Dua jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutama di kalangan penggemar fesyen high end dan juga gaya hidup. Selepas ‘mengusik’ penggemar jenama mereka dengan kolaborasi eksklusif beberapa mingu lalu, Prada dan adidas akhirnya memperkenalkan produk kolaborasi sulung mereka.
Prada x adidas mungkin satu perkara yang dianggap mustahil suatu ketika dahulu namun kini kedua-ldua jenama yang memiliki jumlah pengikut ramai berpeluang memperkenalkan hasil kerjasama unik ini.
Istmewanya kolaborasi ini menampilkan sneakers adidas Superstar sebagai model pilihan. Ini merupakan kali pertama Prada melakukan kerjasama seperti ini bersama adidas.
Ads
Sneakers Superstar Prada x adidas ini dihasilkan di Italy oleh Prada dan ia hanya muncul dalam kuantiti terhad iaitu sebanyak 700 pasang sahaja.
Jadi kita boleh anggap kasut kolabarasi ini akan mendapat nilai harga selepas jualan sangat tinggi.
Sneakers ini akan dikeluarkan dalam kategori unisex dengan menampilkan nombor edisinya ditulis dibahagian luar selain logo Prada pada bahagian lidah dan tepi kasut.
Ads
Selain itu bagi meraikan kemunculan sneakers ini, Prada turut memperkenalkan bowling tote bag yang juga dihasilkan daripada kulit putih.
Ads
Kedua-dua item ini bakal dilancarkan di butik terpilih Prada dan adidas terpilih di seluruh dunia.
MASKULIN menjangkakan ia bakal menjadi item rebutan terutama di kalangan selebriti terkenal juga juga penggila fesyen yang ingin tampil menawan dan unik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak lengkap rasanya melakukan perjalanan atau penerbangan jauh tanpa membawa sebarang bagasi atau beg. Ia kini bukan lagi menjadi medium untuk membawa barangan, pakaian dan keperluan ketika merantau semata tetapi tulah menjadi item fesyen dan gaya cukup signifikan.
Salah satu jenama yang sering disebut-sebut menampilkan koleksi bagasi dan beg berkualiti tinggi dan juga sentiasa relevan dengan trend semasa ialah TUMI.
Meneruskan sambungan kempen Essential Beautiful Musim Luruh 2023, TUMI meraikan koleksi Alpha yang telah direka dengan penuh perhatian teliti dan hadir dengan rekaan cukup elegan.
Ia hadir dengan koleksi model Alpha X dan Alpha Hybrid yang menyerlahkan rekaan tersendiri dan hadir dengan lebih 600 paten TUMI dan rekaan berdaftar di seluruh dunia.
Instalasi terbaru dalam kempen ‘Essentially Beautiful’ ini mengukuhkan semula DNA jenama TUMI.
Dengan memberi perhatian kepada salah satu koleksi yang paling terkenal dan disayangi oleh jenama melalui perspektif baru, TUMI menonjolkan inovasi produk, bahan, dan reka bentuk berpaten mereka.
“Kami sentiasa memacu dan mengembangkan diri kami dan koleksi kami ke hadapan, menghasilkan produk berprestasi tinggi yang bukan sahaja memenuhi tetapi melebihi keperluan pelanggan kami,” kata Pengarah Kreatif TUMI, Victor Sanz.
“Koleksi Alpha X bukan sahaja berfungsi sebagai bukti dedikasi kami yang tidak berbelah bagi terhadap ketepatan dan detail tetapi juga menunjukkan usaha kami yang tidak berhenti-henti untuk kualiti dan ketahanan yang berkekalan, menambah kepada koleksi batu penjuru kami Alpha yang para pelancong kami boleh bergantung sepenuhnya,” tambahnya lagi.
Dilancarkan pada Musim Luruh ini dan direka bentuk untuk melebihi kesemua 40 ujian ketahanan TUMI, Alpha X ialah koleksi sisi lembutnya yang terkuat setakat ini, dibuat dengan PX6, fabrik ultra-tahan lama dengan gabungan unik kekuatan tinggi dan kestabilan haba.
Bagasi itu juga menampilkan kemasan tinggi termasuk bahagian luar bercampur keras dan lembut serta perkakasan ‘gunmetal’.
Koleksi Alpha Hybrid baru jenama ini menampilkan pemegang X-Brace 45®, sistem teleskopik aluminium kelas pesawat yang dibina untuk menghadapi setiap pusingan, belokan dan landasan, serta roda reses ganda yang dibuat untuk membawa melalui perjalanan yang paling lancar.
Menggabungkan rupa tanda tangan Alpha dan FXT Ballistic Nylon dengan cengkerang polikarbonat untuk koleksi yang lebih ringan dan tahan lasak, reka bentuk hardside unggul Alpha Hybrid dan penjahitan softside inovatif dibuat untuk perjalanan perniagaan yang kukuh dan mencipta pengalaman ringan yang tertinggi.
Kempen ini juga menampilkan koleksi TEGRA-LITE® jenama dan menyorot bahan Tegris® yang revolusioner. Ia menawarkan kekuatan dan prestasi yang luar biasa. Koleksi Alpha kini tersedia melalui TUMI.com.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bersempena musim perayaan Aidilfitri bakal menjelma, Levi’s memperkenalkan kempen ‘Untukmu Yang Luar Biasa’. Ia hadir dengan tema meraikan sebuah perayaan, kemesraan dan keceriaan.
Lebih menarik ia mengetengahkan ikon bintang muda dan popular tempatan seperti Nadhir Nasar dan Shalma Ainaa serta bakat serantau yang lain. Untuk seleksi kali ini, Levi’s mengajak kita untuk berkongsi momen berharga bersama orang tersayang dengan mengangkat nilai keaslian, refleksi diri serta semangat inklusiviti.
Diambil melalui lensa Amani Azlin, seorang jurugambar terkemuka dari Malaysia, kempen ini menawarkan perspektif visual yang intim dan segar, merayakan identiti individual melalui koleksi pakaian yang santai, harmonis dan selesa.
Koleksi terbaru ini menampilkan baju dan seluar dengan variasi yang luas, dirancang untuk menghormati dan mengangkat personaliti setiap gaya peribadi.
Menggunakan fabrik yang ringan dan dihiasi dengan palet warna pastel yang cerah, koleksi ini sempurna untuk cuaca tropis, memberikan kenyamanan tanpa mengorbankan gaya.
Selain itu, Levi’s juga memperkenalkan padanan baru yang elegan, sesuai sempurna untuk menemani hari-hari panas anda terutamanya pada ketika perayaan menjelang tiba.
Untuk koleksi lelaki, Levi’s menawarkan eksplorasi gaya baru dengan padanan denim dan non-denim yang segar. Ini termasuklah potongan yang lebih longgar dan fabrik yang bernafas.
Nikmati kebebasan bergerak dengan koleksi atas yang nyaman, dari motif klasik hingga corak berani. Denim dan chinos longgar mengingatkan kita pada era ’90-an, dengan jeans Stay Loose 568™ dan jaket ikonik Type I Trucker yang menambahkan sentuhan retro.
Seluar kargo Stay Loose dengan poket utilitinya yang praktis menawarkan potongan modern yang sempurna untuk kerja atau santai. Kemeja Polo Performance, dilengkapi teknologi CoolMax®, menjamin Anda tetap sejuk dan kering sepanjang hari.
Untuk wanita pula, Levi’s menghadirkan berbagai siluet dan potongan yang akan membuat pemakai tampil bergaya, baik saat pulang ke kampung halaman maupun berkumpul dengan keluarga.
Dengan seluar longgar seperti Baggy Dad Wide Leg hingga kargo Baggy, koleksi ini melengkapi gaya atas yang nyaman dan mudah dipakai. Perbarui tampilan harian dengan blus dan gaun baru dalam motif feminin dan fabrik yang halus.
Manakala bagi penampilan yang praktis, padanan skirt Cargo Midi atau Tico Jumper dilengkapi dengan poket untuk menyimpan aktiviti sibuk seharian.
Buat wanita yang lebih berani, padanan padukan kemeja-T oversize dengan lapisan outer seperti jaket Featherweight Trucker dan tutup dengan jean Cropped 501® klasik memberikan penampilan yang tersendiri.
Dengan tawaran harga dari RM79 hingga RM409, koleksi terbaru Levi’s® ini tersedia di Levi.com.my dan di semua butik Levi’s® di seluruh negara mulai Mac 2024.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sneakers putih merupakan jenis footwearyang wajib ada dalam koleksi setiap lelaki. Namun anda haruslan pandai melakukan padanan yang sesuai dengan gaya yang ingin diserasikan.
Ia merupakan item pelengkap fesyen yang mampu membantu seleksi pakaian anda nampak lebih menyerlah!
Bagi MASKULIN, tidak sah bagi seorang lelaki tidak mempunyai sekurang-kurangnya sepasang sneakers putih. Paling mudah padanan bersama shorts ialah sneakers putih daripada material kanvas.
Ia sesuai dipakai dengan pelbagai jenis gaya fesyen dan item pakaian. Jika anda tiada idea untuk suai padankan kasut putih dengan seleksi pakaian anda, ikuti tip yang MASKULIN kongsi di bawah.
Shorts adalah antara pilihan yang paling mudah untuk padanan dengan kasut putih. Namun kadangkala ia juga agak sukar untuk diserlahkan untuk nampak menarik. Apa penyebabnya?
Pilihan kasut terutamanya sneakers yang baik menjadi peranan penting. Untuk dipadankan dengan shorts pilihlah sneakers putih yang dipakai dengan stoking tidak kelihatan dan jenis low-cut.
Padanan hitam dan putih sememangnya sejak zaman-berzaman menjadi pilihan ramai. Umpana ‘ying dan yang’ kedua warna kontras ini saling melengkapi. Seluar jean yang hitam boleh dipadankan dengan kasut putih bagi menyerlahkan ketinggian pemakainya.
Padanan warna monokrom ini juga boleh digayakan pada waktu siang dan malam. Dan ia adalah padanan sempurna untuk majlis santai.
Penggayaan yang agak sukar untuk digayakan namun jika kena caranya pasti ramai yang cemburu dengan penampilan anda. Gaya yang diinspirasikan dari budaya sub Amerika moden ini menyerlahkan sisi anda yang lebih relaks dan out going.
Seluar chinos dengan potongan jogger merupakan antara padanan sesuai dengan kasut putih. Untuk nampak lebih serius, pakailah jaket atau hoodie untuk persona lebih urban.
Antara gaya potongan seluar yang masih relevan hingga kini. Namun biarlah sesuai dengan bentuk jenis badan anda agar tidak kelihatan pelik menggayakan jean potongan ini. Serlahkan gaya ‘rebel’ atau punk rock dengan skinny jeans yang dipadankan dengan sneakers putih.
Jika ingin nampak lebih sofistikated, pemilihan jaket denim atau kulit mampu menyerlahkan sisi maskulin anda.
Ia seakan padanan dari duan dunia berbeza. Namun percaya atau tidak padanan sut bersama sneakers putih boleh menjadi gaya yang cukup menarik.
Untuk ke majlis formal yang lebih santai anda boleh memilih sut dua butang dengan potongan slim dipadankan dengan sneakers low cut putih bersih. Material kasut dari kulit juga amat sesuai bagi imej lebih premium.
Jangan lupa untuk ikuti IG MASKULIN untuk update trend dan fesyen terkini lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.