Dikenali dan dihormati sebagai seorang tokoh politik yang berprinsip tinggi serta memperjuangkan keadilan sosial, hak asasi manusia, dan reformasi politik.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah berjaya menduduki tempat ke-15 dalam senarai The World’s 500 Most Influential Muslims (Muslim Paling Berpengaruh) bagi edisi 2025, yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) dari Jordan.
PMX
Menurut laporan Malay Mail , ini merupakan peningkatan buat Anwar, yang pada tahun sebelumnya berada di tangga ke-17 dalam kategori yang sama.
Berita pengiktirafan ini turut dikongsikan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kejayaan tersebut melalui aplikasi X.
Ads
Nga menyatakan bahawa Anwar adalah contoh pemimpin yang mampu memimpin masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Dalam penerbitan tersebut, Anwar disenaraikan bersama nama-nama besar lain seperti Raja Jordan, Raja Abdullah II Al-Hussein, yang menduduki tempat pertama, dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul-Aziz Al-Saud (kelima), serta Presiden Indonesia, Prabowo Subianto (ke-18).
Dalam kenyataan medianya pada hari ini, Honda Malaysia Sdn. Bhd. mengumumkan pelantikan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Hironobu Yoshimura yang meneruskan legadi Madoka Chujo.
Hironobu Yoshimura dilaporkan telah memulakan tugasnya di Honda Malaysia secara rasminya bermula 1 April 2022. Beliau memiliki pengalaman selama 34 tahun bersama Honda dengan kepakarannya membangunkan beberapa sektor penting sebelum ini seperti Perancangan Korporat, Perancangan Perniagaan, Pemasaran dan Khidmat Selepas Jualan.
Selepas menerajui pelbagai peranan di syarikat tersebut di Jepun, Thailand dan Pakistan kini tiba gilirannya untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘rumah’ terbarunya.
Sebelum pelantikan ini, Hironobu Yoshimura telah berkhidmat di Pakista dengan menggalas jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Atlas Car Limited.
Berikutan perlantikan terbarunya, Hironobu Yoshimura berkata “Saya berasa cukup teruja untuk memegang peranan baharu di Honda Malaysia. Malaysia merupakan negara yang cukup unik dan mempunyai latar belakang cukaya dengan masyarakat majmuk.
“Madoka Chujo yang terdahulu memegang jawatan ini telah berjaya membina jenama Honda menjadi sangat berjaya di Malaysia malah sebagai antara peneraju teknologi automotif di rantau ini. Apa yang paling penting juga ialah Honda Malaysia telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dalam tahun-tahun sebelum ini.
“Saya ingin meneruskan legasi ini dan membawa syarikat mengharungi kondisi perniagaan post-pandemik dengan lebih positif dan membina lebih kekuatan di masa akan datang,” tambahnya lagi.
Beliau turut mengumumkan sebanyak tiga model dari segmen berbeza telah berjaya menduduki rangga pertama untuk Suku 1 tahun 2022. Model tersebut ialah City, City Hatchback dan Civic yang terbaharu.
Sementara itu, Madoka Chujo akan kembali ke Jepun meneruskan tugas dengan jawatan baharu di Honda Motor Co., Ltd. dalam bahagian Automobile Operations Sales Supervisory Units, Sales Divisyen.
Selamat datang dan maju jaya MASKULIN ucapkan kepada Hironobu Yoshimura!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda pernah berkunjung ke Indonesia terutamanya di Jakarta, perkataan ‘Gojek’ pastinya akan terpampang di mana-mana sahaja. Ia merupakan ‘buah fikiran’ Nadiem Makarim, pengasas Gojek, adalah salah seorang tokoh perniagaan paling berpengaruh di Asia.
Dilahirkan pada tahun 1984 di Indonesia, beliau mendapat pendidikan tinggi di Brown University, Amerika Syarikat, sebelum melanjutkan pengajian ke Harvard Business School.
Sebelum memulakan Gojek, beliau bekerja di McKinsey & Company, sebuah firma perundingan perniagaan global yang memberinya pendedahan luas terhadap dunia korporat dan strategi perniagaan.
Namun, jiwa usahawannya mendorongnya untuk meninggalkan pekerjaan stabil dan meneroka industri teknologi.
Dari satu idea kecil untuk menyelesaikan masalah pengangkutan di Jakarta, beliau berjaya membangunkan Gojek menjadi salah satu syarikat teknologi paling berjaya di Asia Tenggara.
Kali ini MASKULIN ingin berkongsi kisah inspirasi bagaimana Nadiem Makarin berdepan pelbagai cabaran dan kegagalan sebelum mengangkat nama Gojek menjadi syarikat unicorn pertama di Indonesia!
Ketika Nadiem memulakan Gojek pada tahun 2010, kebanyakan orang menganggap ideanya tidak masuk akal. Industri teksi motosikal (ojek) ketika itu dianggap sebagai pekerjaan tidak formal dan tidak mempunyai prospek besar dalam ekonomi digital.
Nadiem berdepan kesukaran meyakinkan pelabur untuk membiayai Gojek kerana model perniagaannya dianggap tidak mempunyai jaminan kejayaan.
Beliau juga menghadapi cabaran mendapatkan pemandu ojek untuk menggunakan aplikasi teknologi ketika ramai masih bergantung kepada sistem manual.
Sejak awal penubuhannya, Gojek perlu bersaing dengan syarikat gergasi seperti Grab dan Uber yang lebih awal memasuki pasaran Asia Tenggara.
Syarikat-syarikat ini mempunyai modal lebih besar dan kelebihan teknologi yang lebih maju.
Pada peringkat awal, Gojek tidak mampu memberikan subsidi besar seperti pesaingnya, menyebabkan ramai pengguna memilih perkhidmatan lain.
Namun, Nadiem tidak berputus asa dan meneruskan inovasi dengan memperkenalkan Gopay, Gosend, dan Gofood, menjadikan ekosistem Gojek lebih menarik berbanding pesaingnya.
Apabila Gojek semakin berkembang, perkhidmatan ini mendapat tentangan hebat daripada pemandu teksi konvensional yang melihatnya sebagai ancaman kepada mata pencarian mereka.
Terdapat banyak insiden di mana pemandu Gojek diganggu atau diserang oleh pemandu teksi konvensional yang tidak bersetuju dengan kehadiran syarikat ini.
Selain itu, pihak kerajaan pada mulanya tidak mempunyai peraturan jelas mengenai perkhidmatan ride-hailing motosikal, menyebabkan Gojek menghadapi pelbagai halangan birokrasi.
Nadiem terpaksa bekerja keras untuk meyakinkan pihak berkuasa bahawa syarikatnya memberi manfaat kepada ekonomi dan pengguna.
Sebagai seorang pemimpin syarikat teknologi yang berkembang pesat, Nadiem berdepan tekanan besar dalam memastikan Gojek terus berkembang.
Pada tahun-tahun awal, beliau sering menghadapi masalah kewangan kerana syarikat membakar wang dengan cepat untuk mendapatkan pengguna dan memperluaskan operasi.
Di sebalik kejayaan Gojek, Nadiem juga menghadapi dilema peribadi tentang bagaimana untuk mengimbangi tuntutan kerja dan kehidupan peribadi.
Akhirnya, pada tahun 2019, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Gojek dan menerima pelawaan untuk menjadi Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia.
Selepas kejayaan besar dalam sektor teknologi, Nadiem membuat keputusan mengejutkan dengan menyertai kabinet Presiden Joko Widodo pada tahun 2019 sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia.
Peralihan ini menunjukkan minat beliau untuk memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat melalui reformasi pendidikan.
Sebagai menteri, beliau memperkenalkan konsep “Merdeka Belajar”, yang bertujuan untuk memberikan kebebasan kepada institusi pendidikan dalam membentuk kurikulum yang lebih fleksibel dan relevan dengan keperluan dunia moden.
Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan teknologi dalam pendidikan melalui pelbagai inisiatif digital bagi memastikan pembelajaran lebih interaktif dan berkesan.
Pada tahun 2021, Nadiem dilantik sebagai Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi Indonesia, setelah kementeriannya digabungkan dengan Kementerian Riset dan Teknologi.
Dalam peranan ini, beliau terus memperjuangkan inovasi dalam sistem pendidikan dan memperkenalkan inisiatif untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi serta memperkukuhkan penyelidikan dan pembangunan teknologi di Indonesia.
Selepas mengharungi pelbagai cabaran, Gojek berkembang menjadi salah satu syarikat teknologi terbesar di Asia Tenggara. Antara kejayaan terbesar Nadiem termasuk:
Kejayaannya menjadikan beliau antara ahli perniagaan paling berpengaruh di Indonesia dan Asia kerana beliau bukan sahaja mencipta syarikat teknologi yang berjaya tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada berjuta-juta orang melalui ekosistem Gojek.
Pengaruhnya semakin meluas dalam dunia pendidikan melalui inisiatif transformasi yang dibawanya dalam sistem pendidikan negara.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baru-baru ini, pelakon Mohd Zulikmal Amry Ghazali, lebih dikenali dengan nama Ikmal Amry, mengambil langkah besar dalam kariernya dengan menyertai program realiti ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ (WYB).
Pada usia 30 tahun, Ikmal mengakui bahawa keputusan ini adalah sebahagian usaha untuk menepis stereotaip yang selama ini mengaitkannya dengan peranan sebagai hero romantik dalam drama.
Sebelum ini Ikmal Amry pernah berkongsi bagaimana badannya yang maintain sado. Tak terlalu besar dan tak terlalu kurus. Just nice!
Ikmal Amry (IA): Bagi Am, 80 peratus penyebab badan cantik adalah kerana dietnya. Senaman itu hanya mempengaruhi 20 peratus daripada proses tu.
Jika bersenam 5 jam sehari tetapi tak menjaga pengambilan gula atau nasi, susah nak nampak perubahan pada badan. Sebab tu ramai yang merungut tak nampak result – sebabkan diet.
IA : Am ada jadual diet. Sebabkan dulu kurus, bulan pertama adalah masa untuk naikkan berat badan. Jadi Am ‘bantai’ makan je. (ketawa)
Masuk bulan kedua, kuantiti itu dikurangkan sedikit demi sedikit. Minggu pertama, cut gula waktu siang. Minggu kedua, cut gula terus-menerus. Diet tak akan berkesan jika tergesa-gesa, jadi korang kena relaks dan sabar.
Jangan bahayakan badan kerana simptom ‘badan terkejut’. Am sendiri pernah berhenti ambil gula selama dua hari dan badan mula menggeletar dan lembik. Rasa lesu, menggigil dan terasa nak demam. Doktor pun kata benda yang sama.
Sebab itulah ia perlu dilakukan step by step dan mengikut tubuh masing-masing. Lain orang lain cara.
IA : Lelaki atau perempuan, pertama sekali kena niat. Tetapkan dulu kenapa korang nak badan cantik.
Kedua, kena ada target. Dulu, Am memilih gambar badan idaman saya. Korang akan lebih komited kalau ada inspirasi dan target.
Lastly, kena ada ilmu tentang diet dan workout. Kalau buat ikut suka tanpa rujukan, memang impian kamu susah nak tercapai.
Jadi ada 3 perkara – niat, sasaran dan ilmu.
IA : Dua tahun Am workout tanpa ilmu. Sampai satu tahap diri sendiri confuse, “Kenapa badan aku ni tak jadi?”
Selepas bergaul dengan kawan yang ada ilmu barulah Am kembali on track. Diet yang betul, berapa kalori sehari dan cara gunakan alatan di gym. Berapa berat yang Am perlu angkat sehari, apa sasaran yang nak achieve. Barulah ada displin, badan pun tak terkejut.
Sebab itu better ada gym buddy yang berpengalaman.
Jangan lupa saksikan program realiti kecergasan paling mantap, ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ yang akan mula ditayangkan bermula 29 November, setiap Jumaat jam 9 malam di saluran Astro Ria!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.