
Dalam dunia yang serba mencabar ini, tekanan hidup dan kewangan seringkali menjadi musuh utama terutamanya kaum lelaki. Melihatkan kondisi pada masa kini, satu kerjasama strategik dilaksanakan antara RichWorks Academy, syarikat pembangunan potensi diri dan keusahawanan terkemuka dan Astro, gergasi penyiaran negara.
Kerjasama ini menjanjikan gelombang transformasi yang boleh membantu rakyat Malaysia untuk bangkit, membina kehidupan yang lebih bermakna dan mencapai kejayaan yang diimpikan.
RichWorks Academy yang telah berjaya melatih lebih 2 juta individu dan usahawan sejak 2008, kini berganding bahu dengan kekuatan platform penyiaran dan digital Astro yang mempunyai capaian meluas.
Gabungan kepakaran dan kekuatan ini dijangka dapat menyebarkan mesej positif dan program pembangunan diri ke seluruh pelosok negara, dari bandar hingga ke kawasan luar bandar.
Pengasas dan Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata kolaborasi ini adalah langkah besar dalam misi membantu rakyat Malaysia keluar dari tekanan hidup dan cabaran kewangan.
“Kami percaya bahawa setiap insan mampu berubah, asalkan mereka diberikan peluang dan bimbingan yang betul. Dengan sokongan Astro, kami yakin mesej perubahan ini dapat sampai kepada lebih ramai orang, bukan hanya di bandar, tetapi juga ke kawasan luar bandar.
“Melalui gabungan kekuatan kandungan, komuniti dan penyiaran, lebih ramai individu dapat bangkit dan keluar dari zon selesa untuk membina kehidupan yang lebih bermakna dan berjaya,” tambahnya lagi.
Sebagai permulaan kolaborasi ini, program Transformasi360 akan dilaksanakan pada 10 hingga 12 Mei. Program ini menggunakan pendekatan AI (Artificial Intelligence) yang inovatif untuk membantu peserta mengenal pasti potensi dan kekuatan diri.
Bukan sekadar seminar motivasi biasa, Transformasi360 menawarkan pengalaman mendalam untuk peserta menyusun semula kehidupan dari segi emosi, kewangan, dan matlamat hidup.
Ini adalah peluang keemasan untuk setiap lelaki yang ingin memulakan perjalanan transformasi diri ke arah yang lebih baik.
Selain Transformasi360, kerjasama ini turut merangkumi penglibatan dalam program Jelajah Jiwa SME.
Program ini bertujuan untuk memperkasa usahawan kecil dan sederhana (PKS) dalam menghadapi cabaran dan merebut peluang dalam era digital yang pantas berubah.
Melalui siri ketiga Jelajah JIWA SME tahun ini, para peserta akan didedahkan dengan strategi, latihan, dan rangkaian sokongan yang lebih luas, membantu mereka untuk terus maju dan berjaya dalam dunia perniagaan.
Komitmen Astro Memperkasa Masyarakat
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Dr Grace Lee, turut menyatakan komitmen syarikat dalam memperkukuh impak sosial melalui kerjasama bermakna ini.
“Astro komited untuk menjadi platform yang bukan hanya menghibur, tetapi juga memperkasa. Kolaborasi dengan RichWorks adalah sejajar dengan usaha kami untuk menyokong pembangunan masyarakat melalui pendidikan, inspirasi dan peluang keusahawanan.
“Kami akan memainkan peranan penting dalam menyebarkan mesej dan kandungan program melalui platform penyiaran dan digital kami. Ini termasuk promosi, liputan media, serta kolaborasi aktivasi bersama saluran radio dan televisyen kami,” ujar beliau.

Kolaborasi antara RichWorks dan Astro ini adalah bukti nyata bahawa perubahan positif adalah mungkin.
Ini adalah seruan kepada rakyat Malaysia untuk merebut peluang, bangkit dan membina kehidupan yang lebih berjaya dan bermakna.
Untuk maklumat lanjut tentang Transformasi360 anda boleh layari www.transformasi360.com.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI