‘Bounce’ dan ‘energy return’ adalah dua aspek kritikal yang harus dipertimbangkan oleh pelari ketika memilih kasut larian. Bounce merujuk kepada keupayaan kasut untuk memberikan respons pantas terhadap tekanan yang dikenakan semasa kaki memijak permukaan.
Kasut yang memiliki bounce yang baik mampu mengurangkan rasa letih dengan memberikan daya dorong tambahan ketika kaki melangkah ke hadapan.
Ini amat penting untuk pelari jarak jauh! Ia membantu mengekalkan momentum dan memastikan setiap langkah lebih efisien. Secara tak langsung membuatkan larian menjadi bertambah laju!
Tambahan pula, kasut dengan sistem bounce yang canggih dapat mengurangkan risiko kecederaan. Keupayaannya menyerap impak hentakan mengurangkan tekanan kepada sendi dan otot.
Sementara itu, energy return memastikan pelari memanfaatkan tenaga dengan lebih efektif sepanjang larian.
Kasut larian dengan ciri energy return yang baik menggunakan teknologi khas untuk mengembalikan tenaga daripada setiap hentakan kaki ke permukaan, menjadikan langkah lebih ringan dan bertenaga.
Ini sangat penting bagi mereka yang ingin meningkatkan prestasi larian, terutama ketika berlari pada kelajuan tinggi atau mendaki permukaan berbukit.
Dengan energy return yang optimal, pelari dapat mengekalkan daya tahan yang lebih lama dan mengurangkan keletihan, membolehkan mereka mencapai matlamat larian dengan lebih mudah.
Oleh itu, kedua-dua aspek ini memainkan peranan penting dalam memastikan pengalaman larian yang selesa, selamat, dan berprestasi tinggi.
Ads
LEBIH BERTENAGA DAN SELESA
Salah satu kasut larian yang bakal menampilkan dua aspek ini dengan baik ialah ASICS NOVABLAST™ 5.
Versi terbaru siri ini merupakan di antara kasut larian yang cukup dinantikan ini menjanjikan pengalaman larian yang lebih bertenaga dan selesa, hasil gabungan material ringan serta teknologi midsole baharu yang inovatif.
NOVABLAST™ 5hadir bersama teknologi FF BLAST™ MAX foam cushioning, menjadikannya satu-satunya model dalam rangkaian ASICS yang menggunakan midsole sepenuhnya dengan teknologi ini.
Bahan baharu ini meningkatkan bounce atau sifat lonjakan sehingga 8.5% lebih baik berbanding model terdahulu.
Untuk pelari, ini bermaksud lebih banyak tenaga dikembalikan pada setiap langkah, memberikan pengalaman larian yang lebih lancar dan bertenaga.
Ads
Ia turut mengekalkan midsole geometri ikonik yang memberikan ilusi pergerakan dinamik, mencerminkan pengalaman unik pemakainya semasa berlari.
Dari aspek keselesaan pula bahagian atas kasut ini kini menggunakan Engineered Jacquard mesh yang lebih bernafas, memastikan kaki sentiasa sejuk dan selesa.
REKA BENTUK
Inspirasi daripada siri SUPERBLAST™ juga dapat dilihat pada reka bentuk lidah kasut. Ia hadir dengan gusseted wing construction – memberikan pemakaian lebih kemas.
Reka bentuk midsole dan outsole NOVABLAST™ 5 tidak hanya memberi kesan visual, tetapi juga membantu meningkatkan prestasi.
Ads
Groove berbentuk pod di bahagian depan tapak kaki memberikan rasa anjal dan tenaga tambahan. Lalu membolehkan pelari merasakan daya tolakan yang lebih kuat pada setiap langkah.
“Kami mereka bentuk NOVABLAST™ 5 dengan pendekatan yang membolehkan FF BLAST™ MAX menonjolkan potensi sepenuhnya kepada pengguna,” jelas Pereka Kanan Kasut ASICS, Yosuke Atarashi.
“Secara visual, kami mahu rekaannya mencerminkan pengalaman dinamik dan perasaan di bawah kaki semasa berlari dengan versi terkini ini.”
Bakal diperkenalkan di pasaran pada harga RM 599, NOVABLAST™ 5 akan mula dijual di semua kedai ASICS dan platform dalam talian ASICS.com pada 10 Januari 2025.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat penggemar kasut atau sneakers terutamanya jenama Vans pastinya sudah tidak asing lagi. Jenama kasut dan pakaian yang sinonim dengan sukan papan selaju tersebut kini turut menjadi ikon fesyen streetwear yang cukup berpengaruh dalam budaya popular.
Jadi tidak hairanlah mengapa kasut dari Vans sentiasa menjadi pilihan ramai dalam penggayaan mereka.
Terbaru timbul kontroversi melibatkan jenama fesyen MSCHF yang berkolaborasi bersama rapper, Tyga mengeluarkan kasut diberi nama ‘Wavy Baby’. Walaupun ia masih lagi belum dipasarkan namun ia sudah diuar-uarkan dengan begitu rancak sekali di laman media sosial.
Sekali imbas pun kita sudah dapat agak kasut tersebut banyak mendapat pengaruh rekaan dari model Vans Ol Skool yang dikeluarkan oleh Vans. Diperkenalkan pada 6 April lalu dan dijangka dipasarkan pada 18 April, kasut dari MSCHF tersebut dihasilkan dari idea Tyga yang turut memperagakan kasut tersebut menerusi muzik videonya, ‘Freaky Deaky’.
Kasut ‘Wavy Baby’ tampil dengan rekaan tapak yang unik dengan bentuk beralun dan agak sedikit pelik. Namun persamaannya masih dilihat agak ketara dengan kasut Vans yang disebut di atas.
Dalam perkembangan terbaru, Vans telah memfailkan saman terhadap mereka berikutan pengenalan kasut Wavy Baby. Memetik laporan dari Highsnobiety, Vans menghantar surat tuntutan ‘cease and desist’ kepada MSCHF. Menurut MSCHF, Vans telah mengemukakan tuntuan 50% keuntungan.
Tuntutan Vans
“Bagi memastikan Wavy Baby untuk drop live. mereka menawarkan beberapa terma dan syarat spesifik di antaranya ialah separuh dari keuntungan dan empat pasang kasut. Mereka juga mengatakan mereka bersedia untuk berjumpa bagi kolaborasi akan datang,” jelas MSCHF.
Jelas mereka lagi, ‘Wavy Baby’ merupakan simbol kepada ‘complete distortion’ kepada satu objek dan menjadi material trend unik.
Walau apapun diharapkan kedua pihak dapat menyelesaikan klaim ini dengan sebaik mungkin. Rata-rata penggemar kasut atau sneakerhead dilihat menganggap perkara ini secara tidak langsung memberikan lebih banyak promosi dan pendedahan terhadap kasut kontroversi tersebut.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
PUTRAJAYA, 5 Mei — Orang awam dibenarkan memandu kenderaan jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) ataupun lesen memandu telah tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan syarat insurans kenderaan masih berkuat kuasa.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan lesen memandu dalam tempoh PKP seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong pada 24 Mac lepas.
Bagaimanapun, JPJ telah membenarkan Pos Malaysia untuk menjalankan urus niaga pembaharuan lesen memandu dan LKM bagi kenderaan persendirian.
“JPJ memahami rungutan orang ramai berkenaan dengan pembukaan kaunter urus niaga di pejabat JPJ hanya untuk urusan kenderaan perdagangan dan beberapa jenis urus niaga sahaja,” menurut kenyataan itu.
Pembukaan urus niaga bagi kaunter JPJ dibuat secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak pandemik COVID-19.
“Bagi menyokong kelangsungan ekonomi, pembukaan urus niaga berperingkat ini adalah memfokuskan kepada kenderaan perdagangan ataupun komersial sahaja.
“Seterusnya, secara beransur-ansur JPJ akan membuka kaunter urus niaga bagi urusan lain termasuk berkaitan dengan kenderaan persendirian,” menurut JPJ.
Alahan adalah tindak balas terlebih sensitif atau hipersensitif oleh sel immunisasi badan kepada sesuatu bahan atau alergen. Alahan ini menyebabkan respons berbeza, bergantung kepada organ badan mana berlakunya alahan itu. Jika berlaku pada kulit, ia boleh menyebabkan ruam alahan kulit atau ekzema. Alahan pada hidung pula boleh menyebabkan hidung berair, bersin, mata dan hidung menjadi gatal.
Selesema sepanjang masa pula boleh berlaku disebabkan alahan kepada hama rumah, bulu binatang atau makanan yang bertindak sebagai alergen. Pada masa sama, penyakit alahan juga boleh menyebabkan gegata (urticaria), satu kesan alahan pada kulit yang menyebabkannya menjadi bengkak, kemerahan atau keputihan disertai dengan gatal.
Kira-kira 25 peratus daripada jumlah populasi pernah menghidap gegata sekali dalam seumur hidup mereka. Gegata yang kronik berlaku apabila simptom berkenaan berlarutan sehingga lebih daripada enam minggu, sama ada sepanjang waktu ataupun sesekali. Walaupun ia tidak mengancam nyawa, gegata boleh menjadikan seseorang itu berasa sangat tidak selesa dan ini akan mengganggu tidur serta aktiviti harian yang lain,
Tindak balas hipersensitif ini juga boleh mengancam nyawa jika berlaku pada organ paru-paru dan saluran pernafasan. Ia boleh menyebabkan seseorang pesakit seolah-olah mengalami serangan asma. Tindak balas alahan yang berlaku secara cepat dan tiba-tiba boleh menyebabkan seseorang pesakit koma atau kematian kerana serangan pernafasan yang akut. Ini disebabkan gangguan terhadap bekalan oksigen ketika serangan berlaku.
Alergen yang menyebabkan alahan boleh berpunca dari pelbagai sumber. Alergen akan memasuki badan pesakit dan merangsang sistem imunisasi, menjadikannya terlalu aktif. Keadaan ini menimbulkan simptom alahan. Satu sumber alahan ialah pemakanan. Setiap pesakit mempunyai alahan berbeza. Antara makanan yang boleh menyebabkan alahan ialah soya, kekacang, makanan laut, ayam, telur, gandum dan susu lembu.
Reaksi alahan ini biasanya hanya berlaku pada kulit pesakit dan jarang mengakibatkan serangan pernafasan. Pesakit mengalami kegatalan dan ruam bintat pada hampir keseluruhan badan. Bahan kimia seperti sabun basuh pinggan dan sabun mandi pula menyebabkan ruam berlaku pada tapak tangan dan bahagian pelipat baju.
Udara berhabuk dan berdebu, minyak wangi serta penyembur haruman bilik juga boleh menyebabkan berlaku alahan. Namun, biasanya ia hanya membabitkan reaksi di mana hidung dan mata menjadi gatal dan berair. Ubat seperti antibiotik dan penahan sakit boleh menyebabkan alahan berlaku. Selain itu, gigitan serangga seperti lebah, tebuan, penyengat menyebabkan badan pesakit menghasilkan reaksi imunisasi yang terlalu cepat.
Alahan ini boleh menyebabkan serangan pada saluran pernafasan dan kegagalan beberapa organ badan yang boleh mengancam nyawa dan kematian. Alahan ialah sesuatu yang pesakit tidak pernah tahu kecuali sesudah terdedah kepada alergen dan pesakit mengalami alahan terhadapnya.
Antara cara mengenal pasti alahan ialah dengan menjalankan ujian darah atau ujian kulit untuk menentukan jenis allergen. Beberapa sampel alergen akan disuntik di bawah kulit, dan pemerhatian dilakukan untuk mengenal pasti jenis alahan. Namun, hanya beberapa jenis alergen dapat dikesan, bergantung kepada kemampuan makmal atau hospital yang melakukannya.
Biasanya, ujian dilakukan pada jenis alergen yang biasa menyebabkan alahan berlaku. Faktor utama menyebabkan berlaku alahan ialah keturunan. Jika seseorang itu mempunyai alahan, kemungkinan besar generasi berikutnya mengalami alahan tetapi tidak semua simptom alahan sama. Reaksi simptom alahan itu berbeza. Selain itu, tidak semua alergen juga sama dalam keturunannya. Namun, penting untuk mengenal pasti jenis allergen bagi mengelak komplikasi yang tidak diingini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.