Apakah perkara pertama yang terlintas di minda anda bila dengar tentang ‘peria’?
MASKULIN yakin 99% daripada anda pastinya akan terbayang akan rasanya yang sangat pahit.
Peria atau nama saintifiknya Momordica Charantia sebenarnya telah diakui sejak sekaian lamanya mempunyai khasiat dalam perubatan tradisional berasaskan herba.
JENIS PERIA
Terdapat dua jenis peria iaitu peria biasa yang berbentuk panjang dan juga peria katak yang bersaiz lebih kecil. Kebiasaannya, pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika yang panas dan khatulistiwa seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.
IKLAN
Sayur peria amat diminati oleh masyarakat Cina. Walaupun pahit tetapi mempunyai banyak khasiat. Bagi mengurangkan rasa pahit, peria direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
Habitat pokoknya memanjat menggunakan sulur paut manakala daunnya bersaiz sederhana mengandungi lima cuping dan berbau langu. Bunganya berwarna kuning sementara buahnya pula ada yang berbentuk panjang dan bujur, bergantung kepada benih dan jenisnya, namun yang pasti peria mempunyai kulit yang berkedut-kedut.
IKLAN
KANDUNGAN KHASIAT
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Lain-lain kandungan peria ialah lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis.
IKLAN
Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan. Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir. Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu dan amalkan selama sebulan; manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Walaupun pahit, peria mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan. Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin untuk menambah susu badan.
Siapa tak kenal dengan karekter adiwira Marvel . Namun mungkin ada segelintir generasi baharu tidak mengenali siapakah gerangan seorang lelaki veteran yang membuat kemunculan khas dalam kebanyakan filem terbitan Marvel. Untuk yang tidak tahu, itulah Stan Lee yang merupakan pencipta kepada komik lagenda Marvel. Malah kebanyakan adiwira yang anda minati seperti Doctor Strange, Spiderman dan X-Men merupakan hasil ciptaannya.
Tiada Lagi Stan Lee
Hari ini, dunia dikejutkan dengan pemergian pengarah yang berusia 95 tahun itu. Menurut sumber, punca kematian Stan masih tidak dapat dipastikan. Terdahulu pada Julai yang lalu, isterinya Joan telah meninggal dunia akibat strok. Pasangan ini telah berkahwin selama 70 tahun sebelum kedua-dua nya meninggal dunia pada tahun ini. Hasil tinjauan kami, mendiang Stan sempat memuat naik gambarnya yang berpakaian seragam WWII di Instagram nya semalam sempena dengnn Hari Veteran.Sejak tersebarnya berita mengenai kematian Stan, rata-rata penggiat industri hiburan Hollywood terutamanya pelakon-pelakon yang membintangi filem terbitan Marvel mengucapkan ucapan takziah serta turut terkejut dengan pemergian bintang lagenda ini.Selamat tinggal Mr Marvel!
20 fakta mengenai Marvel yang tidak diketahui umum
Dr Doom menjadi inspirasi utama dalam rekaan watak ikonik Star Wars iaitu Darth Vader.
Stan Lee
Meskipun bekerja di bawah Marvel selama 60 tahun, tahukah anda bahawa Stan Lee pernah memfailkan saman terhadap syarikat itu? Beliau dikatakan kecewa apabila mendapat tahu sebahagian keuntungannya tidak diberi Marvel.
Michael Jackson
Sekitar tahun 1990an, Michael Jackson pernah mencuba untuk membeli Marvel, kerana dia mahu melakonkan watak Spider-Man dalam filem terbitannya sendiri. – Foto AFP
X-Men
Amerika Syarikat mempunyai undang-undang mengenai pengimportan alat permainan yang menyerupai manusia. Kadar cukainya agak mahal. Marvel berjaya menyakinkan mahkamah bahawa permainan figura X-Men keluaran mereka adalah mutan dan tidak seharusnya dikenakan cukai.
Dust Marvel
Tahukah anda bahawa salah seorang ahli mutan X-Men adalah beragama Islam? Dust atau nama sebenarnya Sooraya Qadir mempunyai kebolehan menukar fizikal badan menjadi pasir lalu mengawalnya. – Foto Marvel
The Punisher Marvel
Ada sebuah keluaran istimewa komik Punisher pada tahun 1995 berjudul ‘The Punisher Kills The Marvel Universe’. Dalam isu tersebut, the Punisher membunuh kesemua superhero dan villain dalam dunia Marvel termasuk dirinya sendiri. – Foto YouTube
Hulk Marvel
Semasa sesi produksi filem ‘The Avengers’, krew tidak dapat merakam bunyi ngauman Hulk yang bagus. Lantas mereka menggunakan rakaman lama Lou Ferrigno yang pernah melakonkan Hulk pada 1977. – Foto YouTube
Marvel & DC Amalgram
Marvel dan DC comics pernah berganding bahu dan mencipta sebuah komik Amalgam bersama pada tahun 1996. Maka wujudnya watak-watak seperti Darkclaw (Batman + Wolverine), Super Soldier (Superman + Captain America) dan Iron Lantern (Green Lantern + Iron Man). – Foto Comic Vine
Nick Fury Marvel
Apabila diperkenalkan buat kali kedua, karekter Nick Fury direka menyerupai pelakon Samuel L Jackson tanpa pengetahuannya. Apabila menyedari persamaan tersebut, Samuel menghubungi Marvel dan memastikan bahawa dia akan dapat melakonkan watak itu dalam adaptasi layar perak filem-filem Marvel. – Foto Walt Disney Malaysia
Venom Marvel
Tahukah anda, penjahat dalam komik Spider-Man iaitu Venom adalah idea asal oleh peminat yang dibeli Marvel dengan harga USD200 (RM761)? – Foto YouTube
Blue Ear Marvel
Pada tahun 2002, seorang budak lelaki berusia 4 tahun tidak mahu memakai alat bantuan pendengaran kerana adiwira tidak memakainya. Justeru, Marvel mencipta satu superhero yang perlu memakai alat tersebut dipanggil Blue Ear. – Foto Marvel
Deadpool Deathstroke
Deadpool (Wade Wilson) sebenarnya dicipta sebagai satu ejekan terhadap karekter DC iaitu Deathstroke (Slade Wilson). – Foto Comic Vine
Spider-Man Marvel
Organisasi Planned Parenthood pernah bekerjasama dengan Marvel dan mengeluarkan edisi komik Spider-Man yang sangat pelik. Isu yang diterbitkan pada 1970 itu berkisar mengenai usaha menghalang para remaja dari melakukan seks tanpa perlindungan. – Foto AFP
Mr Immortal Marvel
Mister Immortal adalah watak ciptaan Marvel yang tidak mempunyai kuasa istimewa kecuali ‘immortality’ (hidup kekal abadi). Mister Immortal pernah dibunuh dengan pelbagai cara seperti ditembak, dilemaskan, ditikam, mati lemas, dihancurkan, kebuluran, dehidrasi, meletup, diracun, dipancung, terdedah radiasi dan dibakar. – Foto Marvel
Damage Control
Dalam dunia rekaan Marvel, wujudnya sebuah syarikat yang dipanggil Damage Control. Organisasi itu mengkhusus membersihkan masalah dan keadaan kucar-kacir yang dibuat superhero dan para ‘villain’. – Foto Marvel
Spider-Man Marvel Mary Jane
Spider-Man mengahwini Mary Jane Watson pada tahun 1987. Marvel membuat satu acara bagi tujuan publisiti yang menampilkan pelakon berpakaian seperti Spider-Man dan Mary Jane, berkahwin di Stadium Shea. – Foto YouTube
Eminem Marvel
Penyanyi ‘rap’ Eminem juga adalah satu karekter dalam dunia Marvel! – Foto Marvel
Tony Stark Iron Man Marvel
Iron Man diilham oleh Stan Lee sebagai satu cabaran untuk mencipta adiwira yang tidak akan disukai oleh para peminat. – Foto AFP
Puteri Diana
Marvel mengumumkan pada 2003 bahawa mereka bercadang untuk menerbitkan edisi khas komik berjudul ‘Di Another Day’. Koleksi yang dikhabarkan sebanyak 5 bahagian itu menampilkan Diana, Puteri Wales yang hidup semula sebagai mutan dan mempunyai kuasa luar biasa. – Foto AFP
Avengers
Jika anda tertanya mengapa Spider-Man tidak tersenarai dalam fasa pertama dan kedua filem The Avengers adalah kerana Marvel menjual hak perfileman kepada Sony. Spider-Man akan membuat kemunculan dalam filem Captain America: Civil War pada tahun 2016. – Foto Walt Disney Malaysia
Nak membeli rumah bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh dan ringan. Lagi-lagi bila anda adalah peniaga kecil atau yang ada bisnes kecil-kecilan ni.
Menurut Azrul Izzaham seorang ushawan muda yang sentiasa post tentang pengurusan cukai hasil bisnes di Twitter memberitahu ramai kenalannya mengalami nasib yang sama seperti kes ini.
Katanya mereka pergi ke bank untuk membuat pemohonan loan rumah, tetapi permintaan mereka ditolak kerana tidak declare income tax.
Tambahnya lagi, keadaan ini akan menyukarkan lagi pemohonan membuat loan rumah. Namun jangan terus bersedih, lelaki ini ajar cara-cara untuk dapatkan loan dengan cara yang mudah.
Daftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), RM60 setahun sahaja…
Setempatkan dokumen yang melibatkan perniagaan
Ambil peduli tentang akaun perniagaan & fahami formula ‘Jualan – Kos – belanja = Untung’
Isilah boring B, boring cukai individu yang ada bisnes dan hantar selewat-lewatnya sebelum 30 June setiap tahun
Bawa borang yang di isi tadi ke bank dan mohonlah beli rumah
Jangan lupa, standby dokumen lain seperti bank statement selama 6 bulan, SSM – Pendaftaran Niaga, statement saving akaun yang lain untuk buktikan anda ada support income
Sakit gout yang sinonim dengan orang lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun, lazimnya selalu menyerang ibu jari kaki. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Sakit gout ini sebenarnya boleh sembuh jika anda benar-benar pantang dalam pemakanan serta mengambil langkah-langkah penjagaan untuk mengatasinya.
Seorang pengguna Facebook, Salwa Zain berkongsi di page Masak Apa Hari Ni (MAHN) petua sakit gout menggunakan bahan yang mudah. Suaminya yang menderita sakit gout selama 15 tahun sembuh selepas sebulan mengamalkan petua sakit gout ini.
Nak tahu cara membuatnya. Jom baca perkongsiannya.
Hari ni saya nak share satu petua bagi sapa2 yang ada gout. Alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout. ??????
Macam2 petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last2 terpaksa la makan ubat farmasi. Allupurinol untuk turunkan paras asid urik. Goutnor 0.6mg untuk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang xleh pisah dengan dua jenis ubat ni kan!
Bahan2 dia mudah saja yang pasti jus yang dihasilkan memang sedap dan Insha Allah boleh diminum sebab bau dia wangi saja (tak lekat bau dalam mulut bila minum) dan tak pahit. Isteri pun curi2 minum haha…
Bahan-bahan:
1 biji timun
2 batang saderi @ celery
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit
Saya masukkan semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada RM179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air. Atau bagi yang nak guna mesin pengisar, tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas. Saya dapat dua gelas jus.
Minum 2 kali sehari ya. Satu gelas selepas bangun tido (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tido (malam).
Tips kalau malas macam saya sebab nak kena basuh bekas2 jus, jadi buat jus untuk dua hari siap2. Maknanya gandakan bahan di atas kemudian masukkan dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus bila nak minum tu seimbang.
Insha Allah semoga berkesan untuk anda juga.
Kesan dalam masa sebulan ni. Makan udang dekat 1kg. Suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lagi dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu. Kemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun. Berat dia pun turun mungkin sebab amalkan waktu pagi, perut kosong dan malam sebelum tido kot. Jadi jus tu cuci habis dalaman dia hehe…
Cubalah saya halalkan untuk anda kongsi dan sama2 amalkan. Setiap penyakit ada penawarnya. Kita cuma berusaha bagi yang tiada gout, jaga makan, jangan terlalu obses dengan makanan laut macam suami saya. Hehe makan berpada2 ya. ✌?️✌?️✌?️✌?️✌?️✌?️✌?️✌?️
"Kalau boleh putar balik masa, saya sebenarnya kena sambung belajar. Bukan setakat SPM sahaja", demikian luahan pelakon dan usahawan Aeril Zafrel ketika tampil sebagai Man Of The Moment Maskulin.