Mungkin rata-rata daripada anda pernah menjadi ahli pengakap sama ada ketika di bangku sekolah atau pun di peringkat pengajian tinggi. Ia merupakan satu badan beruniform yang mempunyai tempat cukup istimewa di hati ramai ahlinya di seluruh negara.
Tidak dinafikan juga ramai yang mungkin ada kenangan cukup manis mengikuti segala macam aktiviti seperti jambori yang cukup sinonim dengan pengakap. Imej pengakap dengan pakaian seragamnya pasti tersergam di minda masing-masing.
Namun selepas 63 tahun, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) kini memperkenalkan pakaian seragam baharu. Ia dikatakan lebih segar sejajar dengan perkembangan dunia kepengakapan moden pada era ini.
Menurut Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin, pakaian seragam yang terdiri daripada baju berwarna ‘emerald sea’ dan seluar berwarna ‘aspen green’ disifatkan lebih menarik dan efektif dengan reka bentuk baharu.
LANGKAH EFISIEN
Keputusan menukar pakaian seragam adalah satu langkah yang efisien bagi memastikan pergerakan kepengakapan negara sentiasa relevan dan dinamik dalam menyokong pembangunan golongan muda.
Selain itu ia juga dapat membendung penjualan haram pakaian seragam yang semakin berleluasa di pasaran.
“PPM sentiasa proaktif dalam memastikan pergerakan kepengakapan negara terus bergerak selari dengan peredaran zaman. Sejak diasaskan di negara ini pada tahun 1908, pergerakan kepengakapan melalui pelbagai fasa evolusi dan perubahan bagi memastikan ia terus relevan dan dinamik dalam melahirkan pemimpin masa depan negara.
“Selepas 63 tahun tidak tampil dengan pakaian seragam baharu, PPM dengan sukacitanya mengumumkan pertukaran warna pakaian seragam kepada warna yang lebih segar dan moden yang dinamakan Pakaian Seragam Pengakap No. 3.
“Selain memberikan wajah baharu kepada pergerakan pengakap, langkah ini juga menjadi mekanisme baharu yang penting dalam usaha kita untuk mengawal dan membendung penjualan haram pakaian seragam yang semakin berleluasa.
“Ini adalah langkah proaktif yang diambil untuk memastikan imej dan integriti pergerakan ini sentiasa terpelihara dengan sebaik-baiknya. Terima kasih saya ucapkan kepada Seri Pertiwi yang turut sama bertungkus-lumus dalam memberikan input untuk pertukaran pakaian seragam ini,” tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Pengakap No. 3 di ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia baru-baru ini.
SECARA BERPERINGKAT
PPM akan memberi kelonggaran kepada ahli untuk menggantikan pakaian seragam lama kepada yang baharu secara berperingkat.
“PPM ingin menekankan bahawa pelaksanaan pertukaran pakaian seragam ini tidak akan membebankan ibu bapa atau ahli. Proses ini akan dilaksanakan secara berfasa, dan pakaian seragam lama masih boleh digunakan dalam tempoh peralihan iaitu tiga tahun lagi.
“Tiada paksaan kepada mana-mana ahli untuk menukar pakaian seragam mereka. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, mereka boleh memakai skarf untuk menyertai sebarang aktiviti
“Penggunaan warna kelabu sebelum ini didapati menimbulkan permasalahan, terutamanya dalam mendapatkan tona yang konsisten. Dengan warna baharu yang dipilih, ia diharapkan dapat menyediakan penyelesaian yang lebih praktikal dengan pakaian yang lebih seragam secara keseluruhan,” katanya.
Sementara itu, PPM berharap pertukaran pakaian seragam baharu dapat menarik lebih ramai ahli baharu sekali gus mempertingkatkan pertumbuhan keahlian.
“Ia adalah satu pencapaian besar yang menunjukkan PPM sedang memasuki fasa baharu. Kita sepatutnya berbangga kerana berjaya merealisasikan usaha penyegaran jenama pengakap ke arah sebuah pergerakan yang lebih berketrampilan dan moden selaras dengan misi dan misi Pengakap Dunia.
“Pakaian seragam baharu ini adalah lambang identiti dan kebanggaan bagi setiap ahli PPM. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk menghargai dan memelihara pakaian seragam ini dengan penuh tanggungjawab,” katanya.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Percayalah tak susah sebenarnya nak deal dengan kaum perempuan ni. Apa yang penting adalah anda kena betul-betul faham naluri dan sifat sebenar mereka, barulah tak rasa perempuan ni sejenis yang merimaskan.
MASKULIN kongsikan 10 fakta menarik tentang perempuan yang wajib lelaki ambil tahu. Lelaki take note okay?
Perempuan suka kan pujian, lebih-lebih lagi daripada seseorang yang mereka suka.
Perempuan adalah makhluk paling sensitif bila mereka tengah datang bulan. Sejenis sindrom datang bulan (PMS). Jangan main-main waktu ni dorang boleh bertukar jadi singa jadian tau.
Jangan lupa tarikh lahir perempuan sebab mereka sentiasa menunggu wish ‘Happy Birthday’ daripada orang yang mereka sayang walaupun tak ada hadiah. Kalau lelaki ingat tarikh penting ni pun dah lebih daripada cukup dan mereka akan rasa sangat dihargai..
4. Perempuan dapat ingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan dengan lelaki. Sebab tu la kalau lelaki mungkir janji, mereka akan ingat sampai hujung nyawa! Belum lagi kalau mereka ungkit cerita lima tahun lepas.
5. Walaupun tengah sedih, perempuan tetap akan tersenyum. Mereka lebih suka menangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria di hadapan orang lain.
6. Sibuk macam mana pun lelaki tu, tolonglah luangkan masa untuk perempuan ni sebab mereka sejenis manusia yang mudah kecil hati. Kalau korang tak hiraukan mereka, mulalah fikiran sampai ke bulan. Macam-macam boleh dorang fikir okay. Dekat sini la keluar cerita yang korang dah tak sayangkan mereka lagi.
7. Bila seorang perempuan sudah meninggalkan lelaki ni, takkan ada lagi peluang kedua buat lelaki tersebut. Mungkin perasaan sayang tu masih ada, tetapi perasaan benci kerana disakiti itu telah melebihi segala-galanya.
8. Air mata adalah senjata utama perempuan.
9. Perempuan memang suka makan. Lepas tu mulalah bising badan dah gemuk!
10. Bila perempuan mula cemburu, mereka boleh jadi sehebat Detective Conan tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh, sampai lubang cacing pun mereka selidik.
Kesimpulannya, jangan cepat menghukum. Sudah menjadi lumrah perempuan dilahirkan sebagai seorang insan yang penuh dengan emosi. Jadi sayangilah ‘perempuan’ anda dengan sepenuh hati!
Yeezy effect! Menjadikan figura terkenal Kanye West sebagai inspirasi utama dalam rekaan bomber jacket ini sememangnya kena dengan penggayaan yang lebih santai, urban dan hipster. Penggunaan tekstur yang berbeza memberi kepelbagaian dalam rekaan bomber jacket ini.
CHECKED MATES!
Bosan dengan rekaan yang serba kosong? Barangkali pereka antarabangsa seperti Raf Simmons, Bottega Veneta dan Junya Watanabe menghasilkan corak petak yang lebih moden serba kreatif menghilangkan rasa bosan untuk pentas fesyen lelaki. Lebih berinovasi dan unik dalam gaya fesyen lelaki hari ini. Meskipun dilihat sedikit klasik dan retro, namun ia masih memberi impak mewah dengan penggunaan corak checks, woolly tartans and crisp windowpane patterns. Sekali gus menghidupkan pentas fesyen lelaki kali ini.
REAL GENTLEMAN
Mengapa masih mahu berada dalam kelompok yang sama? Penggunaan warna merah jambu dalam penggayaan lelaki semasa bukan dilihat sebagai mematahkan aura maskulinnya, malah ia lebih menyerlah dan memberi satu daya tarikan pada orang ramai. Dusty pink, mahupun dark pink mencetus fenomena dalam trend rangkaian koleksi lelaki untuk masa kini.
ROYAL PALACE
Perincian gold serta silver, penggunaan fabrik berstruktur berat seperti velvet mampu menghasilkan ciptaan rekaan yang serba mewah dan lebih agung. Mana tidaknya, padanan rekaan kot berlabuh panjang serta tambahan aksesori ala brocade menaikkan unsur Victoria pada era 60-an. Namun, dari segi silhouette masiih tampak moden dan eksklusif.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.