Ruginya jika anda yang dikurniakan dengan rupa paras tampan tapi tak pandai menjaga rambut.
Buanglah segera anggapan bahawa lelaki kacak dan tampan tak perlu menjaga kesihatan rambut.
Anda pernah lihat bintang Hollywood? Lihat saja pelakon-pelakon popular seperti Chris Hemsworth, Brad Pitt, Tom Cruise dan ramai lagi. Walaupun ada yang umurnya sudah nak masuk setengah abad tapi gaya rambut mereka masih steady dan hebat!
Mungkin ada yang beranggapan dengan duit boleh beli segalanya termasuklah rambut yang cantik. Ya, ada benarnya tapi itu bukan tiket untuk buat anda putus asa dan terus membiarkan rambut tak terurus.
Tahukah anda apakah rahsia bintang Hollywood menjaga rambut mereka sentiasa nampak kemas, sihat dan bersinar? Jom ikuti 15 rahsia tip penjagaan rambut mereka di bawah!
JANGAN TERLALU KERAP BASUH
Ini antara kesalahan rookie yang banyak dilakukan oleh lelaki. Usah terlalu kerap menggunakan syampu yang mempunyai bahan kimia setiap hari. Cukuplah dalam seminggu anda mencuci rambut menggunakan syampu sekadar 3 atau 4 kali sahaja.
KERINGKAN DENGAN BAIK
Jangan sesekali menggosok rambut dengan tuala menggunakan kekerasan. Dalam kondisi basah rambut terdedah untuk rosak dengan mudah. Keringkan rambut dengan cara lap dengan perlahan-lahan.
Ads
SIKAT RAMBUT DENGAN BAIK
Jika rambut anda makin menipis, carilah gaya potongan rambut yang sesuai. Usah sembunyikan kawasan bertompok yang nipis dengan menyikat rambut ke sebelah kawasan itu. Ia bukan sahaja buruk malah buatkan anda nampak macam sangat desperate.
GUNA TELUR
Ya, telur ada banyak khasiat seperti protein dan mineral. Sekali-sekala anda boleh gunakan kuning telur sebagai perapi semulajadi. Biarkan ia menyerap masuk ke bahagian liang folikel rambut anda.
JAUHI KLORIN!
Kandungan klorin terutamanya di kolam renang merupakan ramuan bencana buat rambut anda. Ini kerana ia boleh membuatkan rambut menjadi kering dan mengeras. Jika anda ingin mandi di kolam renang gunalah penutup kepala atau spukan sedikit perapi.
29-023723-best_hair_dye_for_men
GUNA PRODUK BERPADA-PADA
Usah terlalu teruja untuk mencuba segala macam produk penjagaan rambut. Penggunaan terlalu banyak produk ini mendedahkan rambut anda dengan pelbagai kandungan kimia.
SYAMPU BERFORMULA KHAS
Sebelum membeli dan menggunakan mana-mana syampu pertama sekali anda harus pastikan jenis rambut anda. Carilah syampu yang sesuai dengan rambut dan yang mengandungi bahan-bahan mesra alam dan mampu memberi kadar pH yang seimbang.
Ads
BASUH TAPI JANGAN ULANG
Ada sesetengah orang bila mandi suka mengenakan syampu melebihi satu kali. Bagi mereka cucian berkali-kali membuatkan rambut lebih bersih. Sebenarnya tabit itu sangat buruk untuk kesihatan rambut.
KURANGKAN SUHU
Tidak salah untuk menggunakan alat pengering rambut. Namun sebolehnya kurangkan sedikit tahap kepanasan yang anda gunakan. Atau untuk kesihatan berpanjangan cuba elak sama sekali daripada menggunakan pengering rambut.
SELALU TRIM RAMBUT
Setiap orang mempunyai kadar pertumbuhan rambut yang berbeza-beza. Namun majoritinya rambut akan mula tumbuh sedikit panjang selepas 4 hingga 6 minggu. Usah biarkan rambut anda serabai. Kunjungilah kedai gunting rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk melakukan kemasan rambut.
MANDIAN SEJUK
Tahukah anda air sejuk boleh menutup kapilari darah pada kulit kepala. Kapilari darah ini berfungsi membawa pelbagai jenis nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan rambut menjadi rosak. Jadi dengan mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
Ads
ELAK WARNA
Antara punca utama rambut lelaki cepat rosak ialah tabiat mewarnakan rambut berulang kali. Minimumkan penggunaan bahan kimia terutamanya yang terdapat di dalam pewarna rambut.
ALAT YANG BETUL
Pastikan juga anda sentiasa menggunakan alatan yang betul untuk menguruskan rambut. Rambut merupakan bahagian yang sangat sensitif. Elakkan guna sikat yang mempunyai jarak ruang terlalu kecil.
TOPI KETAT
Menggayakan topi yang ketat di bahagian kepala juga tidak baik untuk kesihatan rambut untuk jangka masa yang lama.
PEMAKANAN YANG SIHAT
Diet yang sihat menjamin tubuh badan yang sihat. Begitu juga dengan rambut. Jika anda amalkan gaya hidup yang sihat ia akan turut mempengaruhi kesihatan rambut. Rambut yang sihat dan bersinar kebiasaannya datang daripada amalan diet yang sempurna.
Semoga 15 tip penjagaan rambut ini boleh memberikan manfaat buat anda, lelaki tampan yang ingin sentiasa bergaya dan sihat.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Keluar rumah sahaja terus terasa bahangnya. Berbeza dengan beberapa minggu lalu di mana cuaca sering hujan dan sejuk, kini cuaca panas pula menghiasi kehidupan seharian kita.
Bagi anda yang harus bekerja di luar atau kawasan terbuka pastinya ini memberikan cabaran yang cukup geitr. Bukan sahaja pada tahap kesihatan diri malah kondisi kulit badan dan semestinya kulit wajah.
Jika tidak dilindungi dengan baik kulit boleh berdepan dengan pelbagai masalah seperti kesan terbakar, kemerahan, kering dan menjadi kusam.
Ada sesetengah lelaki seakan-akan tidak suka menggunakan produk yang mampu melindungi kulit. Bro, zaman sudah berubah dan sekarang sudah banyak produk khusus untuk lelaki di pasaran.
Penjagaan kulit wajah dengan memeastikannya sentiasa berada pada tahap kelembapan baik bukanlah sukar mana.
Antara bahan yang mampu melindungi kulit kita ialah cermaide. Ia merupakan salah satu daripada keluarga ‘waxy lipid molecules’ yang terdiri daripada sphingosine dan asid lemak. Kebiasaannya ia boleh didapati pada konsentrasi tinggi di dalam sel membrans dan sel eukariotik.
PERLINDUNGAN & PENGHALANG
Atau dalam bahasa mudahnya bahan semula jadi yang menjadi pelindung permukaan kulit. Bayangkan kulit kita sebagai dinding pertahanan. Pada awalnya ia sangat kuat namun lama-kelamaan ia perlu dijaga dengan baik agar sentiasa dalam kondisi begitu.
Barisan produk Dr Jart+ Ceramidin merupakan di antara produk yang menawarkan perlindungan kulit yang baik. Menariknya ia turut diperkuarkan dengan ceramide untuk menguatkan pertahanan kulit di samping memberikan kelembapan yang baik.
Selain itu, ia turut diperkuatkan dengan 5-Cera Complex memberikan perlindungan lebih efektif bagi menghalang kulit menjadi terlalu kering dan kusam. Seleksi Ceramidin line ini sesuai digunakan untuk pelbagai jenis kulit sama ada normal, kering dan terlalu kering.
Di antara seleksi yang memberikan perlindungan baik ialah Ceramidin Liquid, Ceramidin Serum, Ceramidin Cream, Ceramidin Facial Barrier Mask, Ceramidin Lipair dan Ceramidin Cream Mist.
Masing-masing mempunyai peranan tersendiri untuk kulit seperti melembab, membina pertahanan lebih kuat, menguatkan dan memperbaiki kerosakan akibat kondisi kering dan kusam.
Selain menggunakan produk mengandungi ceramide terdapat beberapa tip yang anda boleh ikut bagi memastikan kulit wajah sentiasa segar. Anda boleh ikuti tip seterusnya di sini.
Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN bagi update trendy gaya hidup lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Baik lelaki atau wanita, pisau cukur adalah salah satu peralatan grooming yang wajib ada. Tanpanya, banyak bulu yang tidak diperlukan tumbuh melata hingga merosakkan penampilan terutamanya pada wajah.
Walaupun begitu, masih ada lagi yang tidak mengambil berat terhadap penjagaan pisau cukur hingga ia boleh merosakkan wajah. Pisau cukur diperbuat daripada besi dan jika tidak disimpan dengan baik, ia akan berkarat dan menjemput banyak bakteria.
Disebabkan itu, MASKULIN ingin menerangkan bagaimana menjaga pisau cukur agar ia tahan lama sekali gus boleh menjimatkan duit.
Ramai orang tidak menggunakan krim pencukur ketika mencukur. Ia amat penting untuk membuatkan bulu-bulu yang akan dicukur berada dalam keadaan lembab sekali gus memudahkan proses mencukur. Ia juga penting untuk mengelakkan pisau cukur daripada tergores dengan kulit hingga mengakibatkan kecederaan dan lebih teruk meninggalkan kesan parut.
2. Bersihkan pisau cukur dengan teliti
Percaya atau tidak, ramai orang selepas bercukur suka tinggalkan pisau begitu sahaja tanpa membersihkannya. Penjagaan paling mudah adalah dengan melalukan air di setiap celah-celah garis pisau. Selain itu, bulu yang tertinggal pada mata pisau boleh mengakibatkan kesan luka kerana ia amat tajam. Jadi, pastikan pisau cukur anda bersih dan bebas daripada bulu lama yang telah dicukur.
3. Keringkan setelah digunakan
Air yang tertinggal pada pisau cukur akan membuatkan ia berkarat. Pisau yang berkarat bakal membuatkan banyak bakteria hinggap di situ. Lebih teruk lagi, jika anda menggunakan pisau cukur yang mempunyai kesan karat, kulit muka anda akan mengalami kegatalan dan timbul tanda kemerahan kerana dijangkiti bakteria.
4. Simpan di tempat yang kering
Walaupun sudah kering, tidak bermakna anda boleh meninggalkan pisau cukur di dalam bilik air. Persekitaran bilik air yang lembab boleh mempengaruhi pisau cukur dan membuatkan ia berkarat. Carilah tempat yang kering untuk anda menyimpannya.
Untuk memastikan mata pisau cukur sentiasa tajam, asahkan ia menggunakan seluar jeans yang tidak digunakan lagi. Caranya adalah dengan mengalur gerak pisau tersebut sama seperti anda bercukur. Anda boleh mengasah ia apabila anda merasakan mata pisau tersebut tidak tajam seperti biasa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak semua orang mampu memiliki rambut panjang. Bagi anda yang jenis rambut lebat, memang beruntung. Nak simpan rambut panjang hanya ambil masa beberapa bulan sahaja. Bagi yang jenis rambut nipis memang agak sukar. Kalau panjang pun nampak tidak berapa cantik.
Namun sebenarnya ada beberapa langkah serta tip penjagaan yang boleh anda lakukan untuk memastikan rambut panjang sentiasa kelihatan sihat, bersinar dan nampak sihat.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi cara terbaik bagaimana nak jaga rambut yang panjang.
Cuci Cara Betul
Selama ini adakah anda guna teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah pertama mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air sedikit suam.
Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala jenis kotoran pada kulit kepala. Ketika guna syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari kepada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya pori kembali tertutup.
Guna Sikat Yang Betul
Menggunakan sikat yang betul juga memainkan peranan sangat penting untuk pastikan rambut sentiasa terurus dan kekal sihat. Gunakan sikat jenis wide-tooth combs untuk rambut yang panjang. Mula menyisir pada bahagian hujung rambut dahulu bagi mengurangkan masalah kerosakan pada rambut. Elakkan menyisir rambut ketika ianya masih basah kerana rambut yang basah lebih rapuh dan sukar diurus.
Produk Sesuai
Kalau nak berambut panjang pastinya anda harus bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Seloknya guna produk yang bebas daripada bahan kimia merbahaya. Pilihlah produk yang berasaskan sumber semulajadi.
Kurangkan Guna Curling Iron & Dryer
Kalau boleh elakkan guna sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut anda menjadi kering dan mudah putus. Jika anda nak guna dryer pastikan ia berada di paras paling rendah.
Minyak Kelapa
Perlu akui tak ramai orang Melayu menggunakan minyak kelapa untuk rambut terutamanya lelaki. Namun minyak kelapa mampu membantu meningkatkan mengekalkan protein dalam rambut malahan, berperanan sebagai pelindung daripada sinaran UV merbahaya. Ia juga kaya dengan vitamin dan asid lemak bagi menyihatkan kulit kepala dan menghilangkan sebum pada folikel rambut.
Diet Seimbang & Minum Air Cukup
Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat, segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan juga anda selalu minum air dan tidak terhidrat. Kekal hidrasi sepanjang hari mampu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Semoga tip ini mampu membantu anda tampil dengan gaya rambut panjang yang segak dan tampan! Jangan lupa untuk subscribe YouTube dan Telegram MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.