Kecuaian boleh bawa padah. Namun bagaimana pula jika berlaku kerosakan pada perkakasan atau peralatan yang kita gunakan setiap hari? Pastinya anda sendiri tidak sangka, bukan?

Bahagian dapur di rumah merupakan satu lokasi yang cukup penting dalam kehidupan harian kita. Di sinilah kita menyediakan makanan bagi mengisi perut tidak kira siang atau malam.

Dapur menjadi ruang yang cukup signifikan dan menjadi ruang di mana ahli keluarga boleh mengeratkan hubungan sesama sendiri. Namun tahukah anda dapur juga merupakan salah satu bahagian rumah yang paling berisiko untuk berlaku kemalangan tidak diingini?

Langkah Elak Dapur Kaca Dari Risiko Pecah Berkecai, Jika Berlaku Memang Bahaya!
Image by Freepik

Selain risiko kebakaran atau kemalangan ketika memasak salah satu risiko terbaru yang cukup ditakuti ialah apabila dapur memasak yang permukaannya diperbuat daripada kacak pecah dan berkecai secara tiba-tiba!

IKLAN

Ia bukan sahaja merugikan tetapi boleh membahayakan keselamatan anda dan keluarga. Sebagai pengguna anda mungkin hairan dan tertanya-tanya mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.

Langkah Elak Dapur Kaca Dari Risiko Pecah Berkecai, Jika Berlaku Memang Bahaya!

Sebenarnya ada langkah-langkah dan juga tip penggunaan dapaur seperti ini boleh kita amalkan bagi mengelak kemalangan tidak diingini. Perkara pertama sekali sebelum nak beli dapur dengan permukaan kaca adalah memastikan ia melalui proses penilaian khas SIRIM dan selamat untuk digunakan.

IKLAN

Berikut MASKULIN kongsi beberapa langkah untuk mencegah dapur kaca dari pecah berkecai;

  • Elakkan meletakkan beban terlalu berat. Periuk untuk memasak gulai kawah misalnya, memang tidak sesuai di gunakan di atas dapur kaca ini.
  • Jangan gunakan peralatan dapur yang tajam dan merosakkan permukaan kaca ini. Kaca yang mula tercalar akan mudah retak dan pecah.
  • Elakkan guna “steel wool” untuk sental permukaan dapur kaca. Perkara ini juga akan mencalarkan permukaan dapur.
  • Rajinkan diri membersihkan dapur dari kerak kerak sisa makanan. Periksa sekiranya ada kesan retak atau pecah.
  • Sediakan ruang udara di keliling dapur termasuk di bawah dapur. Objek panas akan mengembang, ruang sempit akan menyebabkan tekenan kepada bahan kaca ini.
    Baca manual arahan yang disediakan bersama produk. Sesetengah produk ada arahan khusus.

Buat anda yang menggunakan dapur seperti ini berikan perhatian sebaiknya! Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MASKULIN (@maskulinmag)

Jangan lupa subscribe YouTube dan follow Instagram MASKULIN untuk seleksi content menarik!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI