Prosedur Anda Perlu Tahu & Lakukan Ketika Ingin Mengambil Vaksin COVID-19

Share

Sangat menggalakkan! Itulah yang boleh kita perkatakan apabila kerajaan menerusi Jawatan Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) membuka permohonan bagi rakyat Malaysia yang menetap di Kuala Lumpur dan Selangor untuk mengambil vaksin AstraZeneca.

Permohonan yang dibuka pada Ahad lali menyaksikan kira-kira 268,000 slot untuk mendapatkan vaksin tersebut telah habis ditempah dalam masa tidak sampai empat jam.

Ilustrasi: JKJAV

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan 268,000 pemohon vaksin AstraZeneca sudah selesai didaftarkan.

Sebanyak empat lokasi telah disenaraikan untuk pengagihan suntikan vaksin ini iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) KL, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Dewan 1 Bangunan Peperiksaan Universiti Malaya dan juga Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bermula esok 5 Mei sehingga 6 Jun, mereka yang memohon akan diberikan suntikan mengikut temujanji yang telah disahkan menerusi aplikasi MySejahtera atau menerusi SMS.

Foto hiasan: Kredit freepik – www.freepik.com

Buat anda yang memohon untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca tersebut, mungkin ada di antara anda tidak tahu dan kurang arif akan perjalanan prosesnya. Usah risau, MASKULIN akan kongsikan beberapa info penting yang perlu anda tahu sepanjang perjalanan dan prosedur mengambil vaksin tersebut.

Sebelum itu pastikan anda sudah memastikan tarikh temu janji dan juga bersetuju untuk menerima vaksin di aplikasi MySejahtera.

Berikut apa yang akan lalui pada hari vaksinasi.

PERTAMA

Sebaik sahaja tiba dipusat pengagihan vaksin, anda perlu mengimbas menggunakan MySejahtera dan mengambil suhu badan.

KEDUA

Selepas itu anda terus ke kaunter pertama untuk melakukan pendaftaran. Jangan lupa untuk bawa kad penganalan dan tunjukkan aplikasi MySejahtera untuk pengesahan temu janji.

Foto: Financial Times

KETIGA

Anda kemudian akan diberikan borang untuk ditandatangani sebagai persetujuan untuk menerima vaksinasi. Ini akan dilakukan dan ditandatangani di hadapan doktor yang bertugas. Di sini juga anda boleh menanyakan sebarang kemusykilan dan soalan yang mungkin anda tidak berapa faham tentang proses vaksinasi. Selepas anda bersetuju, tadangatani borang persetujuan tersebut.

KEEMPAT

Tiba giliran anda akan dibawa ke stesen untuk vaksin. Ia akan dilakukan oleh petugas yang berkemahiran jadi anda tidak perlu risau. Pastikan juag anda memakai baju yang mempunyai lengan yang mudah untuk melalui proses suntikan vaksin. Bagi anda yang lelaki pakailah baju atau kemeja lengan pendek bagi memudahkan proses itu.

KELIMA

Selepas selepas mendapat suntikan vaksin, anda akan terus ke stesen verikasi. Di stesen ini anda akan diberikan tarikh untuk temu janji untuk suntikan dos kedua.

KEENAM

Akhir sekali, anda akan ditempatkn di zon pemantauan selama 30 minit untuk pastikan anda tidak berdepan komplikasi atau kesan sampingan yang teruk.

Semoha perkongsian ini boleh membantu anda menjalani proses vaksinasi dengan lebih lancar. Ingat lindung diri, lindung semua!

Bagi anda yang ada mempunyai masalah kesihatan sila rujuk gambar di bawah:

Ilustrasi: JKJAV

Jangan lupa follow IG MASKULIN untuk update terkini gaya hidup lelaki!

IKLAN