Bagi sesetengah penunggang motosikal melakukan perjalanan pada waktu malam adalah jauh lebih menyeronokkan dan selesa. Selain dapat mengelak cuaca yang panas melakukan tunggangan pada waktu malam boleh memberikan satu keunikan atau kepuasan yang lebih berbeza.
Selain kesesakan jalan raya yang boleh dielakkan suasana tunggangan pada waktu malam mampu memberikan ketengangan dan pengalaman yang tersendiri. Namun mungkin tidak sedar bahawa melakukan perjalanan menggunakan motosikal pada waktu malam boleh mendatangkan risiko yang agak berbahaya.
Menurut Kementerian Pengangkutan, penunggang motosikal mencatatkan 59% daripada kemalangan jalan raya maut di Malaysia, dengan tujuh daripada setiap 10 kemalangan tragis melibatkan motosikal.
Malah, Kementerian Pengangkutan juga baru-baru ini mendedahkan bahawa akan berlaku kemasukan motosikal di jalan raya berdasarkan peningkatan mendadak jualan motosikal sepanjang tahun lalu. Pada tahun 2021, terdapat 23 juta kenderaan atas jalan dengan motosikal mencatatkan peratusan sebanyak 46% dan angka ini dijangkakan untuk terus meningkat.
Menunggang motosikal pada waktu malam mempunyai risiko yang tersendiri akibat pelbagai faktor seperti cuaca buruk, pencahayaan jalan yang tidak memuaskan, titik buta, jalan berlubang dan selekoh yang berbahaya.
dengan risiko-risiko sebegini penggunaan motosikal semakin popular di Malaysia sebagai mod pengangkutan kegemaran kerana kebolehgerakan dan kemampuan untuk mengharungi trafik kota raya.
Ads
Sekiranya anda tidak boleh mengelakkan diri daripada menunggang motosikal pada waktu malam, berikut merupakan beberapa tips untuk berhati-hati di jalan raya apabila malam menjelang tiba.
PANTUL CAHAYA
Pastikan anda boleh dilihat semasa menunggang motosikal pada waktu malam supaya para pengguna jalan raya lain sedar akan kehadiran anda dari jauh. Pakai pakaian pantul cahaya semasa menunggang motosikal agar boleh dilihat dengan lebih jelas dari segenap sudut.
LAMPU BIAR SEMPURNA
Periksa dan pastikan semua lampu motosikal anda berfungsi dan terang, termasuk lampu hadapan, lampu brek dan lampu signal. Lampu hadapan memperbaiki keterlihatan dan memaklumkan kepada para pengguna jalan raya tentang kehadiran anda, manakala lampu signal adalah penting untuk menetapkan hala tuju pergerakan anda.
Ads
SENTIASA BERWASPADA
Keadaan jalan raya yang tidak menentu boleh menimbulkan risiko yang serius. Ini termasuklah jalan berlubang dan halangan seperti haiwan, objek atau tumpahan minyak licin. Kekal fokus, jangkakan insiden ini, dan bersedia untuk bertindak balas dengan pantas dan selamat.
PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT
Pemanduan yang perlahan juga membolehkan anda untuk memperhatikan persekitaran anda dan juga memberikan anda masa untuk mengelak dari jalan berlubang atau halangan-halangan lain di atas jalan. Anda juga boleh berhenti sewajarnya sekiranya penunggang motosikal lain hilang kawalan atau memandu secara berbahaya.
Selain anda mengikuti tips dan serta mematuhi pelbagai larangan jalan raya serta kekal selamat, adalah lebih bagus sekiranya anda dilindungi dengan insurans motosikal. Ia merupakan usaha untuk memastikan penunggang motosikal semua mendapatkan perlindungan sewajarnya terutamanya mereka dari komuniti B40.
Ads
Baru-baru Liberty General Insurance melancarkan kempen ‘Takpe, We Belanje!’ untuk membantu meringankan beban kewangan kumpulan berpendapatan rendah. Ia bertujuan untuk menonjolkan kepentingan memiliki pelan insurans yang secukupnya untuk melindungi anda yang tersayang.
Seingga 14 November 2023, semua pemegang polisi yang membeli atau memperbaharui polisi mereka bagi motosikal berkuasa 150cc dan ke bawah menerusi Liberty General Insurance Berhad atau mana-mana perantara yang sah layak untuk menerima cukai jalan secara percuma untuk motosikal yang diinsuranskan.
Mereka hanya pastikan pelan insurans dikemaskini dengan Liberty General Insurance Berhad dan dapatkan polisi insurans unik anda dan bawa ke mana-mana cawangan POS Malaysia untuk menebus cukai jalan percuma.
Selain itu, anda juga boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan mereka yang boleh membantu para pelanggan untuk memperbaharui cukai jalan mereka menerusi MYEG.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Terbaru, bayaran parkir pihak berkuasa tempatan mungkin dikecualikan untuk kenderaan elektrik (EV) yang memasuki bandar-bandar sebagai langkah menggalakkan penggunaannya, kata Nga Kor Ming.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata bahawa cadangan ini sedang dipertimbangkan selepas pengumuman terbaru untuk memperkenalkan “plat hijau” untuk EV.
“Kami sedang mengkaji kemungkinan memberikan pengecualian parkir untuk kereta EV sebagai faktor pendorong agar lebih ramai orang membeli EV berbanding kereta bahan api fosil tradisional,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri Rundingan Meja Bulat Asean-China mengenai Pembinaan Bandar dan Perumahan pada Khamis (4 Julai).
Beliau berkata bahawa kementeriannya sedang mengadakan perbincangan dengan majlis-majlis tempatan yang berkenaan untuk mempertimbangkan kebolehlaksanaan cadangan tersebut.
Beliau memetik London sebagai contoh di mana yuran kesesakan kira-kira RM90 setiap kemasukan dikenakan ke atas kereta bukan EV yang memasuki bandar sementara EV dikecualikan daripada bayaran parkir.
Pada bulan Mei, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan cukai jalan yang lebih rendah, sebanyak 85% untuk EV, yang juga akan diberikan plat khas.
Loke berkata bahawa plat tersebut akan membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat mengenal pasti EV dengan mudah sekiranya berlaku kemalangan.
Mengenai perkembangan penubuhan kira-kira 10,000 stesen pengecasan untuk EV di seluruh negara menjelang 2025, Nga mengakui bahawa kemajuan lebih lambat daripada yang dijangkakan.
Pada masa ini, beliau berkata kira-kira 3,000 stesen pengecasan telah ditubuhkan setakat ini.
Beliau menambah bahawa sektor swasta termasuk pelabur asing dialu-alukan untuk menubuhkan lebih banyak stesen pengecasan.
MASKULIN : Boleh la beli sebuah EV macam ni..hehe
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
PT Astra Honda Motor (AHM), pengedar rasmi jenama motosikal Honda di Indonesia melancarkan edisi khas Honda CBR 250RR bertemakan ‘Art of Kabuki’.
Semakin berputih mata nampaknya rakyat Malaysia. Indonesia sudah meraikan ulang tahun pertama CBR 250RR, sedangkan Malaysia masih menunggu ketibaan CBR 250RR. Malah kehadirannya juga masih samar-samar.
Desain terbaru pada supersport berkenaan dipadankan dengan lakaran khas yang menggambarkan peta Indonesia.
Selain itu, tema ikonik Kobuki diserlahkan menerusi penyerap hentak berwarna hitam, bingkai dengan semburan cat merah, rim berwarna hitam di depan dan putih di belakang. Manakala kowl pelana belakang turut menerima cat putih.
Tema The Art of Kobuki menggambarkan budaya tradisional ‘Kabukimono‘ yang berasal dari era Sengoku sekitar akhir abad 15 hingga 16. Era tersebut dikenali dengan zaman samurai yang menjadi ikon pahlawan yang berani mengabdikan diri kepada masyarakat.
Budaya tersebut memiliki keunikan dan menjadi tren ketika ini. Filosofi budaya Kabukimono ini sejalan dengan Honda CBR250RR yang menjadi model paling diminati dalam segmennya dan juga berhasil mengukir sejarah baru motor sport di Indonesia.
Edisi khas tersebut hanya ditawarkan 100 unit. Soal mekanikal masih sama yang mana ia dilengkapi enjin 250cc penyejukan cecair DOHC 4-lejang. Ia mampu menghasilkan kuasa 38.7PS pada 12,500rpm dan tork maksimum 23.3Nm pada 11,000rpm.
Apa yang menarik CBR250RR merupakan jentera paling ringan dalam kelasnya dengan 165kg bagi varian standard, manakala ABS sedikit berat dengan angka 168kg.
Motosikal edisi khas itu dijual pada harga Rp70,825,000 (RM22,753).
Sumber Foto: Paktiga.com & AHM
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berita tentang model 150cc milik Modenas sudah lama berlegar sejak 2016. Tetapi sayangnya, Modenas mengambil keputusan untuk menutup fail projek kapcai 150cc mereka.
Keterujaan pengguna tempatan untuk merasai teknologi Modenas bagi model kapcai 150cc akhirnya kecundang. Bagaimanapun, khabar terbaru yang diterima, pihak Modenas kini masih meneruskan pembangunan model kapcai berkenaan.
Namun, Modenas memilih enjin 175cc berbanding 150cc sebelumnya. Tentunya khabar ini bukan omongan kosong. Hal ini kerana beberapa foto pihak penyelidikan dan pembangunan (R&D) Modenas sedang melakukan ujian mula tersebar di laman sosial.
Tidak mustahil untuk Modenas memperkenalkan kapcai bersesaran 175cc. Tentunya Modenas menggunakan enjin 150cc sebelum ini yang dibangunkan di Austria. Berdasarkan maklumat yang diterima oleh penulis, asas pembangunan enjin Modenas tersebut bagi sesaran 125cc sehingga 250cc.
Untuk mendapat sesaran yang lebih besar, Modenas hanya perlu melakukan talaan pada gerek dan lejang serta blok.
Agak sayang sekiranya proses pembangunan enjin tersebut dihentikan begitu sahaja. Kerana penulis difahamkan pihak konglomerat DRB-Hicom telah melaburkan kira-kira RM20juta bagi membangunkan enjin prototaip tersebut.
Bahkan, pihak Modenas memerlukan baki kira-kira RM20juta untuk meneruskan ke peringkat pembinaan. Nampaknya, pihak Modenas mula mendapat semangat baharu selepas kerjasama dengan pihak Bajaj Auto mula mendapat sambutan.
Diharapkan projek kapcai 175cc berkenaan tidak terhenti di tengah jalan dan sekali lagi menghampakan peminat dua roda.
Adam Scott bakal mencipta sejarah dengan penampilan ke-100 berturut-turut di kejohanan major. UNIQLO meraikannya menerusi koleksi polo DRY-EX edisi khas yang bakal dilancarkan pada 15 Jun.