
Nampak sedap kan nasi goreng tomyam ni?Apa kata jom kita masak sendiri di rumah, asyik beli je kan sekali sekala apa salahnya rasa air tangan sendiri. Lelaki yang pandai memasak sebenarnya terlihat lebih seksi berbanding mereka yang tidak pandai memasak. Ingat tu lelaki seksi bukan hanya dilihat pada postur tubuh yang sasa dan sado je. Nah resepi nasi goreng tomyamnya.
Resepi Nasi Goreng Tomyam
Bahan2
- Udang / sotong
- Bawang blend/ tumbuk ( bawang merah & putih)
- Satu sudu cili blend (untuk nampak merah)
- Daun limau purut
- Serai dihiris
- Cili padi ( ikut citarasa masing-masing)
- Kiub pati tomyam
- Kubis bunga dan carrot
Cara-cara
- Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili kisar sekejap
- Agak-agak dah naik bau tu, masukkan kiub, daun limau dan serai.. kacau sebati.. masukkan sedikit air kalau pekat.. masukkan udang ..
- Agak-agak dah nak dekat kering, masukkan nasi .. kacau sekejap, masukkan sotong dan sayur ..
- Masukkn perasa.. garam letak sikit je sebab kiub tu da rasa masin juga..
- Dah siap boleh dimakan bersama kepok keping
Lepas ni tak perlu la pergi kedai kalau teringin nak makan nasi goreng tomyam ni, boleh dah buat sendiri di rumah kan,.
Jadi siapa cakap lelaki ni tak boleh masak. Selamat mencuba!
Sumber : Noorhafizah Ismail via #MAHN
Anak Kecil Boleh Juling Jika Dibiar Bermain Gajet Terlalu Lama, Kata Pakar Mata Ini

Pernah tak bila anda ke kompleks membeli belah dan ternampak anak-anak kecil berusia bawah 5 tahun asyik dan ralit bermain telefon pintar atau tablet?
Ya, perkara ini seakan sudah menjadi satu kebiasaan dan normal di dalam masyarakat kita. Hal ini mungkin terjadi kerana ibu bapa terutamanya di kalangan yang muda ingin anak-anak kecil mereka leka dan alihkan perhatian mereka.
Namun ramai tak tahu akan risiko yang dihadapi oleh anak-anak kecil mereka jika dibiarkan bermain gajet terlalu lama. Perkara ini mendapat perhatian dan dikongsi oleh seorang pakar mata, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah. Beliau berkongsi tentang keresahannya dan kekecewaannya terhadap ramai ibu bapa yang seakan mengambil ringan akan hal ini.

Jadi apa peranan anda sebagai ketua keluarga dan lelaki?
Menerusi postingnya di Facebook yang turut yang dikongsi menerusi Facebook Medical Myhbusters Malaysia, beliau didatangi beberapa pesakit kanak-kanak yang mata mereka menjadi juling akibat dibiarkan bermain gajet sampai berjam-jam dalam sehari.
Lebih mengecewakan apabila ibu bapa kanak-kanak terbabit mula menyalahkan satu sama lain. Sebagai seorang pakar mata, Dr Azlindarita menasihatkan mereka dengan baik.
BACA: Mak Ayah Jangan Lembik, Terlampau Back Up Anak Buat Mereka Jadi Manja!
Terdapat 6 perkara PENTING yang dikongsi oleh beliau.
- Jangan biarkan anak-anak kecil berusia bawah 7 tahun bermain gadget MELEBIHI 2 JAM DALAM SEMINGGU kerana ia boleh beri risiko tinggi untuk rabun jauh.
- Apabila mata kabur akibat rabun, ada potensi jadi mata malas dan seterusnya boleh jadi juling. Dan apabila perkara ini berlaku anak-anak ini berdepan dengan ejekan di sekolah & mula rasa rendah diri.
- Hadkan penggunaan gadget kepada 2 JAM SEMINGGU sahaja untuk anak-anak berusia kurang 7 tahun.
- HARAMKAN gajet untuk anak-anak berusia BAWAH 2 TAHUN!
- Galakkan anak-anak bermain di bawah cahaya matahari untuk menggalakkan penghasilan dopamin dalam bola mata dan elakkan rabun jauh.
- Jika nak tengok TV, pastikan jarak adalah dalam 2 METER ATAU LEBIH.
Terima kasih Dr Azlindarita di atas perkongsian yang sangat berguna ini. Beliau merupakan pakar mata yang berkhidmat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Jadi kepada anda yang mempunyai anak kecil atau adik pastikan perkara ini diberikan perhatian yang serius.
Sebagai lelaki di dalam keluarga anda sebenarnya mempunyai peranan yang sangat besar untuk mengawasi tindak-tanduk dan tabiat anak-anak kecil di dalam rumah.
Jangan nanti bila sudah terlambat baru nak tergadah.
Berikut merupakan perkongsian asal beliau di Facebook.
‘Alert’ Dengan Dua Waktu Ini Kerana Ia Waktu Kritikal Boleh Berlakunya Serangan Jantung

Jika dahulu penyakit serangan jantung biasanya menyerang orang yang lebih tua, namun kini ia boleh terjadi kepada mereka yang berusia 30-an.
Ini kerana ia dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’ yang boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang.
Bagi anda yang berisiko seperti pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok, individu yang mengalami stres dan kurang tidur, pastikan anda peka dengan waktu-waktu paling kritikal sebagaimana yang dikongsikan Public Health Malaysia ini.
Artikel berkaitan: Buat Urutan Telinga & Hidu Epal Hijau, Ini Antara Cara Untuk Mengatasi Stres
Artikel berkaitan: Tahukah Anda, Stress & Kurang Vitamin C Punca Perut Anda Buncit?

[ALERT] Awal pagi dan waktu terakhir fasa tidur merupakan antara waktu yang paling BAHAYA dan kritikal sekiranya berlaku serangan jantung atau strok.
Pada waktu ini, hormon kortisol yang dirembeskan oleh kelenjal adrenal akan memuncak menyebabkan tekanan darah, paras gula dan degupan jantung bertambah laju.
Perkara ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan oksigen dan penyempitan saluran darah termasuk saluran darah di jantung.
Ketika ini, platlet dan bahan yang merangsang proses pembentukan ketulan darah juga masih terenap di dinding saluran darah menyebabkan pembentukan ketulan darah beku mudah berlaku.
Risiko meningkat berganda bagi pesakit darah tinggi, kencing manis, perokok dan individu yang mengalami stress serta kurang tidur.
Sekiranya anda atau sesiapa alami gejala serangan jantung pada waktu kritikal ini, dapatkan rawatan segera. Bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, pastikan tekanan darah terkawal pada waktu kritikal ini.
Owh ya, tanyalah mana-mana doktor jantung sekarang. Penyakit jantung bukan lagi penyakit orang tua sahaja. Kita sudah mula mendengar, serangan jantung berlaku pada seawal umur 20-an, dan menjadi lebih kerap pada umur 30-an.
Subscribe dan tonton video fitness / gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
Revolusi Gaming ‘Alchemy Stars’, Catat Lebih Lima Juta Pengguna Dalam Masa Dua Minggu

Mungkin ramai di antara daripada anda tidak tahu bahawa industri gaming kini mempunyai nilai pasaran yang telah melebihi industri filem.
Jadi tidak hairanlah semakin banyak judul-judul game yang ditawarkan untuk pelbagai platform tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Dengan keadaan global yang masih dibelenggu pandemik juga membuatkan lebih ramai orang memilih gaming sebagai ruang untuk melepaskan rasa bosan di rumah.
Ia sekali gus membuatkan pasaran gamin ini meningkat naik menjadi semakin besar. Di antara judul game yang mendapat tempat di hati pengguna aktif ialah ‘Alchemy Stars’.
Game bergenre RPG ini telah meraih lebih dua juta muat turun di peringkat global serta menyaksikan lebih lima juta pendaftaran selepas dua mingguia dilancarkan. Dengan sokongan hebat dari rakan niaganya iaitu Navigator, ‘Alchemy Stars’ juga telah memgumumkan mereka akan melancanrkan versi dalam Bahasa Indonesia & Thai dalam masa yang terdekat.
Seperti permainan video yang RPG yang lain, ‘Alchemy Stars’ juga sarat dengan karakter-karakter hebat. Menerusi game ini, karakternya mempunyai keupayaan tersendiri. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Detonator, Sniper, Converter & Support.
Pemilihan karakter inilah yang mencorak bagaimana pemain membina komposisi pasukan berdasarkan peranan dan keupayaan setiap karakter tersebut.
Peranan setiap watak boleh dikategorikan ke Detonator, unit yang boleh mengeluarkan damage AOE besar kepada beberapa sasaran di sekitarnya dengan kombo rantai yang betul; Sniper, unit dengan kekuatan tinggi yang dapat menembak sasaran dari jarak yang lebih jauh; Converter, unit yang dapat mengubah warna jubin dengan kemahiran aktif mereka; dan Support, yang boleh sembuh, menyediakan Kombo 2x, pelindung perisai atau kenakan musuh dengan kesan-kesan seperti racun, luka bakar, pendarahan dan lain-lain.
Sebelum meneruskan pembinaan pasukan, anda juga harus memahami bahawa membina pasukan warna mono adalah lebih baik.
Ini kerana pasukan warna mono mempunyai output dan kesinambungan damage yang lebih baik, kerana 5 unit anda akan menyerang bersama jika anda mencetuskan jubin warna yang tepat. Pasukan warna Duo boleh diterima kerana fleksibiliti elemen mereka manakala pasukan pelangi semestinya tidak disyorkan.
Itu merupakan antara strategi yang anda boleh gunakan untuk membina komposisi pasukan agar ia jadilebih komptetitf dan kuat untuk bersaing.
Pada permulaan juga setiap pemain ‘Alchemy Stars’ akan diberikan watak 5 bintang iaitu Dayna, unit DPS element guruh kepada semua permain. Di sini pemain hanya perlu menyelesaikan 10 misi-misi event pertumbuhan terhad masa dan Dayna akan dimiliki anda secara percuma.
Buat anda yang ingin mencuba game ini bolehlah dapatkannya di sini.