Pesta Keaamatan merupakan perayaan yang kebiasaannya diraikan cukup meriah oleh masyarakat Kadzandusun di Sabah setiap tahun.
Namun suasana sambutan pada tahun ini agak berbeza berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan. Walau bagaimanapun ia tetap dianjurkan oleh Dewab Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam suasana norma baharu dan mengikuti SOP yang ketat.
Berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, edisi untuk tahun 2021 ini diadakan secara di atas talian di Kaamatan TV. Pada hari kemuncaknya iaitu 31 Mei 2021, Maya Hejnowska gadis berdarah kacukan Kadazan-Poland ini telah dimahkotakan sebagai Ratu Unduk Ngadau 2021.
Memetik laporan Astero Awani, Maya Hejnowska berkata, “”Syukur kepada tuhan sebab tersenarai dalam Top 21. Bila sudah tersenarai itu cabarannya bermula apabila saya ada tugasan dan peperiksaan peringkat universiti.
“Saya bergelut juga masa itu. Saya perlu bijak menguruskan masa agar emosi saya tidak terganggu. Syukur semuanya berjalan lancar dan dinobat ratu pula,” jelasnya lagi.
Gadis dengan senyuman manis yang telah berjaya menambat hati ramai pihak terutamanya lelaki di atas talian ini merupakan anak kedua dari tiga adik-beradik.
Bak kata orang, ‘a beauty with brains’, itulah definsi tepat boleh kita perkatakan tentang Maya. Kemenangan Maya menewaskan tujuh finalis lain jelas berasas apabila dia bijak menguruskan masa di antara pelaran di universiti dan juga aktiviti Unduk Ngadau 2021.
Maya merupakan pelajar jurusan muzik di Universiri Malaysia Sabah (UMS). Tampil dengan kentinggian 165cm, Maya hadir cukup memukau dengan persalinan tradisi kaum Kadazan Penampang.
Selaku juara, Maya membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM66,830. Manakala, tempat kedua dimenangi oleh peserta mewakili DUN Paginatan, Dianarin Vahidin yang membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM45,280; sementara tempat ketiga dimenangi oleh Febby Angelica yang mewakili DUN Kundasang yang membawa pulang hadiah keseluruhan RM32,980.
Jika anda ingin terus mengikuti perkembangannya bolehlah follow Maya di Instagram menerusi akaun kedaliannya.
Tahniah sekali lagi MASKULIN ucapkan kepada Maya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bercuti di Cameron Highland memang tak lengkap kalau tak menghadap jem. Tambahan lagi kalau waktu cuti panjang.
Kalau tak nak hadap jalan jammed teruk sewaktu bercuti ke Cameron Highlands, kena merancang perjalanan dengan betul. Atau kalau nak mudah dan cepat sampai, boleh ikut pesanan daripada pengguna Facebook bernama Surgaroute ini.
Jelasnya, kesemua senarai lokasi yang disusun sudah mengikut kedudukan di dalam peta. Jadi, pastikan ikut susunan supaya tidak kena ‘sidai’ di dalam kereta.
Kalau anda naik dari Tapah, boleh ikut senarai tempat dari bawah ke atas.
Kalau naik dari Simpang Pulau boleh ikut senarai dari atas ke bawah.
Selain itu, beberapa tips lain sebelum ke Tanah Tinggi Cameron Highlands adalah:
Tentukan bajet perjalanan.
Rancang hari pertama percutian.
Rancang hari terakhir percutian.
Sediakan wang yang mencukupi.
Servis kereta untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Pastikan baki kad tol mencukupi.
Booking hotel di tempat bersesuaian.
Bawa pakaian yang bersesuaian.
Bawa ubat-ubatan.
Bawa bekalan makanan ringan.
Barulah percutian sempurna dan gembira tanpa hadap jalan jammed teruk. Semoga bermanfaat dan selamat bercuti!
Memiliki perniagaan bersaiz kecil dan sederhana dalam industri makanan dan minuman bukan sekadar soal menyediakan hidangan yang enak. Bagi premis yang membawa konsep tontonan sukan, cabarannya lebih besar kerana pengalaman pelanggan turut bergantung kepada suasana serta kandungan hiburan yang ditawarkan.
Selain menyediakan makanan pada harga berpatutan, pemilik premis juga perlu memastikan atmosfera restoran sentiasa hidup terutamanya ketika berlangsungnya acara sukan utama.
Pelanggan yang datang bukan sahaja mahu menikmati hidangan, malah ingin merasai pengalaman menonton siaran langsung bersama komuniti yang mempunyai minat yang sama.
Di sinilah peranan Astro BizOne menjadi signifikan. Pakej khas untuk premis F&B ini menawarkan rangkaian siaran sukan langsung serta kandungan eksklusif yang mampu menarik komuniti pencinta sukan untuk berkumpul dan menikmati perlawanan bersama.
Budaya menonton sukan secara berkumpulan sendiri sudah lama menjadi sebahagian daripada gaya hidup peminat sukan di Malaysia. Sama ada bola sepak Eropah, ragbi mahupun perlumbaan Formula 1, pengalaman menonton bersama sering memberikan suasana lebih hidup berbanding menonton secara bersendirian.
Menyedari potensi tersebut, Astro BizOne kini memperkenalkan kempen Astro BizOne Rewards yang serba baharu dengan sokongan pemasaran terjamin bernilai sehingga RM17.5 juta bagi membantu premis F&B di seluruh negara menarik lebih ramai pelanggan serta mengembangkan perniagaan mereka.
Kempen ini merupakan kesinambungan kepada Astro BizOne Rewards yang diperkenalkan sebelum ini, namun kali ini pendekatannya dipertingkatkan dengan ganjaran pemasaran terjamin kepada premis yang layak. Ia menggantikan konsep cabutan bertuah yang digunakan sebelum ini.
Melalui model baharu ini, premis F&B yang melanggan pakej Astro BizOne berpeluang menerima pendedahan pemasaran melalui pelbagai platform media Astro termasuk televisyen, radio serta platform digital.
Langkah ini memberi peluang kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana untuk memperkenalkan premis mereka kepada khalayak lebih luas tanpa perlu menanggung kos pemasaran yang tinggi.
Ketua Bahagian Perniagaan Pengguna dan Perusahaan Astro, Tan Sian Tuang berkata pemasaran memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sesebuah perniagaan.
Menurut beliau, gabungan kekuatan platform televisyen, radio dan digital Astro memberikan peluang besar kepada perusahaan kecil dan sederhana untuk menonjolkan perniagaan mereka kepada lebih ramai pelanggan.
Pelbagai Bentuk Platform
Sepanjang kempen Astro BizOne Rewards sebelum ini, sebanyak 200 premis F&B di seluruh Malaysia telah menerima sekurang kurangnya satu bentuk sokongan pemasaran melalui platform Astro.
Daripada jumlah tersebut, 87 premis dipromosikan melalui Astro Audio Ads manakala 48 premis menerima slot video dalam program Buletin Awani dan Borak SeeNI. Pendedahan ini memberi peluang kepada perniagaan kecil mendapat liputan media nasional yang sebelum ini sukar dicapai.
Kempen tersebut turut menghubungkan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti seperti pesta tontonan bersama, sesi ramah mesra serta liputan promosi makanan yang membantu meningkatkan kehadiran pelanggan.
Bagi kempen kali ini, premis yang layak akan menerima satu ganjaran pemasaran terjamin berdasarkan nilai langganan minimum BizOne yang mereka pilih.
Premis dengan langganan minimum RM1200 sebulan akan menerima pakej Astro Audio Ads bersama slot khas di Buletin Awani dengan nilai ganjaran sekitar RM163000. Ia merangkumi slot temubual di Buletin Awani, liputan di platform digital Astro Awani serta 56 slot iklan radio selama tujuh hari.
Premis yang melanggan pakej minimum RM1000 sebulan pula akan menerima Astro Audio Ads bersama slot televisyen dalam program Borak SeeNI dengan nilai ganjaran sekitar RM111000.
Sementara itu, premis yang melanggan pakej minimum RM800 sebulan layak menerima Astro Audio Ads bersama artikel di majalah digital Astro seperti Rasa, Maskulin, Nona atau Vanilla Kismis dengan nilai ganjaran sekitar RM78000.
Selain peluang pemasaran, Astro BizOne turut menawarkan rangkaian siaran sukan langsung yang lengkap termasuk Premier League, kejohanan badminton BWF, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, kriket, tenis serta pelbagai saluran hiburan lain yang sesuai untuk premis perniagaan.
Pengalaman menggunakan perkhidmatan ini turut dikongsi oleh Jasbir, pengusaha EL Dinos Cafe and Bistro yang menggunakan BizOne di premis mereka.
Menurutnya, BizOne banyak membantu memastikan pelanggan dapat menikmati siaran sukan dengan lebih lancar dan berkualiti.
