Sepanjang Hari Raya Haji, peti sejuk anda pasti penuh dengan daging korban. Apatah lagi jika anda menjalankan ibadah korban, lagi banyaklah daging korban yang anda akan terima.

Untuk memastikan daging korban tersebut bertahan lama dan berada dalam keadaan baik, penting untuk anda tahu cara-cara yang betul untuk menyimpannya.

Fadhlee Fitri Abu Bakar berkongsi tip berguna untuk anda menyimpan daging korban. Barulah rasa selamat nak simpan daging korban walaupun dalam tempoh yang lama.

Ini perkongsiannya.

BACA: Elak Guna Plastik Hitam Untuk Bungkus Daging Korban, Doktor Ini Kongsi Sebabnya

IKLAN

CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL

Petua Simpan Daging Korban Cara Betul, Kalau Nak Ia Tahan Lama & Kekal Segar!

?JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN

Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.

?JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK DI DALAM FREZER

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg. Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

IKLAN

BACA: Apakah Yang Berlaku Jika Kita Berhenti Ambil Daging?

?JANGAN TERUS SIMPAN DAGING DI DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.

?JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGUNAKAN AIR PANAS

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

IKLAN

?Tips tambahan

Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal!!!

BACA: 5 Khasiat Dalam Daging Kambing Yang Ramai Orang Tak Tahu!

Baarakallah.

Semoga memberi manfaat

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI