SNEAKERS PREMIUM ADIDAS

Kolaborasi label mewah dengan jenama sukan dan gaya hidup popular kini sudah menjadi trend yang cukup digemari penggemar fesyen. Di antara jenama high fashion yang mengambil kesempatan ini ialah PRADA dengan melakukan kolaborasi bersama jenama gergasi sukan dari Jerman, adidas.

Sebelum ini kedua-dua jenama ini pernah menampilkan kolaborasi menerusi koleksi adidas Superstar x PRADA yang cukup popular terutamanya di kalangan sneakerhead. Dan kini mereka sekali lagi berkolaborasi menampilkan model atau silhouette yang lebih moden.

PRADA x adidas A+P LUNA ROSSA 21, Sneakers Premium Inspirasi Kapal Layar

Kemunculan sneakers kolaborasi ini sudah diperkatakan baru-baru ini apabila fotonya dikongsi oleh Sean Wotherspoon, nama yang cukup terkenal di dalam industri streetwear dan fesyen kotemporari.

Sneakers terbaru ditampilkan PRADA dan adidas dikenali sebagai A+P LUNA ROSSA 21. Lebih menarik, ia sebenarnya merupakan model baharu yang dihasilkan berdasarkan inspirasi daripada model bot layar AC75 Luna Rossa. Ia juga membawa rekaan simbolik elegan PRADA dan seleksi kasut adidas yang dihasilkan pada masa lalu.

KUALITI TERTINGGI

Malah ramai pemerhati fesyen beranggapan model kolaborasi ini lebih bersifat ‘PRADA’ berbanding adidas. Namun begitu ia masih mengekalkan kualiti produksi yang cukup sinonim dengan kasut keluaran adidas.

Sebagai contoh, bahagian atas atau upper dihasilkan daripada bahan prestasi tinggi kitar semula digelar sebagai PRIMEGREEN. Manakala bahagian E-TPU luarannya pula mempunyai sifat hidrofobik atau kalis air.

PRADA x adidas A+P LUNA ROSSA 21, Sneakers Premium Inspirasi Kapal Layar PRADA x adidas A+P LUNA ROSSA 21, Sneakers Premium Inspirasi Kapal Layar

BACA: Jenis-Jenis Kasut Kasual Untuk Kegunaan Di Pejabat & Majlis Formal

Rekaannya juga lebih ergonomik dengan bentuknya menyerupai kapal layar. Bahagian tapak pula memberikan keselesaan maksima dengan penggunaan teknologi BOOST.

Secara keseluruhannya, PRADA x adidas A+P LUNA ROSSA 21 merupakan sneakers premium yang sleek dan ringan. Buat mereka yang mahu tampi kasual namun dalam masa yang sama masih mengekalkan kualiti terbaik, inilah sneakers yang sesuai.

Ia dijangka bakal dikeluarkan secara eksklusif menerusi laman sesawang PRADA dan adidas serta beberapa butik terkemuka dunia.

Jangan lupa untuk subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki menarik seperti di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=vgZ0LoK90GE&t=2s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI