POWER SLAP-MASKULIN-1
Foto: UFC

Sukan melibatkan penggunaan fizikal yang ekstrem sering berjaya mencuri perhatian terutamanya lelaki. Walaupun kadangkala ia boleh mendatang kecederaan serius tapi tidak tahu mengapa, ia sentiasa popular terutamanya di Amerika Syarikat atau Eropah. Sensasi sukan ekstrem terkini yang cukup kontroversi, Power Slap kian mencuri perhatian ramai.

Penganjuran sukan tempur yang ekstrem seperti mix martial arts (MMA) semakin hari semakin popular. Di Amerika Syarikat, nama UFC memang cukup sebati dengan sukan tempur yang cukup ‘brutal’.

Power Slap, Sukan Ekstrem ‘Makan Penampar’ Kini Kian Popular – Apa Perlu Anda Tahu

Presiden UFC, Dana White yang dilihat menjadi tokoh utama mengetengahkan sukan tersebut ke peringkat luar biasa seperti sekarang ingin sekali lagi mencabar dunia dengan memperkenalkan, Power Slap.

Dana Whita memainkan peranan penting dalam mempopularkan sukan Power Slap di peringkat global. Pada tahun 2022, dia mengumumkan inisiatif untuk membawa sukan ini ke arus perdana dengan melancarkan “Power Slap League.”

Melalui pengaruh dan pengalamannya dalam memasarkan UFC, Dana White berjaya menarik perhatian media dan penonton global terhadap Power Slap.

Power Slap, Sukan Ekstrem ‘Makan Penampar’ Kini Kian Popular – Apa Perlu Anda Tahu
Foto: UFC

Dia berazam menjadikannya sebagai salah satu sukan ekstrem yang semakin dikenali dan dihormati di seluruh dunia.

Inisiatif ini juga termasuk peraturan keselamatan yang lebih ketat dan struktur pertandingan yang lebih profesional, yang seterusnya meningkatkan kredibiliti dan daya tarikan sukan ini.

APA ITU POWER SLAP

Menurut laman sesawang rasminya menyatakan, Power Slap merupakan organisasi pertarungan tamparan terulung di dunia, dilesenkan dan dibenarkan oleh Suruhanjaya Olahraga Negeri Nevada.

IKLAN

Power Slap menampilkan pesaing dari seluruh dunia yang bertarung di pentas terbaik untuk mempamerkan kuasa, teknik dan keazaman mereka.

Sejarah Power Slap bermula sebagai satu bentuk hiburan yang tidak formal di kalangan komuniti tertentu, di mana peserta akan menampar muka lawan sebagai satu cabaran ketahanan.

Power Slap, Sukan Ekstrem ‘Makan Penampar’ Kini Kian Popular – Apa Perlu Anda Tahu
Foto: UFC

Walaupun tiada tarikh tepat mengenai permulaan sukan ini, ia mula mendapat perhatian umum di Rusia pada awal 2000-an. Populariti sukan ini terus berkembang, dan ia menarik perhatian penonton dari pelbagai negara.

Pada tahun 2017, sukan ini mendapat perhatian global melalui platform media sosial dan YouTube, di mana video-video pertandingannya menjadi viral. Dengan peningkatan minat, beberapa negara mula mengadakan pertandingan rasmi dan menetapkan undang-undang untuk memastikan keselamatan peserta.

Power Slap kini diiktiraf sebagai sukan ekstrem yang mempunyai pengikut setia dan penonton yang semakin bertambah.

IKLAN

Populariti sukan ini tidak terhad kepada satu negara sahaja, malah ia berkembang ke seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Brazil, dan negara-negara Eropah.

Antara faktor yang menyumbang kepada populariti Power Slap adalah kemampuannya untuk menawarkan hiburan yang mendebarkan dan luar biasa.

Penonton dapat menyaksikan kekuatan fizikal dan ketahanan mental peserta, yang menjadikan setiap pertandingan sesuatu yang menarik dan tidak dapat diramalkan.

PERATURAN PERLAWANAN POWER SLAP

Power Slap mempunyai undang-undang yang ketat untuk memastikan keselamatan dan keadilan dalam setiap pertandingan. Berikut adalah beberapa undang-undang asas dalam sukan ini:

  1. Pertandingan Satu Lawan Satu: Pertandingan biasanya diadakan antara dua peserta yang akan bergilir-gilir menampar muka lawan.
  2. Posisi dan Teknik: Peserta mesti berdiri dalam posisi yang telah ditetapkan dengan tangan di belakang dan kaki dalam kedudukan stabil. Teknik tamparan juga penting, di mana hanya bahagian telapak tangan yang boleh digunakan untuk menampar.
  3. Giliran Menampar: Setiap peserta diberikan giliran untuk menampar dan menerima tamparan. Giliran ini diatur dengan cara undian atau keputusan pengadil.
  4. Masa: Terdapat had masa untuk setiap tamparan, biasanya beberapa saat sahaja, bagi memastikan peserta tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk bersiap.
  5. Penilaian: Pertandingan dinilai berdasarkan ketepatan, kekuatan, dan kesan tamparan. Peserta yang tidak dapat meneruskan pertandingan atau terjatuh dianggap kalah.
  6. Keselamatan: Penggunaan alat pelindung seperti pelindung mulut adalah wajib. Pengadil juga hadir untuk memastikan setiap tamparan adalah sah dan selamat.
Power Slap, Sukan Ekstrem ‘Makan Penampar’ Kini Kian Popular – Apa Perlu Anda Tahu
Poster promo

KONTROVERSI

Sukan ekstrem seperti ini tidak terlepas daripada kontroversi, terutama sekali berkaitan aspek keselamatan dan etika sukan ini. Kritikan utama datang daripada pakar perubatan dan penggiat sukan yang bimbang tentang risiko kecederaan serius, termasuk gegaran otak dan trauma kepala yang lain.

IKLAN

Tindakan menampar dengan kekuatan penuh di muka dianggap oleh sesetengah pihak sebagai tindakan yang berbahaya dan tidak bertanggungjawab.

Selain itu, ada juga pandangan yang mengatakan bahawa Power Slap mempromosikan keganasan dan tidak sesuai dijadikan sebagai sukan arus perdana.

BACA: 10 Baju Polo Terbaik Lelaki Di Pasaran, Pilihan Gaya Wajib Ada!

Kontroversi ini menimbulkan perdebatan mengenai masa depan Power Slap dan sama ada ia boleh bertahan sebagai sukan yang selamat dan diterima secara meluas.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI