Dialah pemenang lima kali Ballon d’Or dan banyak lagi anugerah bola sepak terkemuka dunia. Dianggap sebagai antara pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, Lionel Messi merupakan permata yang mungkin hanya muncuk sekali dalam seumur hidup kita.

Pemain yang kini berusia 32 tahun telah aktif dalam karier bola sepak profesional selama 15 tahun. Bersempena dengan itu, adidas yang merupakan penaja dan jenama pilihan bintang Barcelona ini memperkenalkan koleksi but MESSI 15 YEARS NEMEZIZ.

Raikan 15 Tahun Pemain Terbaik Dunia, adidas Perkenal MESSI 15 YEARS NEMEZIZ Pack

But bola sepak edisi khas ini memperkenalkan NEMEZIZ 19+ yang merupakan antara seleksi but digunakan Messi sepanjang karier gemilangnya sehingga kini.

IKLAN

Manakala warna unik yang ditampilkan pula memaparkan warna biru dan putih, simbolik warna bendera negaranya, Argentina. Sentuhan kemasan warna emas pula melambangkan kegemilangan serta kecemerlangan kariernya yang cukup luar biasa.

Raikan 15 Tahun Pemain Terbaik Dunia, adidas Perkenal MESSI 15 YEARS NEMEZIZ Pack

IKLAN

BACA: 5 Ritual Pelik & Unik Ronaldo Lakukan Sebelum Perlawanan

IKLAN

Selain itu terdapat 5 titik istimewa yang melambangkan lima kali memenangi anugerah Ballon d’Or dan ukiran huruf ‘M’ pada bahagian kanan. Dan melengkapi edisi eksklusif ini pula perkataa ’15 ANOS’ yang dicetak melambangkan tempoh tahun karier beliau.

Pada bahagian sock-liner pula nombor kegemaran Messi iaitu 10 jelas terpapar. Di bahagian kanan but juga terdapat tulisan ’82nd min-16-10-2004′ membawa maksud kali pertama dia melangkah ke padang sebagai pemain profesional.

Koleksi but hebat ini boleh didapati di laman sesawang adidas dan juga Football Republic.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI