Penyanyi Jepun, Pikotaro yang pernah muncul dengan lagu “Pen Pineapple Apple Pen” (PPAP) kembali mencuri tumpuan warganet di media sosial apabila muncul dengan lagu terbaharu dikenali sebagai PPAP versi tahun 2020.
Lagu yang digubah sempena penularan wabak COVID-19 itu diberi tajuk “Pray-for-People-and-Peace” dengan mengajak orang ramai untuk mencuci tangan menggunakan sabun.
Sejak dimuatnaik di Youtube pada 4 April 2020 yang lalu, muzik video tersebut telah mencecah lebih 5 juta tontonan dan tersenarai sebagai lima topik trending di Twitter Jepun.
Ads
Selain menggunakan rentak lagu yang sama seperti lagu PPAP yang pernah popular sekitar tahun 2016, penyanyi dengan nama sebenar Kazuhito Kosaka ini juga turut mengenakan pakaian berwarna keemasan bermotifkan harimau sama seperti muzik video PPAP yang pernah tular suatu ketika dahulu.
Durasi muzik video lagu “Pray-for-People-and-Peace” ini juga lebih pendek iaitu satu minit 39 saat berbanding lagu PPAP yang asal.
Ads
Malah lagu tersebut turut tersenarai ke Guinness World Record sebagai lagu terpendek memasuki ke carta Billboard Hot 100.
Ketibaan musim baharu liga bola sepak sama ada luar dan dalam negara pastinya menimbulkan keterujaan di kalangan peminat pasukan masing-masing. Antara yang sering dinantikan ialah pengenalan kit atau jersi terbaru pasukan kesayangan.
Dua hari lalu, Nike dan pasukan juara tujuh kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memperkenalkan kita home dan away untuk musim 2021/2022. Mengekalkan warna tradisi mereka, kit terbaru dari Nike menyerlahkan warna kebanggaan JDT iaitu biru dan merah persis bendera negeri Johor.
Manakala jersi away pula, warna putih dengan sedikit sentuhan warna merah di bahagian lengan menjadi pilihan. Pemilihan ketiga-tiga warna dalam corak abstrak yang dipamerkan memberi refleksi kepercayaan, keyakinan serta semangat luar biasa pasukan bergelar Harimau Selatan tersebut.
Kit terbaru JDT dari Nike ini menggunakan teknologi paling canggih dengan Dri-Fit, membantu pemain dan pemakainya lebih selesa walaupun berpeluh. Manakala teknologi Performing Fit pula memberikan potongan yang lebih sesuai dengan bentuk badan, membolehkan pergerakan lebih lincah dan pantas di atas padang.
Bagi pemain bintangnya, Safawi Rashid, “Memenangi tujuh kejuaraan bukanlah satu pencapaian biada dan mudah. Ia adalah hasil kerja keras dan semangat satu pasukan yang ditonjolkan di atas pada.
“Menyarung jersi ini memberikan saya satu perasaan bangga bukan sahaja mewakili pasukan bola sepak JDT tetapi komunitinya yang memberikan dorongan serta semangat tidak putus-putus. Jersi ini adalah sinbol kolektif identiti kami untuk pemain dan juga penyokong”.
Semalam heboh di laman media sosial kerana jersi ini telah sold out di platform Shopee dan juga JDT Store. Menerusi laman Facebook rasmi JDT, mereka memaklumkan penjualan sebanyak RM1.6 juta telah berjaya dikutip.
Namun buat penyokong dan peminat bola sepak yang ingin mendapatkan jersi ini tidak perlu gusar kerana JDT dilaporkan akan menambah semula stok dalam masa yang terdekat.
Tinjauan MASKULIN di laman sesawang Nike juga mendapati ia kini boleh mula dibeli. Jadi jangan lepaskan peluang sebelum stok kehabisan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Antara cabaran yang ramai dihadapai oleh kita terutamanya lelaki bujang sepanjang bulan Ramadan ialah untuk bangun bersahur. Kalau tidak kena gaya memang akan terlajak tidur dan gagal bangun bersahur.
Bila itu berlaku mahu atau tidak terpaksalah berpuasa dengan penuh dugaan sepanjang hari dengan perut yang kosong.
Di seluruh dunia, umat Islam memparaktikan pelbagai cara untuk bangun sahur. Malah di beberapa buah negara ia seakan menjadi tradisi dalam komuniti untuk mengejutkan orang bangun sahur.
Di Indonesia, kita sering lihat video-video tular di laman media sosial bagaimana mereka dengan pelbagai cara unik mengejutkan jiran tetangga untuk bangun sahur.
Ada yang menggunakan gendang. Tidak kurang juga yang berselawat atau bernyanyi ramai-ramai.
Namun lain pula pendekatan yang dilakukan oleh seorang lelaki dari Megelang Jawa Tengah. Dia mendapat idea untuk menawarkan khidmat mengejutkan orang untuk bangun sahur dengan panggilan telefon.
Jejaka bernama Khoirul Anam itu dilihat mempromosikan perkhidmatannya menerusi laman Instagram kendaliannya @anam_chenel. Memetik laporan Tribunnews, perkhidmatan unik yang ditawarkan oleh Khoirul Anem itu mendapat perhatian warganet. Ini kerana dia telah berjaya mendapatkan seramai 11 orang pelanggan buat pertama kalinya.
Jelasnya, “Pada puasa pertama, ramai yang hubungi saya untuk bantu kejutkan bersahur. Anggaran dalam 11 orang. Bagaimanapun hanya tiga orang sahaja mengangkat telefon, selebihnya masih lena. Saya telah hubungi mereka sebanyak tiga kali, jika tidak bangun, saya hubungi orang lain,” katanya.
TRambahnya lagi perkhidmatan itu adalah percuma di seluruh Indonesia. “Ya, saya memang lakukan secara percuma, kalau mengenakan bayaran bimbang saya tertidur. Kalau percuma sama-sama tidak rugi.
“Saya akan hubungi mereka bermula jam 2 pagi hingga waktu Imsak dan ingin saya tegaskan, ia hanya dilaksanakan sepanjang Ramadan sahaja,” ujarnya yang gembira kerana ramai memberi sokongan terhadapnya.
Hebahan promosi perkhidmatan ‘jasa bangun sahur’ yang ditawarkan olehnya menjadi bualan hangat warganet. Rata-rata menyifatkan ia satu usaha yang unik selain memudahkan golongan bujang bangun untuk bersahur bagi menjalani ibadah puasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk pengetahuan anda, disleksia bukanlah satu penyakit tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya seseorang itu mengalami masalah pembelajaran seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Apapun mungkin selepas ini kita harus lebih berhati-hati dalam menilai seseorang kerana kita tidak tahu apa yang mereka alami dan ini 6 lelaki hebat yang hadapi sindrom disleksia ini.
Siapa yang tidak kenal Muhammad Ali, peninju yang berkarisma ketika era kegemilangannya pada 1970-an. Malah peminat-peminat mesti mengingati satu persatu pertarungan beliau termasuklah dengan Joe Bugner di Malaysia bukan?
Namun, apa yang masih tidak diketahui oleh ramai pembaca adalah Muhammad Ali adalah penghidap Disleksia sejak daripada kecil sehingga hampir tidak dapat menamatkan pengajiannya di sekolah tinggi. Ironinya, anak beliau, Laila Ali juga menghadapi Disleksia sepertimana beliau.
Pencipta telefon ini sebenarnya adalah penghidap Disleksia. Namun ia tidak bermakna beliau tidak boleh berjaya sebagai seorang saintis dan jurutera. Untuk pengetahuan anda, isteri beliau adalah penghidap pekak.
Percayakah anda bahawa pelakon kesayangan anda ini penghidap Disleksia? Percayalah bahawa beliau adalah juga salah seorang daripada ribuan penghidap Disleksia. Ini diakui sendiri oleh beliau sebagaimana berkata,
“Dyslexia is not due to lack of intelligence, it’s a lack of access. It’s like, if you’re dyslexic, you have all the information you need, but find it harder to process.”
Jurrasic Park, Catch Me If You Can, Artifical Inteligence adalah antara judul filem pecah panggung yang diarahkan oleh Steven Spielberg. Sebagai antara pembikin filem paling berjaya di Amerika Syarikat, dia tidak terlepas daripada kekurangan dan sebenarnya menghidap disleksia. Berusia 69 tahun, hanya sekitar 2007 barulah dia mengaku yang sebenarnya disleksia ada dalam diri. Hakikat sebenarnya, kekurangan itulah yang menjadikan dia sebagai seorang pengarah yang berjaya.
Bergelar penyanyi Rap, sudah pasti setiap patah perkataan menjadi mainan untuk dia membentuk seni kata Rap yang menarik untuk diiringi bersama lagu. Di sebalik kebolehannya bermain dengan setiap patah perkataan, dia sebenarnya adalah penghidap disleksia dan hanya menyedari perkara itu ketika berusia 28 tahun.
Siapa sangka individu yang miliki empayar perniagaan jutaan ringgit sebenarnya mengalami disleksia.Menurut Aliff Syukri lagi, dia mula menyedari menghidap sindrom disleksia ketika umurnya 20-an apabila tidak tahu membezakan kiri dan kanan, lambat membaca serta memahami sesuatu perkara. Kerana itu, anak sulungnya juga turut mewarisi sindrom yang dialami dan terpaksa menghantar ke sekolah khas.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang turut merupakan penghidap sindrom berkenaan.
Bukan itu sahaja, terdapat juga kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian tertentu dalam sistem sarah mereka. Ini merupakan faktor neorobiologikal di mana kortek penglihatan otak ialah bahagian korteks serebrum yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan penglihatan. Jadi, masalah pemprosesan visual menyebabkan seseorang sukar membaca.
Ciri-Ciri Penghidap Disleksia?
Kebiasaan dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya ‘b’ dianggap ‘d’ dan ‘p’ dianggap ‘q’.
Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
Boleh Diubat?
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Masalah ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang