
Kalau kau perasan, banyak kereta dekat jalan raya yang tinted cermin belakangnya jadi macam ada ‘gelembung angin’ atau beralun. Bukan je nampak tak kemas, tapi boleh ganggu pandangan dan keselamatan.
So, apa sebenarnya punca tinted cermin belakang boleh jadi mengelembung?
Antara punca utama ialah jenis filem tinted tu sendiri. Tinted yang murah biasanya pakai gam atau bahan berkualiti rendah yang tak tahan haba. Bila terdedah pada matahari kuat setiap hari, filem tu mula ‘pecah struktur’ dan jadi bergelembung.
Cermin belakang takde pelindung macam cermin sisi atau depan. Bila kena panas direct setiap hari, gam dalam tinted akan mula terurai. Bila ini berlaku, akan muncul ‘bubbles’ antara filem dan kaca.
Kadang-kadang bukan salah filem, tapi cara pemasangan yang tergesa-gesa. Bila air sabun atau udara terperangkap masa pemasangan, lama-lama akan jadi gelembung besar yang makin memburuk.
Kalau tinted dipasang dalam cuaca terlalu lembap atau dalam kawasan yang tak cukup kering, air akan terperangkap dan menyebabkan tinted lambat melekat sepenuhnya. Lama-lama, ia akan jadi ‘wavey’ dan bergelembung.
Ya, tinted pun ada ‘lifespan’. Biasanya 3–5 tahun je. Kalau dah lebih tempoh, filem akan jadi rapuh, warna pudar, dan struktur gam mula pecah.
Pilih tinted berkualiti tinggi dan ada warranty.
Pastikan pemasang tinted tu profesional & trusted.
Elak parking kereta bawah panas direct setiap hari.
Gunakan sunshade untuk kurangkan haba dalam kereta.
Kalau dah teruk, ganti tinted baru je terus, tampal atas tinted lama bukan solusi!
Jangan biarkan cermin belakang kereta kau jadi macam kulit belon nak pecah. Kalau nak maintain gaya & keselamatan, tinted yang cantik dan berkualiti tu wajib jaga.
LAGI : Kereta Recond VS Kereta Second Hand, Mana Lagi Berbaloi Dibeli!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.