Gula ialah sumber tenaga utama untuk badan. Apabila anda makan gula ia dipecahkan menjadi glukosa yang digunakan sebagai bahan bakar sel.

Tapi pengambilan gula berlebihan boleh jadi masalah besar kerana ia bukan sahaja menyumbang kepada obesiti, malah meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes jenis 2, penyakit jantung dan kerosakan hati.

Kajian oleh American Heart Association (AHA) menunjukkan pengambilan gula tambahan yang tinggi berkait rapat dengan pelbagai penyakit metabolik dan masalah kesihatan lain.

Pengambilan Gula Sesuai Untuk Lelaki Setiap Hari Mengikut Umur

Berapa Sudu Gula Boleh Anda Ambil? 

Mengikut panduan kesihatan global dan kajian terkini, jumlah gula yang disyorkan untuk lelaki berbeza mengikut umur dan tahap aktiviti. Berikut pecahan anggaran pengambilan gula tambahan (bukan gula semulajadi dalam buah dan sayur) dalam sudu kecil:

Ads
  • Lelaki 18-25 Tahun:
    Pada usia muda, metabolisma masih tinggi, tetapi pengambilan gula harus dikawal agar tidak menjejaskan kesihatan jangka panjang. Jumlah gula tambahan yang disyorkan adalah sekitar 6 sudu kecil sehari (kira-kira 25 gram gula tambahan). Ini sejajar dengan panduan AHA untuk lelaki dewasa yang aktif.

  • Lelaki 26-35 Tahun:
    Di usia ini, metabolisma mulai perlahan sedikit, terutama jika gaya hidup kurang aktif. Hadkan pengambilan gula kepada sekitar 5 sudu kecil sehari (kira-kira 20 gram) untuk elak kenaikan berat badan dan masalah metabolik.

  • Lelaki 40-55 Tahun:
    Lelaki dalam lingkungan umur ini lebih berisiko untuk penyakit berkaitan gula berlebihan seperti kencing manis dan penyakit jantung. Pengambilan gula disarankan dikurangkan kepada maksimum 4 sudu kecil sehari (sekitar 15 gram) bagi mengawal paras gula darah dan menjaga kesihatan jantung.

Pengambilan Gula Sesuai Untuk Lelaki Setiap Hari Mengikut Umur

Kenapa Perlu Kawal Pengambilan Gula? 

Pengambilan gula berlebihan menyebabkan lonjakan insulin berterusan. Ini seterusnya boleh membuatkan badan menjadi kurang sensitif pada insulin di mana ia salah satu langkah awal menuju diabetes.

Ads

Selain itu, pengagula juga meningkatkan keradangan dan menyebabkan kerosakan pada saluran darah serta organ penting.

Gula tambahan dari minuman manis dan makanan proses merupakan punca utama masalah ini.

Ads

BACA: Kisah Cikgu Abdullah, Guru Cemerlang OKU Tanpa Sebelah Tangan Berjiwa Besar

Tips Kurangkan Gula Dengan Bijak

  • Gantikan minuman bergula dengan air kosong atau teh tanpa gula.

  • Elak makanan ringan dan pencuci mulut yang tinggi gula.

  • Sentiasa semak label makanan untuk kandungan gula tersembunyi.

  • Masak sendiri supaya lebih kawal kandungan gula.

Nak jaga badan dan kesihatan gula perlu dikurangkan bermula hari ini juga. Ingat, bukan semua gula sama, tapi gula tambahan yang berlebihan memang musuh nombor satu. Jangan tunggu sakit baru nak berubah!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI