Salam Ramadan semua.
Bagaimana dengan hari ketiga puasa? Semua okay? Jika rasa kering tekak atau berasa sedikit penat jangan risau. Itu tindak balas normal badan anda membiasakan diri dengan ibadah puasa.
Untuk minggu pertama ini badan kita akan alami beberapa perubahan ke arah ‘mencuci’segapa apa kotoran dalam badan kita.
Seprerti mana kita sedia maklum, Ramadan merupakan bulan di mana kita diajar untuk menahan lapar dan dahaga serta mengawal tingkah laku serta nafsu sama ada dari segi perbuatan, percakapan atau penglihatan.
Bagi ramai orang, mereka turut menjadikan bulan puasa sebagai masa untuk ‘kickstart‘ semula rejim diet dan megurangkan berat badan. Tapi ada juga sesetengah orang yang sambut waktu berbuka dengan penuh ‘meriah’ dengan banyak makanan di atas meja.
Jadi itulah sebab mengapa ramai yang jadi terbalik pula. Ingatkan dengan berpuasa berat badan makin berkurang tapi makin naik pula.
Mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah perkara ini berlaku?
Nafsu Membeli Makanan
Sebut sahaja pasar ramadan pasti pelbagai juadah makanan dan minuman kan terus terbayang di fikiran. Malah pada bulan puasa jugalah pelbagai hidangan istimewa muncul semula dan menjadi sangat popular berbanding bulan-bulan yang lain.
Juadah seperti murtabak, roti john, tepung pelita dan pelbagai jenis nasi menjadi sasaran kita. Kalau tak tak jaga dan makan sesuka hari mengikut nafsu makan maka tak mustahil berat badan makin bertambah!
BACA: Menu Berbuka Kek Milo Viral, Senang & Mudah Orang Bujang Pun Boleh Buat
Makanan Bergula Terlalu Banyak
Antara amalan Sunnah yang boleh amalkan ketika berbuka puasa ialah memakan makanan manis. Namun dalam konteks ini tidaklah pula bermaksud perlu dimakan dalam kuantiti yang banyak!
Jagalah pengambilan gula anda terutamanya di bulan puasa agar ia tidak berlebihan. Selang-selikan pengambilan makanan dan minuman bergula. Sebagai contoh kalau hari ini berbuka dengan cendol yang manis dan berlemak, apa kata esoknya berbuka dengan jus buah tanpa gula. Kandungan gula yang banyak dalam badan boleh buat berat badan naik dengan mudah.
Kesan Makanan Bergoreng
Selain makanan dan minuman bergula, makanan berminyak juga merupakan penyumbang utama kenaikan berat badan. Kalau boleh semasa berbuka atau bersahur, kurangkanlah makanan yang terlalu banyak minyak seperti makanan bergoreng.
Jangan kerana minyak kamu naik minyak bila berat badan naik bila nak beraya nanti. Apatah lagi bila baju raya yang dibeli awal tak muat nak dipakai. Haru-biru pagi raya anda nanti.
Makan Banyak Kali
Selepas berbuka biasanya korang akan pergi ke surau solat terawih. Dan ramai orang bila habis sahaja solat terawih dia akan balun macam-macam jenis makanan lagi. Bukan tak boleh tapi beringat-ingatlah.
Jangan sampai kamu makan terlalu kenyang sampai perut pun rasa kembung. Apatah lagi bila korang makan itu terlalu dekat dengan waktu tidur. Nanti bangun sahur nak makan lagi!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI