Liang pori wajah terbuka biasanya akan mengundang masalah seperti bintik hitam, bintik putih ataupun jerawat.
Selain menggunakan skrub, anda boleh amalkan banyak petua untuk menghilangkan masalah ini dengan bahan semula jadi yang murah dan mudah dari dapur.
Petua menghilangkan bintik hitam dan putih ini boleh diatasi dengan menggunakan sembilan bahan murah yang mudah didapati di dapur.
1. AIS
Meningkatkan pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.
Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.
2. CUKA EPAL
Menegangkan kulit, mengurangkan pori dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.
Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Dengan mengguna kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.
3. PUTIH TELUR
Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.
Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.
Ads
4. SKRUB GULA
Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.
Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila. Lagi wangi!
5. SODA BIKARBONAT
Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka. Ia juga merawat masalah jerawat.
Caranya: Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.
Ads
6. JUS LEMON
Mengurangkan bukaan pori, mengatasi bintik hitam dan mencerahkan wajah.
Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!
7. TIMUN
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.
Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan.
Ads
8. YOGURT
Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.
Caranya: Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.
9. OAT
Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif.
Caranya: Campurkan lima sudu madu dan dua sudu susu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.
LAKUKAN SECARA KONSISTEN
Pastikan kulit muka juga tidak terdedah pada sinaran matahari dan lakukan skrub setiap minggu untuk mengurangkan lebihan minyak, membuang sel kulit mati dan kotoran di muka.
Dengan mengamalkan petua mengatasi bintik hitam dan putih ini serta menjaga kebersihan diri, anda dapat dapat merasakan kesannya dalam masa yang singkat!
“Asyik style rambut je sayang, tak nak try tukar ke?”
Mungkin itulah yang diperkatakan oleh isteri atau kekasih anda melihatkan gaya rambut yang tak pernah berubah sejak beberapa tahun.
Sebenarnya tak salah kita sebagai lelaki untuk mencuba sesuatu yang baru. Cuba keluar dari zon selesa dan terokaibenda baru. Antaranya gaya potongan rambut.
Percayalah bila anda tukar gaya rambut orang pasti akan perasan. Dan ini boleh membina satu personaliti yang lebih membantu anda dalam aktiviti seharian.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 25 gaya potongan rambut terkini yang boleh anda rujuk. Jadi bila ke kedai gunting nanti tunjuk saja salah satu foto di bawah kepada tukang gunting rambut.
Mengapa masih buntu untuk mencari produk yang bisa menghasilkan gaya rambut yang lebih stailo dan mudah digayakan? 5 produk terbaru dari jenama penggayaan rambut yang terkenal, Ubermen bersesuaian dengan kehendak jejaka hari ini yang sentiasa inginkan kelainan dan keunikan pada gaya rambut mereka. Ubermen meneruskan dalam mencipta revolusi dalam penghasilan produk penggayaan rambut yang memudahkan jejaka untuk tampil bergaya dan stailo. Kali ini Ubermen hadir dengan lima rangkaian iaitu spike wax, air jelly, 3d matt clay, messy fudge dan wave gum. Memberi efek kekal lama, formula mudah dibilas, tidak melekit serta tidak mengakibatkan lebihan minyak pada kulit kepala, produk hebat ini terus menjadi pilihan lelaki masa kini.
Menariknya, kali ini, Ubermen berkolaborasi bersama majalah Maskulin dengan membariskan 8 ikon pilihan untuk merasai kehebatan dan aura magis produk terbaru ini. Miller Khan, King Afiq, Nabil Mahir, Lucas Lau, Nasrul Nasar, Faiz Haq, Daniel Fong, dan Hafeez Mikail dipilih berdasarkan kejayaan serta kuasa populariti yang dicipta selaras dengan kualiti tinggi dalam produk terbaru Ubermen ini.
SPIKE Wax
Spike Wax mendefinisi gaya fesyen rambut fade yang terus kekal menjadi trend sehingga kini. Dirumuskan dengan memori gaya bagi mengekalkan rambut agar lebih tahan lama dan tidak terlalu bersinar. Menggunakan formulasi mudah bilas selepas menggunakannya. Sesuai untuk yang jejaka berambut pendek.
AIR Jelly
Bagi yang ingin kelihatan lebih stailo, mahu menggayakan stail rambut slick back atau undercut anda boleh menggunakan Air Jelly sebagai rumusan utama. Mengekalkan gaya rambut dalam tempoh masa yang lama, ia turut dilengkapi teknologi menggilap lebih tinggi. Diasaskan dengan formulasi air ia bukan sahaja mudah dibilas dan tidak melekit malah produk ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut pendek dan sederhana panjang.
3D MATT Clay
Tekstur 3D Matt Clay yang tidak melekit dan harum mampu mewujudkan kemasan yang sangat baik. Buat rambut jejaka kekal kemas dan matte sepanjang hari. Amat sesuai untuk anda yang mahu bergaya dengan stail rambut side part. Hanya perlu guna dalam kuantiti yang sedikit sudah memadai, ia mampu membuatkan rambut anda tampak segak walau ditiup angin.
MESSY Fudge
Mempunyai tekstur yang ringan, Messy fudge ini membuatkan lelaki yang mahu bergaya sederhana lebih berkeyakinan. Memberi efek kasual, produk ini membuatkan lelaki nampak bersahaja dan ia tidak membuatkan rambut anda berminyak dan sangat mudah untuk dibilas. Jenis gaya yang sesuai digayakan dengan wax jenis ini ialah messy look dan modern fringe.
WAVE Gum
Memberi efek volum pada rambut, ia bersifat fleksibel kerana inti patinya dihasilkan dalam tekstur krim yang mudah dibilas. Membuatkan rambut lelaki tahan lama dengan gaya yang mereka inginkan. Stail rambut short back and sides kerana ia membuatkan rambut kelihatan kemas dan sedikit bersinar. Amat mudah menggunakannya dan haruman segar seperti selepas mandi akan kekal berpanjangan.
Bagi anda yang mempunyai rambut panjang terutamanya pasti berdepan dengan cabaran untuk menjaganya. Lelaki berbeza berbanding wanita kerana kita lebih kerap berpeluh dan mempunyai bau badan tersendiri.
Jadi bagaimana cara untuk elak rambut daripada berbau busuk? Ikuti 5 tip mudah seperti MASKULIN kongsikan di bawah.
Anda disarankan membasuh rambut setiap hari bagi mengelakkan rambut anda berminyak, berbau dan yang paling penting boleh menghasilkan kelemumur.
Sebaik sahaja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia menyebabkan rambut mudah bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering.
Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan-lahan.
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut.
Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama.
Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut penghadang cahaya.
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku.
Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.
Anda pula yang berambut panjang bagaimana? Ada tips lain? Apa kata kongsikan bersama Maskulin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang