
Korang pelik tak kenapa bintang dan selebriti Kpop kulit dorang flawless dan mulus semacam? Dah la muka handsome, kulit wajah yang licin bersinar tanpa sebarang cela pula patut la ramai wanita melayu tergila-gila. Kita ni punya la pakai masing-masing berhempas pulas berhabis untuk miliki kulit wajah sebegini tapi hasilnya tiada juga.
Rupa-rupanya selebriti lelaki Korea ini yang ternyata sangat mementingkan penjagaan wajah bagi mengekalkan ia sihat dan lembap.
Jom kita lihat rahsia disebalik kulit licin dan mulus mereka.
1. Song Joong Ki
Cara Joong Ki adalah dengan membasuh wajah dengan susu setiap malam sebelum tidur, dia juga menghindari pemanas untuk menghalang kulitnya kering.
2. BTS V
Berada dalam kapal terbang, saya melembapkan kapas kapas dengan toner dan memakai lotion sebanyak dua kali. Ini untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan sihat.
3. B1A4 Baro
Ini sesuatu yang susah untuk kita lakukan tapi itulah rahsia Baro. Dia elak makan makanan berminyak yang hanya boleh menyebabkan jerawat.
4. SHINee Jonghyun
Jonghyun mengesyorkan menggunakan pek muka (seperti topeng dan krim mata) sekerap mungkin untuk mengekalkan kelembapan dan glowing.
5. BTS J-Hope
Pada waktu pagi, saya menggunakan toner dan krim muka. Untuk malam pula, pencuci muka, toner, essence, krim jerawat, lotion dan krim (moisturizer).
6. BTS Rap Monster
Menggunakan pek penjagaan wajah (sheet mask) untuk mengelakkan kulit dari berjerawat, lebih-lebih lagi ketika berada dalam kapal terbang untuk perjalanan yang panjang.
Mudahkan? Jadi selepas ini jangan malas-malas lagi dan mula menjaga muka hari ini.
Bila Hero Bertemu Hero, Hasrat Farhan Asri Berlakon Bersama Idolanya, Fattah Amin Tercapai

Platform program Hero Remaja yang dianjurkan oleh majalah Remaja sejak sekian lama sudah terbukti telah mencungkil ramai bakat-bakat lelaki tanah air. Malah tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa ia merupakan platform terbaik bakat baru untuk menceburi bidang seni.
Walaupun tidak terus mencipta nama namun kebanyakan bekas pesertanya mempunyau peluang cerah untuk berjaya dalam bidang ini. Salah seorang bakat baharu yang lahir dari program ini ialah Farhan Asri yang merupakan Naib Juara Hero Remaja 2017. Kini usia sudah menginjak dewasa langkahnya ke dalam dunia seni melihatkan potensi cukup besar.
Dan cara terbaik untuk dirinya belajar adalah dengan berlakon bersama seniornya yang turut lahir menerusi Hero Remaja iaitu Fattah Amin.
Menerusi perkongsian sekeping foto di Instagram-nya, Farhan menyatakan keinginannya sejak dari dahulu untuk bekerja bersama Fattah telah tercapai.
“Hero Remaha senior dan Hero Remaja junior! Dari awal masa Hero Remaja teringin nak bekerja dengan abang Fattah.
“Finally Alhamdulillah dapat bekerja bersama dalam satu drama #PinkSmile,” jelas Farhan.
Anak jati kelahiran Negeri Sembilan ini sebenarnya bukan pertama kali melibatkan diri dengan bidang lakonan. Malah namanya sudah semakin dikenali di kalangan penggemar drama televsiyen seperti “Cik Reen Encik Ngok Ngek?”.
Perasaan kagumnya terhadap Fattah Amin turut disuarakan. Baginya Fattah seorang yang sangat merendah diri dan profesional di set penggambaran. Malah dia turut menjadikan kejayaan Fattah sebagai sumber inspirasi untuk mengikut jejak langkah berjaya sepertinya.
“Paan tahu this journey is not easy tapi tiada apa yang mustahil kalau kita tak henti berusaha dan tidak mengalah. Kalau mereka boleh berjaya, begitu juga Paan. Betul?.”
Selamat maju jaya MASKULIN ucapkan kepada Farhan Asri!
Bila Kereta Terjunam Ke Dalam Air, Ini Langkah Yang Boleh Selamatkan Nyawa Anda!

Beberapa hari lalu telah tular di laman media sosial dan juga rangkaian berita nasional tentang kemalangan jalan raya yang cukup menggemparkan negara.
Kemalangan yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang tersebut melibatkan sebuah kenderaan SUV yang telah dilanggar oleh sebuah kenderaan lain dari belakang dengan impak cukup kuat.
Akibat kemalangan tersebut kenderaan SUV tersebut telah terjunam jatuh ke dalam laut. Ini merupakan satu mimpi ngeri buat semua pengguna jalan raya terutamanya yang menggunakan jambatan tersebut.
Menurut laporan terkini, kenderaan SUV kini telah dijumpai berada di dasar laut pada kedalaman kira-kira 15 meter. Usaha untuk membawa naik kenderaan tersebut kini sedang giat dijalankan oleh pasukan mencari dan menyelamat.
Bagaimana jika perkara yang lebih kurang sama berlaku kepada anda. Sebagai seorang pemandu kenderaan apakah yang boleh anda lakukan untuk cuba selamatkan diri jika terlibat dalam kemalanagan dan senario yang lebih kurang sama.
Mengambil kira impak kemalangan yang tidaklah seteruk berlaku dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, anda sebenarnya ada beberapa ruang waktu yang boleh menyelamatkan nyawa.
Jadi bagaimana anda boleh selamatkan diri jika kenderaan terjatuh ke dalam air?
JANGAN PANIK
Pertama sekali anda tidak harus panik dan sentiasa sedar dengan apa yang berlaku. Mungkin adrenalin anda sedang mencanak pada waktu ini namun anda harus kekal fokus. Ingat anda hanya ada masa sedikit sahaja untuk keluar dari kenderaan dan selamatkan diri. Kunci di sini ialah ada harus memberi reaksi yang pantas.
JANGAN BUKA PINTU
Apabila kenderaan berada di dalam air dan mula tenggelam, tekanan air di bahagian luar akan memberi kesan kepada pintu kereta. Ia akan menjadi sukar untuk dibuka dan boleh dikatakan agak mustahil. Jika anda berjaya buka sekalipun ia akan menyebabkan air masuk dengan lebih banyak dan kenderaan akan tenggelam lebih cepat.
BACA: 12 Tip Jimat Servis Kereta Yang Boleh Selamatkan Poket Anda
KELUAR MENERUSI TINGKAP
Opsyen pertama yang anda harus ambil ialah keluar menerusi tingkap. Jangan lupa untuk buka tali pinggang keledar dan bertenang. Turunkan tingkap dengan segera dan panjat keluar dengan cepat. Namun jika reaksi anda sedikit perlahan tekanan air di bahagian luar juga akan ‘menekan’ bahagian tingkap.
OPSYEN KEDUA
Jika perkara di atas berlaku anda ada opsyen lain untuk selamatkan diri dan keluar dari kenderaan. Opsyen seterusnya ialah dengan memecahkan tingkap.
BUKAN CERMIN HADAPAN
Tapi anda harus ingat, jangan sesekali cuba pecahkan cermin hadapan. Ini kerana ia telah direka cipta untuk menerima impak yang kuat. Jadi agak mustahil untuk anda pecahkan cermin hadapan.
PECAHKAN TINGKAP
Satu-satunya pilihan yang anda ada ialah dengan pecahkan cermin bahagian tepi atau pintu. Sasarkan hentakan atau impak di bahagian atas tingkap.
ALAT BANTUAN
Untuk memudahkan memecahkan cermin tingkap anda boleh menggunakan headrest tempat duduk sebagai alat. Atau anda boleh gunakan alat pemecah tingkap yang boleh didapati di pasaran seperti Resqme. Jadi jangan lupa untuk simpan alat ini sepanjang masa di dalam ruang penyimpanan.
LANGKAH TERAKHIR
Selepas tingkap berjaya dipecahkan keluar dengan segera dan berenang ke permukaan sepantas mungkin.
Kesemua langkah di atas merupakan langkah yang perlu dilakukan dengan begitu cepat. Dan anda juga harus memiliki keupayaan untuk berenang bagi memastikan anda selamat. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.
Sumber: INSIDER & WikiHow
Buat Lelaki Bujang, Ini 10 Pick-up Line Sempena Raya Yang Anda Boleh Guna

Rumah terbuka merupakan satu amalan yang cukup meriah dilakukan oleh masyarakat kita sempena musim perayaan.
Inilah masanya untuk kita bertemu dengan sahabat handai dan rakan-rakan yang telah lama terpisah. Dan inilah juga masanya untuk anda berkenalan dengan kawan-kawan baru.
Mungkin anda tak tahu tapi sebenarnya ramai yang bertemu jodoh ketika aktiviti ziarah-menziarahi ini. Kalau sudah jodoh memang tak ke mana, bukan?
Ini merupakan seleksi pick-up line yang anda boleh guna untuk break the ice semasa bertegur sapa dengan si dia.
Ingat, ini untuk orang bujang sahaja ya!
Di bawah disenaraikan beberapa “pick-up line” yang tengah “hot” di laman sosial:
1. Bila dia minta duit Raya
“Abang, raya tahun ini jangan lupa bagi duit Raya”
“Duit raya untuk budak-budak, untuk you i bagi duit hantaran selepas Raya”
(merah pipi, tersipu malu)
2. Pick-up rendang Ayam
“You want chicken rendang?”
“Because i think A yam (I am) the one you want.”
3. Sambil nasihat sambil berniat
“Raya-raya ni awak jangan main mercun tau”
“Sebab putus jari nanti susah saya nak sarung cincin”
4. Tak nak rumah terbuka, nak hati yang terbuka
“Daripada awak buat rumah terbuka untuk Raya, baik awak buka hati untuk saya”
BACA: 6 Perkara Yang Lelaki Single Saja Faham, Rasa & Kenapa Anggap Itu Awesome
5. Bila dia tanya mana nak beraya
“Awak nak Raya kat mana tahun ini?”
“Hmmm… tu lah tengah fikir lagi…”
“Kenapa?”
“Tak tahu nak Raya rumah awak ke rumah saya….”
6. Makan dengan apa, dengan saya lah!
“Abang, lemang ni sedap makan dengan apa?”
“Makan dengan abanglah… meh sini, meh..”
7. Ini paling sweet
“Awak ni sama macam dodol”
“Kenapa pulak?”
“Sebab saya suka kacau awak…”
8. Pokemon boleh guna
“Mak kata daripada cari pokemon, lebih baik cari jodoh.”
“Mak nak timang cucu bukannya pikachu.”
9. Hati-hati dengan hati saya
“Awak balik raya hati-hati ye.”
“Nanti lepas raya jangan lupa balik ke hati saya”
10. Ini paling win!
“Nak belajar anyam ketupat tak?”
“Tak naklah….”
“Takut bila tangan kita tersentuh teranyam pula rasa cinta”
Bonus
1.Kirim salam
“Balik kampung nanti, kirim salam kat mak. Mana tau tahun depan mak naik pangkat jadi mak mertua saya…”
2. Jangan main-main
“Kalau nak main mercun Raya ni takpe lagi, cuma janganlah mainkan hati dan perasaan saya ini…”
3. Makanan habis pun ada “pick-up line”
“Kenapa lambat sangat ni, nasi dengan lauk dah habis.. ”
“Takpe yang penting kasih sayang you terhadap I tak habis-habis…”
4. Bila kawan kata rindu
“You bila nak balik kampung, rindu nak jumpa kawan lama….”
“I kan hari-hari balik ke pangkal hati you, tak payah tunggu raya…”
5. Cakap pasal warna baju Raya
“Tahun ini baju raya you warna apa?”
“Saya tunggu awak belikan baju raya yang sedondon dengan warna baju awak, barulah kita satu family.”
Anda boleh cuba kesemua pick up line ini, namun hati-hati jangan sampai anda kena lempang dengan wanita itu pula.
Selamat mencuba!