Salam Ramadan buat pembaca MASKULIN yang dikasihi semua. Selamat menunaikan ibadah puasa yang bermula pada hari ini. Semoga Ramadan kali ini membawa kerahmatan yang lebih hebat berbanding tahun-tahun terdahulu.
Bulan puasa adalah bulan kita menahan lapar dan dahaga. Serta menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Sempena bulan puasa juga ramai yang ambil kesempatan untuk mengembalikan semual tabiat makan yang lebih baik. Dalam erti kata lain ramai yang menggunakan kesempatan puasa ini untuk menurunkan berat badan.
Tapi untuk anda melakukan diet pada bulan puasa ini, harus ada panduan yang betul. Sudah ramai yang ‘terkandas’ dan hanya bertahan selama seminggu sahaja. Malah ada yang pada buan puasa berat badan mereka semakin bertanbah pula.
Jadi untuk tak keliaru eloklah kita ikut tip diet dengan sahur dan berbuka daripada mereka yang pakar seperti Kevin Zahri.
BACA: Puasa Bagai Nak Rak Tapi Berat Makin Naik, Antara Puncanya Makanan Tinggi Gula
Tip Sahur
Jadikan karbohidrat kompleks sebagai pilihan diet anda semasa bersahur.
Tahukah anda bahawa garam merupakan penyerap atau penyimpan air. Ya, betul ia penting untuk kurangkan dehidrasi semasa bersukan tapi ketika berpuasa, pengambilan sumber makanan bergaram seperti biskut, kicap, masakan bergoreng dan sebagainya akan mempercepatkan dehidrasi dan akan buat kita cepat berasa haus.
Secara purata, sasaran pengambilan kalori untuk hidangan sahur harus dalam lingkungan 500 kcal. Pastikan ada sumber protein dan karbohidrat berserat. Contoh hidangan:
Kandungan kafein di dalam minuman seperti teh tarik, teh hijau, kopi dan minuman coklat adalah bersifat diuretik iaitu ciri-ciri yang memaksa badan buang air. Secara tak langusng ia mempercepatkan dehidrasi badan anda yang sedang berpuasa.
Nota: Kandungan kafein dalam setiap minuman berbeza-beza. Jadi kalau mahu menikmati Milo contohnya tidaklah menjadi masalah yang besar tapi sebaiknya kurangkan kuantiti pengambilan.
Dinasihatkan agar anda tak minum banyak dan berlebihan. Ini kerana lagi banyak anda minum, lagi cepat badan akan membuangnya. Lali membuatkan anda berasa lebih cepat haus. Sebagai panduan:
Jumlah: 3-4 gelas sederhana sudah cukup.
Suhu: Paling baik yang suam. Kalau yang ais pun boleh tapi awal pagi, badan agak terkejut dengan air ais.
Jenis? Jika mahu minum air manis, jangan lebihkan dari air kosong. Contoh: 1 gelas manis, 2 gelas air kosong.
TIP BERBUKA PUASA
Buah kurma adalah buah istimewa kerana mengandungi gabungan gula ringkas (tenaga cepat) dan serat (tenaga lebih lama). Jadi anda ada cukup tenaga untuk solat Maghrib terlebih dahulu sebelum makan makanan berat. Kurma juga kaya dengan potassium untuk bantu stabilkan bendalir badan setelah berpuasa sehari.
Target pengambilan kalori untuk berbuka dalam lingkungan 700 kcal. Tapi tak kira betapa sedap kuih-muih dan manis-manisan yang disediakan, bermulalah dengan hidangan yang seimbang untuk kawal nafsu makan dan elak makan berlebihan:
Dari suapan kurma semasa berbuka sehingga berasa kenyang ambil masa 20 minit. Kalau anda belasah makanan sepanjang 20 minit, besar kemungkinan anda akan makan berlebihan. Jadi makan dulu dan faham bahawa kenyang datang kemudian (selepas lebih-kurang 20 minit) Sunnah Nabi S.A.W pun menyatakan “berhenti makan sebelum kenyang.”
Semasa berbuka, hidangkan tiga jenis air:
Pastikan anda ambil makanan dan minuman mudah hadam (elak solid foods), jangan makan terlalu banyak dan tunggu dalam 10-20 minit sebelum mulakan senaman. Contoh: Kurma dua biji, air suam, air 100 Plus dan whey protein (ia protein mudah hadam).