Pejam celik, pejam celik program TV berteraskan auto paling gempak di Malaysia, ‘RODA PANAS’ kini bakal memasuki episod yang kelapan.
Pelbagai jenis kereta serta motosikal telah ditonjolkan menerusi episod terdahulu. Bahkan kenderaan karavan juga turut menjadi pparan eksklusif yang cukup unik khas buat anda penonton dan peminat setia ‘RODA PANAS’.
Sebelum memperkenalkan preview untuk episod terbaru pada Isnin ini, MASKULIN ingin ambil kesempatan untuk terus menyeru kita semua agar terus menjaga keselamatan diri dan keluarga. Bermula minggu hadapan kita akan berdepan ‘lockdown’ yang lebih ketat berikutan kadar kes penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan.
Teruskan duduk di rumah dan keluar hanya bila perlu sahaja. Luangkan masa melakukan aktiviti bersama keluarga atau anda boleh menonton episod-episod terdahulu ‘RODA PANAS’ menerusi strim di Astro Go!
Bagi episod kelapan, ‘RODA PANAS’ menampilkan bukan seorang tetapi dua orang selebriti jemputan. Mereka tidak lain tidak bukan ialah pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Achey dan Beto Kusyairi.
Ads
Menariknya, mereka berdua akan mempertontonkan motosikal yang cukup ikonik kepada penonton. Bersama-sama hos Remy Ishak, anda akan dibawa mendekati motosikal Yamaha RXZ milik Achey dan juga Ducati 1198 milik Beto.
STATUS IKONIK
Buat peminat motosikal dua lejang, model Yamaha RXZ merupakan motosikal berstatus legenda di negara kita. Popularitinya menyaksikan motosikal yang pertama diperkenalkan pada tahun 1985 ini bertahan cukup lama dalam pasaran.
Malah kini ia telah menjadi motosikal buruan ramai pengumpul koleksinya dan serta menyaksikan harga mencecah puluhan ribu ringgit.
Ads
Achey merupakan pengumpul tegar motosikal dan kini memiliki kira-kira 40 buah motosikal! Dan model Yamaha RXZ ini adalah antara yang paling disayanginya. Melihat motosikal Achey sahaja pasti menggamitkan memori ramai peminat motosikal di Malaysia.
Pelakon disegani ramai, Bato Kusyari pula membawakan motosikal buatan Itali yang cukup ikonik, Ducati 1198 keluaran pada tahun 2009.
Bagi peminat motosikal ‘sport’, jenama Ducati merupakan antara model yang cukup disegani. Teknologi buatan Itali kaya dengan sentuhan cukup berseni dan agak berbeza dengan motosikal keluaran Jepun.
Ads
Pada episod ini, Beto berkongsi pengalamannya menunggang motosikal ikonik ini serta beberapa ubah suai atau modifikasi yang dilakukan olehnya.
Jika anda ingin tahun apakah kisah disebali Achey dan Beto bersama motosikal mereka, jangan lupa saksikan ‘RODA PANAS’ episod kelapan pada Isnin, 31 Mei 2021 jam 9:30 malam di Astro Naura dan strim menerusi Astro Go.
Ingat roda gempak, ingat RODA PANAS!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin selama ini anda pam tayar kereta berpandukan sukatan PSI (paun inci persegi) seperti tercatat di sisi tayar. Bolehkah ia dipam hingga maksimum ke angka tersebut?
Satu perkara yang anda wajib tahu ialah tekanan tayar yang tepat amat penting bagi memastikan kelancaran, keselaatan dan ketahanan tayar.
Perhatikan tulisan pada dinding sisi tayar. Di situ terdapat perkataan ‘Max. Press. 35 PSI’. Angka tersebut menunjukkan tekanan sejuk maksimum yang diperlukan tayar untuk menampung beban maksimum.
Kata ‘sejuk’ di atas merujuk kepada situasi anda mengepam tayar pada masa ideal, iaitu ketika cuaca sejuk seperti pada waktu pagi atau selepas kereta dibiarkan beberapa jam di kawasan teduh. Itulah masa terbaik mengepam tayar. Kebiasaannya, tekanan tayar maksimum berada dalam julat 30 dan 32 PSI.
Antara perubahan ketara dirasakan ialah karakter pengendalian. Tayar yang sudah dipam maksimum tidak mempunyai ruang anjalan pada dinding sisi. Ini menyebabkan tahap membelok jadi bertambah baik.
Namun anda berdepan risiko ketika melakukan brek jajap (threshold braking). Jika membelok pantas atau mengejut, belakang kereta anda boleh terseret.
2. JANGKA HAYAT TAYAR MEROSOT
Antara kekurangannya pula jangka hayat tayar akan lebih cepat botak. Bila tayar dipam terlalu banyak, getah pada bunga tayar atas akan lebih menonjol dan membuatkan bahagian tengah tayar cepat haus. Malah, kawalan traksi juga berkurangan dan anda menghadapi risiko tayar meletup.
Tekanan disarankan kebiasaannya antara 30 dan 35 PSI. Nombor tersebut menandakan jumlah minimum tekanan udara yang diperlukan untuk menyokong kapasiti maksimum bawa-beban kenderaan anda. Jika berkurangan, anda akan dapati penggunaan bahan api dan tahap pengendalian akan terjejas, termasuk mengalami masalah haus disebabkan beban lebih dan getah tayar terlalu menganjal.
Sebaliknya, apabila tayar anda dipam mengikut tekanan PSI disarankan, anda pasti menikmati prestasi dan jangka hayat tayar yang optimum.
MASA TERBAIK PAM TAYAR
Bilakah masa terbaik memeriksa tekanan tayar? Sebaiknya, ikutilah 3 syarat asas ini:
Jika anda mahu tayar anda dipam mengikut tekanan tepat sebelum memandu, apa kata dapatkan tolok tekanan di mana-mana kedai aksesori kereta terdekat. Cara ini lebih memudahkan anda.
Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat peminat filem dari Marvel Cinematic Universe pastinya sudah tidak asing dengan watak Thor yang dilakonkan dengan begitu bergaya oleh Chris Hemsworth. Bukan hanya wanita malah ramai lelaki sekaan cemburu dengan bentuk badan yang dimilikinya.
Tegap dan mempunyai dada bidang serta lengan yang cukup mantap. Ramai tidak tahu bahawa untuk mendapatkan bentuk badan seperti itu dia telah mengikuti rejim senaman dan juga diet yang cukup ketat.
Tapi usah risau, anda juga mampu mendapatkan bentuk badan sepertinya. Ikuti beberapa ruti senaman harian di bawah. Pasti anda pun boleh!
Dalam misi mahu membentuk otot dada, latihan ini perlu dilakukan kerana ia begitu efektif untuk membentuk otot bahu dan tricep.
Ini kerana ketika tubuh anda berkerja, ketiga-tiga otot tersebut dengan sendirinya akan dilatih secara saksama dan pada akhirnya boleh membentuk postur tubuh anda.
Tahap pelaksanaan : Posisikan kedua tangan anda tepat pada kerusi dengan jarak selebar bahu.
Angkat badan atau tubuh anda dengan memfokuskan kepada otot dada, bahu, dan tricep secara saksama.
Lenturkan tubuh anda kearah belakang. Turunkan tubuh anda dengan perlahan ke bawah tetapi dengan posisi punggung anda kekal lurus. Kembali ke posisi awal lagi
Di samping boleh membantu dalam membentuk otot dada, latihan ini juga baik untuk meningkatkan koordinasi dan keseimbangan tubuh anda.
Tahap pelaksanaan : Ambil posisi push up. Buka tangan kanan anda sampai tubuh mengiring ke kanan. Kembali kepada posisi semula. Ganti dengan tangan kiri.
Latihan ini tak hanya membentuk otot dada saja, tetapi pull up juga dapat melatih otot latissimus dorsi atau bahagian punggung ke bawah.
Tahap pelaksanaan : Genggam palang pull up selebar bahu. Gunakan cara pegangan overhand.
Pastikan tubuh anda bergantung dengan lengan lurus. Tarik tubuh anda ke atas sampai menyentuh palang. Turunkan kembali tubuh anda kepada posisi asal. Ulangi lagi.
Untuk anda yang sudah muak dengan latihan push up biasa, anda juga boleh mencuba latihan ini.
Di samping boleh membentuk otot dada, latihan ini juga boleh melatih otot tricep dalam satu gerakan sekaligus.
Tahap pelaksanaan : Ambil posisi push up. Tekan tubuh anda ke bawah. Angkat tubuh anda ke atas sampai kedua tangan terangkat.
Ikuti Maskulin di Facebook dan Instagram untuk dapatkan update terkini tentang lelaki.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas kemunculan rasmi Toyota CH-R pada program Carlist.my MAA Drive, Test & Buy Mei lalu, akhirnya UMW Toyota Motor akan mempamerkan model berkenaan kepada umum dengan lebih dekat.
Toyota CH-R akan melakukan siri jelajahnya di pusat pameran Toyota terpilih dan di beberapa program Toyota di Semenanjung Malaysia bermula bulan depan.
Model SUV (kenderaan utiliti sport) kompak itu akan dipamerkan di:
– Pusat Pameran Toyota Seksyen 19, Petaling Jaya (4-8 Ogos)
-Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival (12-13 Ogos) di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang
-Pusat pameran Toyota di Subang Jaya (16-22 Ogos)
-Pusat membeli belah Mid Valley (23-27 Ogos)
-Pusat membeli belah Sunway Pyramid (4-10 September) dan beberapa lagi lokasi lain yang terpilih di Semenanjung Malaysia.
Difahamkan, Malaysia akan membawa masuk CH-R dengan enjin 1.8 liter Dual VVT-yang dipadankan dengan transmisi CVT bersama sequential shifter.
Untuk makluman, model C-HR merupakan model kedua yang dibangunkan di bawah platform Toyota New Global Architecture (TNGA).
Dari segi jana kuasa, CH-R ditawarkan dengan tiga pilihan enjin iaitu 1.2 liter turbo, 1.8 liter hibrid dan 2.0 liter DOHC 4-silinder (pasaran Amerika Syarikat).
Perkataan CH-R bermaksud Coupe-High Riding. Dan..model itu memiliki dimensi panjang 4, 360mm, lebar (1, 795mm) dan tinggi (1, 550mm) serta jarak roda 2, 640mm.
Pihak UMW Toyota Motor memberitahu model tersebut secara rasmi akan berada di pasaran tempatan pada penghujung tahun ini. Masa yang tepat masih belum diketahui.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.