan legasi rekaan kasutnya seperti Wallabee dan Desert Boot, Torhill menggabungkan identiti dua siluet tersebut dengan satu hasil yang cukup ikonik.
Diperolehi daripada arkib siluet ikonik, Torhill ialah generasi akan datang model kasut, direka bentuk semula untuk kasual kontemporari berinspirasikan warisan, dan dibayangkan semula untuk peminat kasut generasi seterusnya.
Dihasilkan bagi merapatkan jurang antara Clarks Shoes dan Clarks Originals, Torhill juga datang dengan inspirasi yang lahir daripada arkib Clarks.
Gabungan koleksi SS23 Torhill penggayaan sukan santai dengan kelayakan fesyen ke hadapan yang berani — dengan aksen Wallabee yang ikonik, bahagian atas kulit dan suede dan jahitan moccasin klasik.
Reka bentuknya pula terarah kepada nostalgia yang cukup dekat di hati peminat Clakrs terarah yang layak mendapat perhatian ramai dengan mengorak langkah gaya seperti yang anda tidak pernah lihat sebelum ini.
Jenama kasut warisan British bergabung tenaga dengan rakan ikon — pemuzik dan aktivis dari Philadelphia dan salah seorang bintang muda terhangat Hollywood dan pelakon, Jabari Banks, bersama-sama dengan sejumlah pencipta TikTok untuk debut secara eksklusif Torhill di TikTok.
Paling terkenal dengan peranannya sebagai Will Smith dalam but semula Bel-Air, the Bank dinamik dan “rakan Jabari” akan mempamerkan but Torhill mereka di platform media sosial dengan #GRWM (Bersedia Dengan Saya), #Unboxing, dan kandungan #HowIWearMyTorhill.
Pelancaran pertama sosial SS23 Torhill koleksi menandakan evolusi yang berani dan menarik dalam cerita Clarks.
Ikon baharu untuk generasi akan datang, Torhill ialah kasut terbaik SS23 – siluet Clarks retro yang diilhamkan oleh masa lalu, dibayangkan semula dan bersedia untuk itu dunia di hadapan. Hadapi dunia ke hadapan dengan Clarks.
Jangan lupa subscribe atau like YouTube dan TikTok MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.