Berita

Raja Norway Dirawat Di Hospital Langkawi

Share

Raja dari negara Norway, Raja Harald V jatuh sakit ketika bercuti di Langkawi, langsung dikejarkan Hospital Sultanah Maliha Pulau Langkawi.

Berita itu dimaklumkan jurucakap Keluarga Diraja Norway pada Selasa yang dilaporkan Astro Awani

Dilaporkan, raja berusia 87 tahun itu mengalami jangkitan berkaitan masalah respiratori serta jantung.

“Baginda jatuh sakit semasa percutiannya di Malaysia, dan dimasukkan ke hospital di sana, susulan jangkitan.

“Baginda mendapat penjagaan yang baik daripada kakitangan perubatan Malaysia dan Norway,” kata keluarga diraja itu dalam satu kenyataan.

Raja Tertua Masih Hidup Di Eropah

Sejak 1991 Raja Harald, telah menjadi ketua negara istiadat Norway dan merupakan raja tertua yang masih hidup di Eropah.

Foto: Putera Harald (belum ditabal sebagai Raja Norway) ketika berusia 24 tahun.

Dia telah berulang kali dimasukkan ke hospital dengan jangkitan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, selain telah menjalani pembedahan jantung.

Putera Mahkota Haakon merupakan Pemangku Raja ketika ketiadaan Raja Harald V.

Foto keluarga Diraja Norway (dari kiri): Puteri Mahkota Mette-Marit, Putera Mahkota Haakon, Permaisuri Sonja dan Raja Harald V.

Pada 31 Januari lalu, Raja Harald V sedang bercuti sakit sehingga 2 Februari susulan jangkitan pernafasan.

Pada bulan Disember, baginda dimasukkan ke hospital dengan jangkitan dan dirawat dengan antibiotik intravena.

Foto: Raja Haral V dilihat menggunakan tongkat ditemani Permaisuri Sonja.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Baginda kerap dilihat menggunakan tongkat

Pada Oktober 2020, Baginda pernah menjalani pembedahan untuk menggantikan injap jantung selepas dimasukkan ke hospital akibat kesukaran bernafas.

Kredit Sumber & Foto: Astro Awani & Town & Country Magazine

BACA: Raja Charles III Hidap Kanser: Putera Harry Ziarah Ayahanda 45 Minit Sahaja

IKLAN