Bagi mereka yang sudah lama aktif dalam aktiviti larian jarak 10 kilometer bukanlah satu masalah yang besar buat mereka.
Namun kepada beginner 10 kilometer merupakan jarak yang sangat mencabar. Malah tidak keterlaluan juga untuk dianggap sebagai salah satu misi yang sukar untuk dicapai.
Larian 10 kilometer pertama anda adalah sesuatu yang sangat berharga. Namun sebelum berjaya mencapai misi tersebut terdapat beberapa faktor penting perlu anda ambil kira. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 tip persedian paling penting buat beginner yang ingin lakukan larian 10 kilometer.
PERSEDIAN MALAM SEBELUMNYA
Senarikan barang-barang serta kelengkapanm penting untuk membantu anda melakukan larian. Elakkan persedian saat terakhir kerana panik boleh menyebabkan degupan jantung anda menjadi kencang dan tidak selesa. Bagi lelaki kasut larian, stoking, baju dan seluar yang sesuai sangatlah penting. Usah bawa terlalu banyak wang tunai dan bawa hanya pengenlan diri penting sahaja.
PAKAIAN SESUAI
Faktor yang sangat penting bagi memastikan keselesaan anda sepanjang larian. Pakai pakaian yang anda selesa terutamanya seperti dipakai ketika larian harian. Jangan pakai pakaian atau kasut baru pada hari larian kerana ia boleh menyebabkan kaki anda melecet.
Ads
SAMPAI AWAL
Rancang perjalanan dengan baik agar anda lebih tenang dan bersedia. Ini juga bagi mengelakkan anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan memudahkan mencari tempat letak kereta. Perkara terkahir anda ingin elak adalah terlepas flag off!
MAKANAN DAN MINUMAN
Ambil makanan sarapan seperti biasa namun ia haruslah sekurang-kurangnya dua jam sebelum. Jika larian bermula pada awal pagi, makanlah dengan baik pada malam sebelumnya. Minum air dengan mencukupi kerana larian 10 kilometer merupakan jarak yang jauh.
Ads
JANGAN PANIK
Bila sudah berada di garisan permulaan tidak dapat dinafikan ada di antara anda akan mula panik dan berdebar-debar. Ya, tidak dapat dinafikan terdapat ramai orang yang berlari lebih baik dan pantas. Namu perlu ingat anda ada misi peribadi tersendiri.
KAWAL CORAK LARIAN
Usah terlalu teruja letika permulaan larian. Jangan pula anda memecut dengan sekuat hati hingga penat tercungap-cungap. Larian 10 kiloneter merupakan sebuah perjalanan yang jauh dan lama. Cari pelari yang mempunyai pacing larian yang anda boleh ikut. Atau ikut sehaja pace maker larian.
DORONGAN KELUARGA & KAWAN-KAWAN
Dorongan serta sokongan mental merupakan faktor luaran yang tidak kurang hebatnya. Pada larian pertama anda dapatkan ahli keluarga dan kawan-kawan untuk berikan sokongan. Kata-kata semangat menerusi komen di laman media sosial juga mampu membantu.
Ads
SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
Sepanjang larian minda anda akan diuji dengan rasa ingin berhenti berlari dan putus asa. Usah mudah hilang semangat dan fikir kembali latihan serta usaha anda lakukan untuk mencapai misi larian tersebut. Lakukan yang terbaik dan berikan fokus sepenuhnya.
HABISKAN DENGAN SENYUMAN
Saat anda berada di 200 meter terkahir, itulah momen yang cukup mengujakan. Anda sudah semakin hampir mencapai misi yang diimpikan. Berbanggalah dengan diri sendiri dan lepasi garisan penamat dengan penuh keterujaan.
ABADIKAN MOMEN KEJAYAAN
Tahniah anda telah berjaya menghabiskan larian sejauh 10 kilometer! Abadikan kenangan yang cukup istimewa ini dalam bentuk foto dan video. Biar ia menjadi perangsang kepada anda di masa akan datang. Tiada perkara yang mustahil!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai yang menyangka sakit lutut boleh menghalang seseorang daripada bersenam. Sebenarnya ada banyak senaman efektif dan sesuai boleh diamalkan jika anda sakit lutut.
Selain berat badan berlebihan, ada beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan anda alami sakit lutut, antaranya trauma dari kemalangan dan faktor genetik.
Menurut Jurulatih Kercergasan bernama Coach Kholis, ada pesertanya yang hilang semangat apabila berdepan dengan masalah sakit lutut sehingga mereka tidak boleh bersenam langsung. Dengan pengalamannya hampir 7 tahun dalam bidang kecergasan, Coach Kholis cuba untuk memastikan mereka dapat bersenam tanpa menambahkan lagi kecederaan yang di alami.
Untuk anda yang bermasalah dengan sakit lutut, Coach Kholis tidak menggalakkan sebarang aktiviti yang berimpak tinggi contohnya pergerakan yang memerlukan mereka untuk melompat atau berlari kerana ia dikhuatiri akan menambahkan bebanan terhadap lutut mereka.
“Saya akan memastikan peserta yang mengalami sakit lutut tahu senaman sesuai untuk mereka dan tidak terlalu memaksa diri mereka sehingga mendatangkan lebih kemudaratan. Saya juga menggalakkan peserta untuk berpegang pada konsep ‘listen to your body’ untuk memastikan mereka tidak ‘overtrained’ sehingga mendatangkan stres,” ujar Coach Kholis.
Ini kerana dalam usaha untuk menurunkan berat badan, menjaga pemakanan amatlah penting. Mengikut kajian, 70% usaha untuk menurunkan berat badan datangnya daripada pemakanan dan hanya 30% datangnya daripada senaman.
Jadi kepada anda yang mengalami kekangan masa untuk bersenam kerana pelbagai penyakit, jangan patah semangat kerana anda masih lagi boleh mengawal pemakanan. Sebaik sahaja berat badan sudah turun dan sakit lutut semakin berkurang, anda boleh mulakan aktiviti senaman secara berperingkat.
Bagi mengetahui cara yang sesuai untuk menurunkan berat badan, sebaiknya rujuk kepada menu Pinggan Sihat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.
Berikut ialah kadar pembahagian kelas makanan:
½ drpd pinggan dipenuhi dengan fiber (contohnya: sayur-sayuran hijau)
¼ drpd pinggan dipenuhi dengan sumber protein (contohnya: ayam, ikan & daging)
¼ drpd pinggan dipenuhi dengan sumber karbohidrat (contohnya: nasi, pasta & kentang)
Selain mengikut menu Pinggan Sihat, elakkan makan makanan yang berminyak dan berlemak tinggi.
Senaman dengan kadar impak rendah untuk yang sakit lutut
‘Brisk walk’. ‘Brisk walk’ sesuai untuk mereka yang mengalami sakit lutut. Anda boleh berjalan secara santai di sekitar taman atau tasik berdekatan kawasan perumahan anda. Tingkatkan kadar kelajuan bergantung kepada kemampuan anda.
Berenang. Berenang ialah salah satu aktiviti senaman yang sesuai untuk mereka yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mengelakkan bebanan berat badan diletakkan di lutut bila bersenam.
Berbasikal. Berbasikal juga merupakan salah satu senaman yang rendah impak, mereka yang minat berbasikal boleh menjadikan sukan ini salah satu aktiviti senaman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buah Avokado atau nama saintifiknya ‘Persea Americana’ adalah buah yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Buahnya berbentuk bujur dan kulitnya berwarna hijau berkilat.
Apabila dikupas isi buahnya berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Habitat asal buah ini dari Mexico dan sekitar Amerika Tengah.
Ia dikatakan amat berkhasiat kerana mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium dan pelbagai lagi nutrisi yang baik untuk badan.
Di bawah ini MASKULIN jelaskan kenapa ianya amat bagus untuk kesihatan lelaki.
1. Penyumbang kepada kesihatan mata
Ia mempunyai kandungan nutrient Lutein karotenid yang mana sangat baik untuk membantu melindungi mata daripada katarak.
2. Mengekalkan kesihatan jantung
Buah ini mempunyai vitamin B6 serta asid folik yang membantu mengawal tahap homocysteine. Selain itu, ia turut mengandungi Vitamin E serta lemak tidak tepu yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
3. Mengawal tekanan darah
Ini pun salah satu penyakit yang paling ditakuti golongan lelaki iaitu darah tinggi. Jika anda mengamalkan pemakanan buah avocado. Anda telah meraih banyak nutrient Kalium, yang mana ia diketahui amat efektif dalam membantu mengawal paras tekanan darah.
4. Melindungi daripada kanser
Jika kanser payudara ditakuti golongan wanita, lelaki juga amat takut jika diserang kanser prostat. Buah Avokado boleh menlindungi anda serta menghalang pertumbuhan kanser daripada menular di seluruh badan.
5. Menghilangkan nafas berbau
Avocado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semulajadi dan bertindak untuk melawan nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar kepada masalah nafas berbau.
Terdapat banyak produk kosmetik yang mengekstrak kandungan buah avocado kerana ia dipercayai dapat menyuburkan kulit. Ia juga berupaya membantu merawat penyakit kulit seperti kemerahan dan kegatalan. Masa yang sama membantu anda dalam proses awet muda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
JAWLINE merupakan tulang rahang iaitu bahagian bawah muka bermula dari tepi dan bawah telinga sehingga dagu. Lebih sempurna jika ada yang memiliki tulang pipi yang tinggi berserta jawline yang tajam. Ia adalah kriteria yang biasanya menjadi idaman setiap lelaki yang mementingkan penampilan.
Untuk mendapatkan jawline yang anda inginkan, anda boleh ikuti beberapa pergerakan ini.
5 SENAMAN UNTUK JAWLINE LEBIH MENONJOL
1. ANGKATAN LEHER
Anggap ini sebagai gerakan mengangkat perut untuk leher anda. Lakukan sambil berbaring pada belakang dengan lidah ditekan di langit-langit mulut. Ini akan mengaktifkan otot leher depan. Bawa dagu anda ke dada dan kemudian angkat kepala anda dari tanah kira-kira 2 inci. Jangan angkat perut anda dan jangan tolak dagu anda keluar.
Mulakan dengan melakukan 3 set untuk 10 ulangan dan tingkatkan secara beransur-ansur. Ambil masa kerana otot-otot ini biasanya kurang terlatih dan boleh menyebabkan tekanan leher jika anda cuba terlalu cepat.
2. COLLAR BONE BACKUP
Ini boleh dilakukan duduk, berdiri, atau berbaring di belakang anda. Dengan menjaga kepala pada aras lantai, bawa kepala anda ke belakang beberapa inci untuk merasai otot di kedua-dua sisi tenggorokan menegang dan relaksasi.
Mulakan dengan 3 set 10 ulangan pada permulaan, kemudian progres dengan mengekalkan kedudukan selama lebih daripada 30 saat. Pastikan telinga anda kekal di atas bahu anda dan kepala anda kekal pada aras yang sama.
3. LIDAH TWISTER
Senaman ini akan menumpukan bahagian otot di bawah dagu. Letakkan lidah anda di atas langit-langit mulut secara langsung di belakang gigi. Tekan lidah anda untuk menutup sepenuhnya langit-langit mulut dan tambahkan ketegangan. Mulakan dengan meneruskan bunyi mendering dan menghasilkan bunyi bergetar. Ini akan mengaktifkan otot. Lakukan 3 set sebanyak 15 kali.
4. VOWEL SOUND
Gerakan-gerakan ini menumpukan kepada otot di sekitar mulut dan di sisi bibir. Buka mulut anda lebar-lebar, kemudian ucapkan ‘O,’ diikuti oleh ‘E.’ Pastikan untuk membesarkan bunyi dan gerakan ini dan jangan menunjukkan atau menyentuh gigi anda. Lakukan 3 set sebanyak 15 kali.
5. CHIN-UP
Senaman ini membantu mengangkat otot wajah dan dagu. Dengan mulut ditutup, tolak rahang bawah anda keluar dan angkat bibir bawah anda. Anda seharusnya merasai regangan di bawah dagu dan di garis rahang. Tahan kedudukan selama 10–15 saat, kemudian lepaskan. Lakukan 3 set sebanyak 15 kali.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Ingin larian jarak jauh terasa lebih mudah dan efisien? Ketahui 10 langkah strategi long run yang membantu pelari beginner dan profesional berlari lebih jauh tanpa cepat penat.