Lain orang lain caranya untuk tunjukkan rasa kasih dan sayang mereka kepada pasangan. Ada yang lebih mesra dan bermanja. Tak kurang juga yang lebih subtle dengan menunjukkan kasih sayang dengan meringankan tulang membantu pasangan melakukan kerja-kerja rumah.

Namun seiring dengan peredaran waktu, kemesraan pasangan berkahwin boleh menjadi semakin berkurang. Jangan begitu! Adakah anda tak mahu hubungan mesra itu berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Antara perbuatan yang mungkin dianggap remeh terutamanya untuk pasangan yang sudah lama berkahwin ialah pelukan.

Rasakan ‘Kuasa Pelukan’ Buat Anda & Pasangan Dengan 4 Teknik Pelukan Yang Luar Biasa Mujarabnya

BACA: 8 Trik Mudah Nak Pikat Pasangan, Khas Buat Anda Yang Masih Single!

Tahukah anda sudah banyak kajian membuktikan bahawa pasangan yang setiap hari memberikan pelukan antara satu sama laion mempunyai kadar bahagia lebih tinggi?

Kuasa pelukan sangat tinggi kerana ia boleh bertindak untuk mengurankan tekanan, melegakan perasaan, memberikan rasa kasih dan sekali gus kesannya kepada fizikal. Denyutan jantung juga menjadi sangat tenang dan aliran darah boleh berjalan dengan baik.

Seorang doktor bernama Taufiq Razif pernah berkongsi tentang empat teknik pelukan yang boleh diamalkan oleh pasangan berkahwin untuk hidup lebih bahagia.

IKLAN

Perkongsiannya di Facebook ini turut mendapat jumlah share yang tinggi. Nak tahu empat teknik pelukan itu? Jom ikuti perkongsian beliau di bawah:


Sedih saya bila ada suami isteri yang dah rasa jijik nak peluk-peluk pasangan. Katanya geli sebab masing-masing dah tua.

Padahal pelukan tu la yang akan merembeskan ‘Hug Hormones’ yang bernama Oxytocin. Perasan tak waktu awal-awal nikah dulu rasa bahagia je memanjang? Rasa macam lautan api pun dapat ku renang, bukit bukau pun dapat ku angkatkan?

Haa, rasa bahagia tu semua terjadi antaranya hasil daripada pelukan pasangan la tu. Bila hormon oxytocin ni tinggi, mood kita akan lebih stabil, hati rasa lebih lapang, bibir pun tersenyum-senyum dan menaikkan seri wajah.

Cuba Amal Teknik 4 Pelukan Ni untuk hidup lebih bahagia

IKLAN

1. Peluk ketika bangun

2. Peluk ketika nak berangkat kerja

3. Peluk ketika balik kerja

4. Peluk sebelum tidur

IKLAN

Rasakan ‘Kuasa Pelukan’ Buat Anda & Pasangan Dengan 4 Teknik Pelukan Yang Luar Biasa Mujarabnya

Ni la hikmah diciptakan berpasangan supaya kita beroleh ketenangan dan kebahagiaan.

Taufiq Razif
Berharap Suatu Hari Nanti Boleh Sampai Level Pergi Tandas Je Pun Dah Rasa Rindu!

_________________

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda dan pasangan. Ingat, jangalah malu dans egan untuk peluk isteri sendiri. Kalau bukan anda siapa lagi nak peluk di dia, bukan?

Perkongsian asal di Facebook:

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI