Rahsia Ben Affleck Lakukan ’The Batman Workout’ Untuk Dapatkan Badan Sasa

Share

Salah satu perkara yang mengagumkan MASKULIN terhadap bintang-bintang Hollywood ialah kemampuan mereka menukar bentuk badan semata-mata ingin menjiwai watak yang diberikan.

Kadangkala mereka terpaksa turunkan badan menjadi kurus kering. Kadangkala perlu naikkan badan untuk karakter lebih gempal. Dan paling sukar mengikuti rejim latihan ekstensif untuk membina badan yang sasa.

Itulah yang pernah dilalui oleh Ben Affleck semasa diberikan tanggungjawab membawakan watak superhero popular, Batman menerusi filem ‘Batman V Superman’ dan ‘Justice League’.

Sebelum dan selepas! Menakjubkan transformasi yang dilakukan oleh Ben Affleck.

Namun ada satu perkara yang anda perlu tahu. Ben Affleck berjaya membentuk tubuhnya menjadi sasa dan sado dengan bantuan daripada jurulatih kecergasan berpengaruh, Magnus Lydgback. Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Magnus Method, teknik latihan dikhusukan untuk atlet membina rangka badan yang tegap.

BACA: Mahu Abdomen Mantap Bak ‘Avengers’, Ini 6 Makanan ‘Superpower’ Harus Anda Makan

Jelasnya, misi utama membentuk badan Ben Affleck untuk watak Batman difokuskan kepada bahagian badan, kekuatan kai dan keseimbangan bandan. Disebabkan sut kostum Batman yang berat dan perlu dipakai oleh Ben setiap hari, dia telah mencipta satu mekanisme latihan khusus yang diberi nama jolokan, ‘The Batman Workout’.

Jadi bagaimanakah sistem latihan ini dilakukan? Jom ikutinya di bawah.

THE BATMAN WORKOUT

Dumbell Front Squat

4 set dengan 12 reps

Deadlift

4 set dengan 8 reps

Drop sit

4 set dengan 10 reps setiap sisi

Squat to kick

4 set dengan 10 reps setiap sisi

Lateral Hollow Rock

3 set dengan masa 60 saat setiap satu

Selamat mencuba. Mana tahu anda boleh dapatkan badan seperti The Dark Knight!

IKLAN