Pengacara,pelakon dan penguasaha Dato AC Mizal bersama Syarikat penyelia makanan Pollo Mendi yang menyediakan hidangan Arab kini menemui anda yang gemarkan makanan bercirikan instant food. Apa yang menariknya adalah, makanan yang dihidangkan adalah makanan Arab yang anda boleh dapatkan dalam bentuk frozen.
Antara kelebihan Pollo Mendi, semua makanan yang disajikan adalah halal dan makanan yang dibekalkan sepenuhnya oleh ‘Central Kitchen’ yang terletak di Puchong. Ramai yang tertanya-tanya mengapakah Dato AC Mizal ingin berkolaborasi dengan Pollo Mendi yang telah berada di pasaran sejak 2015 lagi.
Selain itu, uniknya makanan ini apabila pelanggan boleh menikmati sajian mereka dalam kadar yang cepat iaitu kurang daripada dua minit dimana mereka hanya perlu memanaskan sahaja instant food tersebut.
“Konsep yang diamalkan adalah tiada chef. Hanya perlu buka plastik, panaskan dan makan. Oleh itu. semua orang boleh jadi chef, malah saya sendiri yang tak reti masak air ini pun boleh pakar dalam masakan bila di Pollo Mendi.,” katanya ketika sidang media bertempat di One City pada Isnin.
Ads
Ads
Tambahnya lagi, AC turut berkongsi sebab dia ingin turut serta sebagai rakan kongsi dalam perniagaan ini.
“Awalnya pihak Pollo Mendi ingin menjadikan saya sebagai duta produk, namun saya rasa berbesar hati apabila kami sebulat suara untuk menguasahakan produk terbaru ini. Selain daripada mempunyai kekuatan dalam pemasaran, usahasama saya dengan pihak Pollo Mendi ini juga adalah disebabkan saya mempunyai pengikut di Instagram dan ini sedikit sebanyak akan membantu dalam promosi pemasaran.”
Ads
Antara faktor utama kolaborasi Dato AC Mizal juga adalah untuk membantu golongan bumiputera bagi memiliki restoran mewah dengan harga mampu milik yang mempunyai sistem operasi yang tersusun.
Untuk makluman lanjut berkenaan peluang-peluang perniagaan bersama Pollo Mendi, dan Eeman RTE, sila hubungi Encik Fazli di talian 019-2718445.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam banyak-banyak pakaian anda di dalam almari, kami tahu seluar jeans paling banyak digunakan. Dari Isnin sehingga jumaat jeans akan digunakan untuk tampil menarik dan casual. Tetapi adakah anda benar-benar tahu cara mencuci jeans dengan cara yang betul? Adakah anda membuat apa-apa kesilapan ketika mendobi yang mungkin menjejaskan kualiti denim kegemaran anda? Baca terus untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Kerap cuci jeans
Idealnya, anda hanya perlu membasuh seluar jeans anda setiap 5 hingga 10 kali memakai. Menurut penggemar jeans dan yang arif dalam denim, semakin lama anda pakai tanpa mencuci, semakin baik seluar jeans anda akan kelihatan.
Air sejuk dan Cuka
Pastinya seluar jeans akan memudar setelah sekian lama anda memakainya. Jika anda bimbang memudar denim anda, rendam seluar jeans anda dalam air sejuk dan cuka selama sejam untuk menghalang warna luntur.
Cara membasuh
Mesin basuh
Jika anda menggunakan mesin basuh, anda perlu terbalikkan seluar jeans anda ke dalam. Bukan sahaja ia mengelakkan pudar, ia juga memastikan bahawa bahagian dalamnya dibersihkan dengan teliti.
Cuci tangan
Kepada yang tiada mesin basuh tu, pasti anda akan mencuci tangan seluar jeans anda. Rendamnya dalam campuran air sejuk dan detergen. Pijak menggunakan kaki untuk mengeluarkan kesan kotoran degil selama beberapa minit, bilas dan kemudiannya sidai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pabila berbicara mengenai dunia muzik hari ini, pelbagai perkara mahupun insiden berlaku dalam dunia muzik hari ini. Apatah lagi jika kita fokus kepada peringkat global, begitu banyak senario berlaku yang menjadikan dunia muzik hari ini lebih menarik. Sama ada pendatang baru mahupun mengenai sesuatu anugerah, semuanya dilihat sebagai titik tolak dalam menjadikan industri muzik lebih hidup!
AURA ADELE & KELAHIRAN 25
Kehadirannya dalam industri muzik memberi satu fenomena baru dalam industri muzik sedunia. Kemenangannya membawa pulang enam trofi termasuk dua anugerah utama, Lagu Terbaik juga Album Terbaik pada Grammy Awards 2015 lalu, membuktikan Adele ini penyanyi yang berkualiti. Baik dari segi nyanyian, penciptaan lagu mahupun penulisan lirik. Kali ini, kemunculan Adele bersama album ketiganya, 25 sekali lagi menjadi fenomena besar dalam industri muzik global. Kejayaan album itu meraih kutipan lebih dari 8 juta di U.S dilihat sebagai kemenangan besar dalam karier seninya. Pihak media di sana melaporkan bahawa kejayaan album 25 ini adalah yang paling terbaik selepas tahun 2011 di mana menyaksikan penyanyi Usher menerima kutipan sebanyak 10.3 juta pada tahun 2004.
INSIDEN TAYLOR SWIFT & KANYE WEST
Barangkali insiden yang berlaku di MTV Music Music Awards 2009 adalah di antara momen yang tidak mudah dilupakan bagi pencinta muzik. Riuh-rendah seketika di saat Kanye West memotong ucapan Taylor Swift yang menerima anugerah Best Female Video menerusi lagu You Belong With Me pada ketika itu.
“”Yo Taylor, I’m really happy for you, I’ll let you finish, but Beyoncé has one of the best videos of all time. One of the best videos of all time!” – Kanye West
Kejayaan Taylor yang mengalahkan diva popular, Beyonce menerusi video muzik Single Ladies (Put a Ring On It) menyebabkan Kanye berasa tidak puas hati lalu bertindak secara melulu. Pelbagai kritikan yang diterima oleh Kanye terhadap perbuatannya itu. Namun, pada anugerah Grammy 2016, menyaksikan Taylor Swift mengungguli anugerah Album Terbaik menersi album 1989. Dalam ucapan kemenangannya, Taylor sempat memberi sindiran kepada Kanye yang berlaku tidak adil kepada diri dan juga kejayaannya.
“As the first woman to win album of the year twice, I want to say to all the young women out there, there are going to be people along the way who will try to undercut your success or take credit for your accomplishments or you fame,”- Taylor Swift
SELAMAT TINGGAL DAVID BOWIE
Kehilangannya dirasai buat peminat muzik rock&roll. Siapa sangka, penyanyi berkaliber ini menghabiskan riwayat hidupnya pada usia 69 tahun akibat kanser. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Life on Mars ini menjadikan dunia muzik sepi seketika. Trademak corak kilat berwarna serta album Ziggy Stardustnya itu akan senantiasa menjadi titik tolak dalam menjadikan genre rock&roll mahupun glam rock sebagai genre yang menarik dan harus didengar oleh setiap lapisan masyarakat.
KEHADIRAN SAM SMITH
Stay With Me, Lay Me Down dan I’m Not The Only One merupakan taruhan utama buat penyanyi yang berasal dari negara Britain ini. Sama seperti Adele, kejayaan meraih 4 anugerah termasuk dua anugerah utama, Rekod Terbaik serta Lagu Terbaik pada anugerah Grammy 2014 menjadikan Sam seorang artis baru yang harus diberi perhatian. Setiap penulisan lagunya dicoret berdasarkan apa yang terjadi pada dirinya. Pernah dikecam di saat Sam memberi kenyataan di mana dirinya seorang gay, tidak pernah mematahkan semangat dirinya untuk berjaya. Hari ini, orang ramai menjadikan muziknya sebagai inspirasi untuk sentiasa percaya pada diri.
PERANG LAGU MARIAH CAREY & EMINEM
Ingat lagi lagu Obsessed dari diva terkenal Mariah Carey? Bagaimana pula dengan lagu The Warning dari kumpulan Eminem. Perbalahan kedua nama besar dalam dunia muzik menjadi perhatian ramai orang suatu ketika. Setiap lirik yang dibait dalam lagu The Warning jelas ia ditujukan kepada Mariah. Berbaur negatif, lagu itu mendapat kritikan dari sesetengah pihak. Masih tidak berpuas hati pada perkahwinan Mariah bersama Nick Cannon, Eminem menghasilkan lagu bertajuk Bagpipes from Baghdad, sindiran kepada Nick Cannon kerana memiliki Mariah. Hasilnya, Mariah pula membalas dengan lagu Obsessed. Apa yang menariknya, video muziknya menarik perhatian ramai apabila Mariah sendiri berpakaian lelaki seolah-olah menyerupai Eminem dalam video tersebut. Barangkali, isu ini men jadi antara isu terhangat dalam industri muzik dunia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lumrah bagi seorang lelaku, bila beli beg duit atau wallet yang baru memang dia gunakan dengan lama. Malah kebanyakan lelaki akan pakai wallet itu sampai lunyai.
Pasti anda pun boleh relate dengan tabiat seperti di atas, bukan?
Membeli wallet baharu merupakan satu hal cukup penting untuk lelaki. Ingat, wallet merupakan beg yang membawa pelbagai pengenalan diri yang penting. Bukan hanya wang ringgit malah pelbagai kad juga dibawa oleh wallet anda ke mana sahaja.
Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis wallet yang ditawarkan. Jika bercakap daris egi material ramai yang mungkin lebih suka dan gemar menggunakan wallter diperbuat daripada kulit asli. Ia bukan sahaja lebih tahan lama malah rekaannya lebih cantik dan versatil.
Untuk rekaan lebih moden ada juga wallet yang diperbuat daripada material fabrik, bahan sintetik serta kulit tiruan. Ia tidaklah setahan lasak diperbuat daripada kulti asli namun mempunyai versatiliti daris segi penggunaan warna dan rekaan.
Bagi memilih wallet yang baik untuk anda, MASKULIN sertakan 5 tip boleh anda buat rujukan. Ikuti tip daripada kami di bawah:
REKAAN RINGKAS
Lebih ringkas lebih baik! Lelaki tidak perlu rekaan yang terlalu rumit bila bercakap tentang wallet. Pilihlah wallet dengan rekaan yang ringkas dan boleh dipadankan dengan penampilan anda sama ada untuk lebih smart atau kasual.
Dari segi warna pula pilihlah yang sesuai dengan sifat kelelakian anda seperti hitam, kelabu, coklat dan biru gelap. Buat anda lebih berani boleh juga berkepierimen dengan warna seperti merah, hijau dan beige.
JENAMA BERKUALITI
Bukan selalu anda membeli wallet, bukan? Jadi usahlah kedekut untuk belanja lebih sedikit untuk dapatkan wallet yang berkualiti dari jenama yang dipercayai.
Tak salah kalau beli yang mungkin lebih mahal sedikit kerana ia boleh bertahan lama. Berbanding beli yang murah tapi pakai tak sampai tiga bulan sudah koyak sana sini.
Pemilihan wallet dengan saiz sesuai sangat penting. Bandingkan dengan saiz wallet anda gunakan sebelum ini. Dapatkan saiz yang lebih kurang sama kerana itulah saiz yang sudah biasa untuk anda.
Sebelum bertukar kepada wallet baru, buanglah mana-mana kad atau kandungan yang tidak perlu dalam wallet terdahulu. Dengan menyimpan apa yang perlu anda akan dapat tahu saiz sesuai untuk kegunaan wallet baharu.
Pernah tak tengok mana-mana rakan anda yang ada wallet bukan main tebal dengan segala macam perkara disumbatnya. Bila diletakkan di poket belakang terus nampak terbonjol. Usah lakukan begitu.
Sebaiknya lelaki perlu pastikan wallet menjadi senipis yang mungkin. Pilih wallet yang ada ruang simpanan memadai dan tidak keterlaluan. Ia harus mudah dibawa dan juga disimpan!
BAHAN TAHAN LASAK
Seperti MASKULIN katakan tadi, wallet diperbuat daripada kulit asli memang lebih tahan lasak. Namun terdapat juga beberapa material lain yang mempunyai ketahanan yang baik. Penggunaan bahan sintetik masa kini juga tidak kurang hebatnya.
Periksa ketebalan material yang digunakan serta perhatiankan kualiti jahitannya.
Semoga tip ini mampu membantu anda m]endapatkan wallet terbaik untuk kegunaan berpanjangan dan lebih lama. Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.