“Astro BizOne banyak membantu dari segi liputan saluran terutamanya untuk sukan bagi sports bar seperti kami. Paling penting siaran lebih stabil dan tidak terganggu berbanding saluran tidak sah yang sering menghadapi masalah,” jelasnya.
Tambahnya lagi, restoran mereka bukan sekadar tempat untuk menikmati hidangan tetapi juga menjadi ruang pertemuan komuniti peminat sukan.
“Pelanggan kami datang bukan sahaja untuk makan tetapi juga untuk berkumpul dengan komuniti yang mempunyai minat sama seperti Formula 1 atau bola sepak. Bagi perniagaan kecil seperti kami, menggunakan perkhidmatan yang sah juga memberikan ketenangan tanpa perlu risau tentang risiko tindakan undang undang,” jelasnya lagi.
Pandangan sama turut dikongsi oleh pengusaha SideLine Restaurant and Sports Bar iaitu Norfazil Bin Damanhur dan Mohammed Ridazudeen.
Menurut mereka, sebelum menggunakan BizOne agak sukar untuk memastikan suasana restoran sentiasa meriah terutama ketika waktu puncak.
“Sebagai sports bar, siaran langsung sukan memainkan peranan penting untuk memastikan suasana restoran kekal bertenaga terutamanya apabila terdapat pelbagai jenis sukan seperti bola sepak, ragbi dan Formula 1 pada hujung minggu.
“Setiap Ahad khususnya ramai pelanggan kami datang untuk menonton perlawanan sukan bersama rakan rakan dan BizOne membantu memastikan suasana restoran kekal meriah,” tambah mereka lagi.
Kempen Astro BizOne Rewards ini berlangsung dari 9 Mac 2026 sehingga 31 Januari 2027. Premis F&B baharu yang melanggan pakej BizOne dengan nilai minimum RM800 sebulan layak menerima ganjaran pemasaran secara automatik mengikut tahap langganan mereka.
Inisiatif ini diharap dapat membantu lebih banyak premis restoran dan kafe tempatan berkembang sambil membina komuniti pelanggan yang lebih setia melalui pengalaman menonton sukan yang lebih menarik.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang www.biz.astro.com.my bagi pakej-pakej istimewa yang ditawarkan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ‘ikut campur’ dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.
Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah apabila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.
KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK
Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain daripada otak dan kelenjar di bawah otak. ‘Hipotalamus’ mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah.
Dua bahagian ‘hipotalamus’ yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘hipotalamus lateral’ (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau ‘pusat makan’); ‘hipotalamus ventromedial’ (HVM) yang bertugas mengekang nafsu makan (pemberhentian atau ‘pusat kenyang’).
Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila ‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus ventromedial’, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan. POLA MAKAN BERLEBIHAN
Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan.
KURANG BERSUKAN
Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh. Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu:
1) Tingkat aktiviti dan sukan secara umum;
2) Angka metabolisme atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi minimum tubuh.
Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti mempunyai peranan yang sangat penting. Pada waktu bersukan kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang.
Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti ‘gerak’ akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh individu tersebut.
Jadi, sukan sangat penting dalam penurunan berat badan, tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, malahan dapat membantu mengatur berfungsinya metabolisme normal.
PENGARUH EMOSIONAL
Seringkali orang yang bertubuh kurus disamakan dengan kecantikan, sehingga orang gemuk berasa malu dengan penampilan dan kesukaran mereka mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubung dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka di dalam keadaan ketegangan atau cemas, dan eksperimen membuktikan kebenarannya.
Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat mencengkam atau menekan, orang yang mempunyai berat badan secara normal akan dalam keadaan yang kurang mencengkam atau menekan (McKenna, 1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat badan yang kurang, dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang tegang, ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.
Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang tegang dibandingkan setelah menonton filem yang membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan kurang, selera makan kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.
LINGKUNGAN PERSEKITARAN
Faktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseoang dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang mengalami obesiti tidak akan menghiraukan masalah-masalah psikologi yang berkaitan dengan kegemukan.
Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan masih belum berjaya mengurangkan berat badan, janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas, anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.
Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah selagi tubuh anda tidak menghidap apa-apa penyakit maka, tidak ada yang salah dengan tubuh anda yang besar (gemuk) itu. Perkara lain yang juga tidak kurang penting ialah cubalah untuk bersukan secara teratur dan menjaga emosi anda pada setiap waktu dalam apa jua keadaan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang