Foto : Factory Mobile

Ramai pengguna masih terbiasa mengecas telefon hingga penuh 100%, terutama ketika tidur malam.

Nampak mudah dan praktikal, tapi tabiat ini sebenarnya boleh menjejaskan jangka hayat bateri telefon dalam diam.

Bateri moden khususnya jenis Lithium-ion mempunyai kitaran caj yang terhad.

Setiap kali anda mengecas hingga penuh atau membiarkan bateri kosong hingga 0%, sedikit demi sedikit keupayaan bateri menyimpan tenaga akan merosot.

Caj Antara 20% Hingga 80% Sahaja

Cara paling sihat untuk menjaga prestasi bateri telefon ialah dengan mengehadkan tahap caj antara 20% hingga 80%.

Julat ini dianggap “zon selamat” yang membantu mengurangkan tekanan tenaga pada sel bateri dan memperlahankan proses degradasi.

Tak perlu tunggu bateri habis baru nak caj, dan tak perlu tunggu penuh baru nak cabut.

Jika anda perasan, sesetengah jenama telefon pintar seperti iPhone dan Samsung kini ada fungsi “Optimized Battery Charging” yang secara automatik akan hentikan pengecasan sekitar 80–85% untuk tujuan ini.

Ads
Rahsia Jaga Bateri Telefon Kenapa Tak Perlu Caj Sampai 100%!
Foto : Iluminasi

Jaga Suhu, Elak Telefon Panas Melampau

Suhu tinggi ialah musuh utama kepada bateri telefon.

Mengecas dalam persekitaran panas seperti dalam kereta yang diparkir, di bawah bantal, atas tilam, atau berhampiran peralatan elektronik lain yang mengeluarkan haba boleh menyebabkan sel bateri cepat rosak.

Apabila telefon terlalu panas semasa mengecas, komponen dalaman akan tertekan dan ini boleh mengurangkan kecekapan tenaga serta mempercepatkan degradasi bateri.

Sebaiknya, caj telefon dalam suhu bilik sekitar 20°C hingga 25°C bagi memastikan proses pengecasan lebih stabil dan selamat.

Rahsia Jaga Bateri Telefon Kenapa Tak Perlu Caj Sampai 100%!
Foto : SoyaCincau BM

Guna Pengecas Asal & Elak Caj Sambil Guna

Ramai tak ambil berat soal ini, tapi jenis pengecas juga memainkan peranan penting.

Ads

Gunakan pengecas asal atau yang diperakui oleh pengeluar telefon anda.

Pengecas tiruan atau murah yang tidak menepati spesifikasi boleh memberi voltan tidak stabil, menyebabkan telefon cepat panas, malah berisiko rosak.

Jika bateri berada di bawah 30%, aktifkan fungsi Power Saving Mode atau Battery Saver.

Ciri ini membantu mengurangkan penggunaan tenaga pada aplikasi latar belakang, kadar pencahayaan skrin, dan aktiviti pemprosesan yang tidak perlu.

Ads

Hakikatnya, bateri telefon bukan tentang siapa paling cepat penuh.

Ia tentang bagaimana anda menjaganya untuk bertahan lebih lama.

Tak perlu caj sampai 100% setiap kali, cukup sekadar dalam lingkungan 80% dan elakkan suhu panas.

Bila diamalkan dengan betul, telefon bukan sahaja lebih tahan lama, malah prestasinya kekal lancar seperti baru keluar kotak.

BACA LAGI : Kelebihan & Kekurangan iPhone Air, Mampukah Ia Jadi Pilihan Ramai?

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads