PROTON terus membuktikan komitmennya terhadap inovasi dan cita rasa pengguna tempatan menerusi pelancaran rasmi model SUV segmen-B terbaharu mereka, PROTON X50 2025.

Sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020, model ini telah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia, dengan jualan melebihi 134,000 unit.

Kini, dengan pembaharuan menyeluruh dari segi gaya, prestasi dan teknologi, X50 kembali untuk menetapkan semula penanda aras dalam segmennya.

Reka Bentuk Premium

PROTON X50 2025 tampil dengan penambahbaikan menyeluruh pada bahagian luaran dan dalaman.

Reka bentuk gril hadapan dan bampar baharu memberikan imej yang lebih agresif dan moden, manakala spoiler belakang serta empat saluran ekzos menambah karakter sporty.

Skema warna dua tona dan rim aloi bertekstur yang direka semula turut menyerlahkan identiti dinamik model ini.

Proton X50 2025 Tampil Dengan ‘Upgrade’ Signifikan

Bahagian kabin pula menerima sentuhan yang lebih eksklusif. Penggunaan material sentuhan lembut, konsol tengah terapung dan column shifter yang diinspirasikan daripada kereta mewah menyuntik elemen premium.

Tidak ketinggalan, sistem pencahayaan suasana 72 warna menjadikan pengalaman pemanduan lebih peribadi dan bergaya.

Ads

Warna baharu yang diperkenalkan, Teal Bayou Green, melengkapkan pilihan warna sedia ada iaitu Snow White, Passion Red, Jet Grey dan Armour Silver.

Sistem Kecerdasan dan Keselamatan Terkini

Satu daripada keistimewaan utama PROTON X50 2025 ialah tumpuannya terhadap teknologi pintar.

Paparan infotainmen bersaiz 14.6 inci kini menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, dan buat pertama kalinya dalam industri automotif tempatan, diperkenalkan pengecaman suara dalam Bahasa Melayu.

Proton X50 2025 Tampil Dengan ‘Upgrade’ Signifikan

Proton X50 2025 Tampil Dengan ‘Upgrade’ Signifikan

Pengguna juga boleh menikmati kemudahan melalui aplikasi PROTON Link 2.0 yang membolehkan pengaktifan enjin dan penyaman udara dari jauh, pemantauan status kenderaan secara masa nyata serta penjadualan servis secara terus dari peranti mudah alih.

Ads

Dari sudut keselamatan, X50 2025 disokong oleh sistem ADAS Tahap 2 yang ditambah baik dengan fungsi seperti Sistem Radar Sisi Belakang (RSRS), Bantuan Parkir Automatik (APA) yang dipertingkatkan serta kamera HD 360 darjah dan paparan bawah kenderaan 180 darjah.

Semua ciri ini memperkukuhkan tahap keselamatan pemandu dan penumpang, yang turut diiktiraf melalui penarafan 5 bintang ASEAN NCAP.

Prestasi Dipertingkat dan Kecekapan Bahan Api Lebih Baik

Dari segi prestasi, PROTON X50 2025 dikuasakan oleh enjin baharu i-GT 1.5 TD yang dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan.

Gabungan ini menghasilkan kuasa maksimum sebanyak 133 kW dan 290 Nm tork, membolehkan pecutan 0 hingga 100 km/j dicapai dalam masa 7.6 saat — peningkatan sebanyak 0.3 saat berbanding model sebelumnya.

Proton X50 2025 Tampil Dengan ‘Upgrade’ Signifikan Proton X50 2025 Tampil Dengan ‘Upgrade’ Signifikan

Bukan sekadar berkuasa, SUV ini juga mencatat peningkatan 4.7% dalam kecekapan bahan api, menjadikannya antara pilihan terbaik dalam kelasnya bagi mereka yang mementingkan prestasi serta ekonomi penggunaan.

Ads

BACA: Xiaomi YU7, ‘Smartphone King’ Kini Raja EV? 200,000 Unit Terjual Dalam Masa 3 Minit

“Dengan menawarkan peningkatan teknologi dan prestasi menyeluruh bersama ciri-ciri mewah dan gaya luaran yang menarik, kami percaya PROTON X50 terbaharu akan menarik minat pelanggan dari semua lapisan masyarakat,” jelas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Zhang Qiang.

Proton X50 2025 Tampil Dengan ‘Upgrade’ Signifikan

PROTON X50 2025 bukan sekadar pengganti kepada model terdahulu, ia adalah manifestasi kemajuan teknologi dan pemahaman mendalam terhadap keperluan pengguna Malaysia.

Untuk mereka yang mengutamakan gaya, keselamatan, dan sambungan digital dalam pemanduan harian, SUV ini menawarkan pakej yang sukar ditandingi dalam segmennya.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI